Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Isu Zakat Yang Sering Dipertikai Di Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi satu info dari pihak zakat tentang isu zakat. Secara amnya bila datang bulan Ramadan dan timbul isu orang susah yang ditularkan dalam facebook kerana tidak menerima sebarang bantuan lebih-lebih lagi dari pihak zakat.


Maka berduyun duyun komen negatif terhadap fungsi pusat zakat mahupun kakitangan yang turut terima menerima cacian dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka seperti tuduhan makan gaji buta, duduk saja dalam bilik ekon, tak buat kerja, seleweng duit zakat bina bangunan pejabat, bina pagar dll.

Setiap isu yang timbul akan ada komentar serik nak bayar zakat kat pusat zakat dan lebih rela cari org miskin sendiri kerana yakin zakatnya itu akan sampai kepada asnaf depan matanya sendiri. Tidak kurang juga yang menghasut komentar lain untuk memboikot pusat zakat. Lebih teruk lagi ada komentar membandingkan agihan pusat zakat penuh birokrasi berbanding bantuan dari gereja yang mudah sekali tanpa pakai borang atau birokrasi.

Secara realitinya mentaliti masyarakat kini terhadap wang zakat seolah-olah suatu hak yang patut diberikan kepada mereka tanpa mengira sama ada mereka tergolong dalam  asnaf atau tidak. Jika dibanding masyarakat dahulu cukup takut nak mohon atau terima duit zakat kerana khuatir mereka bukan tergolongan golongan asnaf dan bimbang akan berdosa jika menerimanya.

Di bawah ini adalah 10 soalan dan jawapannya tentang isu zakat yang admin perolehi dari kakitangan pusat zakat yang seringkali menjadi isu soalan panas setiap kali tiba bulan Ramadan mahupun isu tular tentang orang miskin di media sosial
.
#1 Kutip zakat senang dan mudah. Kenapa nak dapat bantuan zakat susah dan banyak karenah?
Jawapan:
Agihan zakat kena buat dengan berhati-hati sebab ramai sangat orang menipu sekarang. Ramai mengaku asnaf, tetapi ada simpanan RM150K. Sebab itu perlu semak betul-betul, zakat ni amanah orang kaya untuk diagih kepada asnaf.

#2  Saya nak bayar zakat sendiri!  Yakin & pasti sampai terus asnaf!
Jawapan:
Bayar sendiri terus kepada asnaf tak mampu bantu ramai asnaf. Belum tentu cukup nak bayar bil rawatan dialysis asnaf sebulan +-RM3,000. Bila zakat dikumpul oleh pusat zakat, banyak dan macam-macam bantuan boleh asnaf dapat.

#3 Mengapa banyak kaunter pungut zakat tetapi kaunter agih sedikit?
Jawapan:
Banyak kaunter kutipan zakat fitrah tu di bulan puasa sahaja. Zakat fitrah cuma boleh bayar masa Ramadan jer sebab itu banyak nampak kaunter zakat terutama di bazar Ramadan dan pusat membeli belah. Selepas hari raya ada nampak banyak lagi tak kaunter kutip zakat tu?

#4 Adik perempuan saya seorang OKU, mengapa tak dapat bantuan zakat?
Jawapan:
OKU, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim bukan asnaf zakat sebagaimana dinyatakan dalam Surah At-Taubah ayat-60. Zakat diagihkan kepada 8 golongan asnaf iaitu _Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharimin, Fisabilillah dan Ibnu Sabil._

#5  Jiran saya menjaga anak2 yatim, tetapi tak dapat bantuan zakat, apa sebabnya?
Jawapan:
Anak yatim bukan asnaf zakat. Mereka akan diberikan bantuan zakat jika mereka Fakir atau Miskin. Pusat zakat juga ada bantu anak yatim contohnya di KL ada Darul Kifayah.

#6  Mengapa masih banyak orang susah sedangkan kutipan zakat cecah ratusan juta? Tidak bolehkah zakat bantu asnaf terus keluar dari kepompong fakir miskin?
Jawapan:
Persepsi orang miskin bila terima zakat akan terus hidup senang tu tak betul. Bantuan zakat adalah untuk meringankan beban kos sara hidup bukan untuk membantu membiayai kehidupan mereka selamanya. Banyak bantuan termasuk dalam bentuk kemahiran dan keusahawanan tidak akan berjaya tanpa usaha dan komitmen daripada asnaf sendiri.

#7  Pusat zakat memanipulasi hukum Islam sedangkan tidak salah di sisi syarak bayar zakat sendiri terus kepada asnaf.
Jawapan:
Hukum Islam dalam isu zakat sudah jelas. Fatwa keluar untuk manfaat ummah, bukan meraikan golongan tertentu. Hukum zakat boleh dirujuk ke pelbagai kitab fiqh. Apa yang penting, zakat adalah untuk seluruh umat Islam. Jangan lupa amil yang dilantik permerintah pun asnaf. Nak bayar zakat bayarlah pada asnaf zakat.

#8  Mengapa bayar zakat tak perlu borang, tetapi mohon zakat perlu ada banyak borang?
Jawapan:
Zakat adalah amanah untuk asnaf, kena cari betul-betul asnaf tu. Cara nak dapatkan maklumat betul ialah dengan isi borang dan bagi dokumen yang patut. Maklum sajalah, pejabat zakat memang selalu kena tanya oleh audit samada agih zakat betul sampai ke asnaf.

#9 Bagaimana zakat fitrah diagihkan kepada asnaf sebelum hari raya? Sedangkan masih ramai yang last minit bayar zakat fitrah?
Jawapan:
Zakat fitrah hanya *3%* daripada jumlah kutipan zakat setahun. Selebihnya adalah zakat harta. Zakat fitrah dikutip mulanya Ramadan sehingga pagi 1 Syawal. Pusat zakat telah agih zakat fitrah kepada asnaf sebelum raya untuk bantu mereka sambut raya dengan mendahulukan kutipan zakat harta
.
#10 Saya telah hantar borang permohonan dan semua dokumen sokongan yang diminta? Kenapa keputusannya gagal?
Jawapan :
Namanya permohonan mestilah ada lulus dan gagal. Begitu juga dengan permohonan dengan Perkeso, KWSP dan agensi lain. Setiap permohonan diproses, ditapis dan dikira pendapatan serta tanggungan. Permohonan lulus bila cukup syarat.

Kesimpulannya isu zakat adalah isu bersama. Jika ada orang susah bantulah mereka mendapatkan bantuan di pusat zakat. Jangan kita cepat menunding jari kesalahan kepada pusat zakat. Rajin-rajinlah melayari website pusat zakat untuk mengetahui bagaimana wang zakat dibelanjakan setiap tahun kerana ada laporan perbelanjaan zakat dan agihan kepada asnaf dipamerkan dalam website pusat zakat

Mari kita berlapang dada dan memberi sokongan kepada pusat zakat kita.
# JOM BERZAKAT.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca