Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Keluar duit kad CIMB di ATM Maybank tapi duit tak keluar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Cuba bayangkan apabila transaksi di mesin ATM keluar duit tidak berjaya tapi baki duit dalam akaun kena tolak? Panik? Ya memang panik gila bila duit tiba-tiba hilang dalam akaun.Kejadian ini berlaku pada admin sendiri baru-baru ini. Bagaikan pisau menikam dada sebaik saja tengok baki duit berkurangan.


Kisahnya admin baru baru ini pada 15.7.2017(sabtu) pergi ke ATM Maybank untuk keluarkan duit nilai dalam RM 1.5k guna kad CIMB Bank. Masa proses transaksi itu tiba-tiba mesin ATM Maybank itu tendang kad ATM CIMB admin dan terus "out of service". 


So bagi admin kiranya transaksi tadi tak berjayalah maka terpaksa cari ATM CIMB juga untuk keluar duit.Bila admin semak kat ATM CIMB dengan terkejut beruk dan terketar-ketar kepala lutut tengok baki berkurangan dan dimaklumkan transaksi pengeluaran sebanyak RM 1500 di ATM Maybank sebelum ini berjaya. 

Kepala admin sudah pusing-pusing buat andaian mungkin pelanggan selepas admin ambil duit admin selepas mesin ATM kembali normal.Habislah duit kena curi...apa yang perlu admin lakukan.Salah siapa dalam kes ini?

Apa yang harus kita lakukan kalau terjadi kes keluarkan duit di ATM tapi tak berjaya.... dalam masa yang sama baki duit dalam akaun ditolak?

Apa yang admin lakukan selepas mengetahui duit admin dipotong walaupun transaksi tak berjaya?
 

Apa yang admin lakukan ialah admin call Hotline CIMB Bank.Admin  laporkan kepada pihak bank masalah duit tak keluar tetapi transaksi berjaya. Contohnya  admin keluarkan duit menggunakan kad CIMB tapi pergi cucuk duit di ATM Maybank (MEPS), kena call CIMB terus.Kalau call Maybank pun dia akan suruh buat report dengan CIMB.

Pihak customer service akan ambil segala maklumat termasuk bagaimana kejadian boleh berlaku, masa, tempat.. beserta butiran peribadi anda untuk pengesahan seperti nombor akaun bank. Resit ATM kalau ada boleh dirujuk untuk tengok masa dan tempat bank. 


Pihak customer service akan buat laporan dan bagi nombor rujukan report.Sila simpan nombor rujukan yang diberikan untuk rujukan masa hadapan.Pihak customer service bagitau admin yang proses akan mengambil masa dan wang akan dikembalikan dalam masa 15-30 hari bekerja.

Tapi alhamdulillah duit admin dikredit balik dalam akaun termasuk charge service sekali dalam masa 1 minggu.

Kesimpulannya,admin jadi trauma sekejap nak keluar duit kat MEPS.Hahahaha.






Cara daftar Portal MyASNB dan Semak ASB Secara Online



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukan anda Amanah Saham Bumiputra (ASB) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan, keluar duit atau kemaskini ?  Jadi tiada lagi cetakan rekod transaksi dan juga baki terkini dalam buku akaun yang boleh disemak / rujuk. Agak menakutkan bukan.

Walau bagaimanapun semakan masih lagi boleh dilakukan, iaitu di kaunter dan juga secara online melalui Portal MyASNB. Bukan hanya ASB, malah portal ini memberi akses kepada kesemua produk unit amanah ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Apa yang admin lakukan ialah admin bawa buku ASB yang lama bersama kad pengenalan ke pejabat POS dan beritahu nak kemaskini nom akaun ASB yang baru 12 digit.Jangan lupa isi borang kemaskini maklumat MYASNB untuk nombor telefon bagi tujuan penghantaran TAC.  Setelah selesai balik ke rumah dan buka laman web MyASNB



Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan MyASNB, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna MyASNB menerusi laman web di atas. 

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun MyASNB:
1.    Semak nombor akaun ASB anda yang baharu (12 digit) dan kemaskini nombor telefon bimbit (untuk penghantaran TAC) di cawangan atau agen ASNB. Gunakan nombor akaun baharu ini bila mendaftar.
2.    Pergi ke www.myasnb.com.my/.
3.    Klik pada pautan "Mari daftar Portal MyASNB Sekarang".
4.    Ikuti langkah-langkah seperti di arahkan untuk mendaftar. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.
5.    Setelah akaun Portal MyASNB anda diaktifkan, lakukan log in kali pertama (klik pada pautan ‘Log Masuk Kali Pertama’) dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan sementara. Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kepada kata laluan yang baru.
6. Selepas itu,anda cuba login balik dengan kata laluan yang baru.Tahniah anda telah berjaya.Anda boleh semak baki akaun anda.Jika anda ada 2 akaun iaitu ASB dan Wawasan maka ianya akan tertera pada skrin  monitor.



 

Tips guna dapur kaca elak meletup tiba-tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan.Post kali ini admin nak kongsi pengalaman ibu admin pernah menggunakan dapur kaca dan ianya meletup ketika digunakan.

Punca kejadian adalah disebabkan ibu admin memasak dalam tempoh yang lama dan menggunakan periuk besar. 

 Tak kiralah sama ada dapur kaca anda jenis jenama mahal atau cap ayam ataupun dimaklumkan oleh penjual kaca jenis tempered glass yang tahan lasak.Apa apa pun ia tetap kaca dan kemungkinan besar akan meletup jika salah cara penggunaannya. 

Admin ingin menasihatkan anda sebagai pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul.

Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada 'perhiasan' atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.Oleh yang demikian anda kena pastikan :-

1. Maksimum penggunaan hanya 2jam.

2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi.

3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.

4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuĊ• meletup.

5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.

6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak. 

Harap info ringkas ini dapat membantu anda sebagai pengguna dapur kaca.

In sha Allah..

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca