Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

beli harga basikal senaman cardio ( 4 In 1 Air Strider ) bawah RM 750 di www.fitnessconcept.com.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Post kali ini admin nak berkongsi pengalaman baru-baru ini beli alat senaman di rumah.Sebelum ini admin memang mencari alat senaman di rumah yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga admin.


Admin mencari basikal cardio yang memberi fokus pergerakkan badan, lengan dan kaki.Kalau basikal sahaja nampak macam membosankan kalau lama-lama.Tetapi basikal cardio ini lebih nampak pergerakan badan dan menghasilkan peluh dengan cepat.

Admin dah survey di internet contoh di Lazada boleh dapat harga RM 599 kalau basikal cardio.Memang murah kalau dibandingkan harga di kedai alat senaman seperti Takshima dan Gintell yang berharga ribuan ringgit.Namun admin memikirkan kesan jangka panjang jikau rosak susah untuk claim warranty.

Akhirnya admin terjumpa satu iklan basikal cardio iaitu 4 In 1 Air Strider dari website www.fitnessconcept.com.my yang menawarkan harga promosi RM 832 seunit bersama jaminan waranty setahun.Jadi admin pun telepon cawangan fitnessconcept Taiping dan bercakap dengan Mr Albert bagi mengetahui masih ada stok atau tidak.Kebetulan pulak masa itu kalau pembayaran melalui kad kredit maybank akan dapat 10% diskaun.Bagai pucuk dicita ulam mendatang....hehehehe penjimatan yang hebat.So dapatlah harga dalam RM 749.00

Menurut Mr Albert bagi kos penghantaran akan dikenakan  sebanyak RM 150 bagi setiap pembelian namun kalau alat senaman ini dapat muat dalam kereta maka tak perlu bayar kos penghantaran.Alhamdulillah basikal cardio ini muat dalam kereta wira admin.Jimat lagi duit admin RM 150.Huhuhuhu..

Cara penggunaan basika cardio


Admin bersama adik ipar ke Aeon Mall Taiping dan berjumpa dengan Mr Albert.Selesai pembayaran dilakukan dan pemasangan mengambil masa satu jam.Mr Albert membantu membawa basikal cardio ke kereta admin.Basikal cardo berjaya sampai rumah dan diletakkan dalam bilik stor.

Alhamdullah sambutan terhadap penggunaan basikal cardio amat menggalakkan dari orang rumah admin dan juga anak-anak admin.Cuma admin je belum berkesempatan nak menggunakannya.Mungkin belum sampai seru lagi kot walaupun badan tahap obisiti tahap 3.Hahahahaha. 

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca