Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kementerian Kesihatan patut cadangkan guna pemanis stevia bukannya mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB)

Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di negara ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia merupakan satu daripada strategi yang dikenal pasti untuk mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

"Walau bagaimanapun, cadangan cukai ini adalah tertakluk kepada persetujuan pihak Kementerian Kewangan," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai gula seperti yang dilaksanakan di Britain, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Dr Hilmi berkata cadangan itu juga termasuk dalam strategi yang dirangka oleh kementerian melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan 'Policy Options' bagi tahun 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti.Selain itu, beliau berkata kementerian juga mengadakan program Kelab Doktor Muda bagi pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk di universiti yang menekankan cara pemakanan yang sihat serta kebersihan.

Katanya, kira-kira 3,000 sekolah rendah, 100 sekolah menengah dan tujuh universiti terlibat dengan program berkenaan."Di sekolah, memang ada program menu sihat dan kantin dilarang menjual makanan yang tidak berkhasiat termasuk kantin yang berada 40 meter dari kawasan luar sekolah," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/345542


Berdasarkan artikel di atas,admin rasa kehairanan mengapa pihak kementerian kesihatan tidak terfikir untuk mencadangkan pemanis stevia sebagai alternatif kepada penggunaan gula pasir yang sedia maklum akan memudaratkan jika ambil secara berlebihan.Pelik sungguh.

 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca