Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Rahsia di sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016 terbongkar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 kali ini menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.

Mengapakah tema dan logo Hari Kebangsaan 2016 sama seperti tahun 2015 ? Tema untuk Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 telah ditetapkan sama dengan tahun 2015 iaitu #SehatiSejiwa.Tema sehati sejiwa telah dikekalkan dan dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan 2016 kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Semangat bersatu-padu perlu dipupuk kerana ianya telah lama menjadi amalan dalam kalangan sesama rakyat Malaysia.  

Tahukah anda apakah maksud atau makna di sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016 ? 


Bentuk hati merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harm
BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA MALAYSIA mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia. 


Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca