Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Apabila Lagu when we are young versi Fernando Daniel The Voice Portugal lebih sedap dari Adele

Seriusnya admin tak tahu langsung dengan kewujudan lagu nyanyian Adele ini.Tetapi apabila peserta The Voice Portugal iaitu Fernando Daniel telah membawa lagu ini dengan gayanya tersendiri memang wow faktor jadinya.admin cuba dengar naynyian original namun admin lebih menyukai versi Fernando Daniel.Admin banyak kali ulang lagu nyanyian Fernando Daniel walaupun banyak gangguan maklumkanlah gangguan tepuk penonton dan para juri.Harap pihak The Voice Portugal akan buat versi studio untuk lagu ini so admin boleh pasang di dalam kereta.Jom layan.





Ini pulak versi Adele


Wajib Tonton : Filem Train To Busan sebuah filem sarat dengan air mata, kegembiraan, ketakutan dan rasa benci.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah bagaimana filem Train to Busan menjadi trending di media sosial.Admin tak sangka boleh terjebak sama untuk menonton filem ini.Filem ini admin download dari sumber internet dan menontonya bersama keluarga di rumah semalam.Yang agak mengecewakan adalah sarikata bahasa inggeris yang diperolehi tidak kemas dan sepenuhnya namun admin masih boleh memahami jalan cerita ini.

Filem ini berkisah pasal zombie.Awal cerita ini dilihat bagaiaman satu pasukan dari agensi kerajaan buat pembersihan mekanikal ke atas van yang kemudiannya secara tidak sengaja telah melanggar seekor rusa  di atas jalanraya.Dari situ admin rasanya punca zombie untuk merebak kerana melihat rusa yang mati hidup kembali dengan matanya keputihan.Mungkin rusa itu telah mengigit manusia dan menyebakan virus zombie cepat merebak.

Sinopsis cerita ni pasal sepasang suami isteri yang telah berpisah dan si anak tinggal bersama ayahnya. Masa harijadi budak tu, dia ingin berjumpa maknya kat Busan. Si ayah dan si anak perempuannya  serta penumpang train tidak menyedari semasa  train tu hendak berlepas, ada sorang penumpang yang dijangkiti virus zombie terlepas masuk dalam train dan mula dari situ hampir semua dalam train kena gigit jadi zombie.

Mangsa pertama digigit zombie pramugari keretapi

Bagi admin filem ni penuh dengan emosi sebab sepanjang cerita ada rasa sedih, gembira, takut dan geram. Tapi banyak sedih dari yang lelain tu. Ending cerita pun diluar jangka dan kesedihan membawa sampai ke minit terakhir film ni. Nasib baik filem ini sarikatanya tak complete kalau tak mau berjurai air mata admin menontonnya.Scene paling sedih admin rasa waktu si anak meraung dan menangis kerena terpaksa berpisah dengan ayahnya selamanya deminya menyelamatkan dirinya.

Dalam filem ini mengangkat  banyak nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan budaya asia dan ketimuran. Filem ini mengangkat hubungan manusia antara anak dan ayah, suami dan isteri, kakak dan adik dan pasangan couple.
Tapi jalan cerita utama filem ini antara si ayah dan si anak.Tidak lupa juga watak jahat yang dalam filem ini yang digambarkan mementingkan diri semasa bencana itu berlaku dan akhirnya telah memisahkan si ayah dan si anak.


 
zombie mengejar si ayah dan si anak serta wanita mengandung

scene paling sedih


Kesimpulannya,filem ini memang best walaupun bukan dari filem Hollywood namun jalan ceritanya bertaraf antarabangsa.Pastikan kalau nak tengok filem ini ada subttitle barulah kita lebih faham jalannya ceritanya. Admin bagi 4 bintang untuk filem ini.

Ulasan Filem The Martian : filem yang menarik ditonton dengan jalan cerita yang tersusun

Sejak admin beli Skybox V7 nih,dapatlah admin layan filem-filem terbaru dari HBO.Antara filem yang menraik perhatian admin adalah Filem The Martian.Sekali pandang tengok posternya rasanya macam berat jalan cerita filem ini dan sudah pasti boring. Akan tetapi minggu lepas admin HBO ada buat tayangan  dan kebetulan cerita dan bermula awal.

So admin cadangnya sekadar tengok tengok sahaja tetapi malangnya admin mula melekat menonton filem ini sehingga habis.Semalam admin terlayan cerita ini lagi dan menonton sehingga habis walaupun sudah tengok sebelum ini.Entah kenapa admin cukup suka jalan cerita filem ini.Jalan cerita mendatar tapi klimaks tiada sekadar letupan rumah tanamannya menyebabkan Matt Damon terpaksa catu makanannya sehingga dia dapat diselamatkan.Kalau admin hadapi situasi yang sebenar macam filem ini rasanya sudah kena strok. Tapi mungkin latihan angkasawan yang membuatkan si Matt Damon ni rasa cool ja walaupun ditinggalkan seorang diri.

Dalam filem ini dok sebut SOL,admin pun tak tahu sebenarnya..adakah kiraan kilometer atau maksud lain. 1 SOL di Marikh bersamaan 24 jam 37 minit & 22.664 saat di Bumi. Kiranya satu hari di Marikh lebih 2.7% masa 24 jam waktu Bumi. Lepas tu, 414 hari (setahun lebih) perjalanan dari Bumi untuk sampai ke Marikh. Satu ilmu baru tetang putaran masa di Marikh yang admin dapat apabila menonton filem ini.Hahahaha...

Apa yang menyebabkan admin boleh terpaku menontonnya sehingga habis? Rasanya filem The Martian  memiliki kekuatan pada dialognya pada setiap watak-watak dalam filem ini. Bukan pada hanya pada dialog serius, tapi juga banyak dialog lucu yang akan membuat penonton tertawa sepanjang filem ini. 

Sebagai filem bertema science, tentunya ilmu sains di tonjolkan dalam filem itu sendiri. Sebagai rakyat biasa yang tiada ilmu angkasa lepas. Filem ini  menunjukkan Watney bertahan hidup di tanah gersang Mars semua dijelaskan cukup mendetail. Watney terpaksa bercucuk tanam di tanah tandus, dan  membuat air dari reaksi kimia. Beberapa hal seperti komunikasi menggunakan teknologi angkasa dan kod kod sains dan banyak perhitungan-perhitungan angka diperlihatkan dalam film membuatkan penonton mendalami watak secara tidak langsung dalam  filem tersebut.


Fakta Menarik Filem The Martian. Filem bergenre sains fikyen arahan Ridley Scott dan diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Andy Weir. Filem ini sedang hangat diperkatakan kerana jalan cerita yang menarik selain dibarisi pelakon handalan Hollywood seperti Matt Damon, Jessica Chastain, Kate Mara, Sebastian Stan, dan ramai lagi.

The Martian mengisahkan tentang misi kemanusiaan NASA ke planet Marikh. Tanpa diduga seorang angkasawan, Mark Watney secara tidak sengaja ditinggalkan krewnya yang lain dan disangka telah meninggal dunia dalam misi itu. Namun Watney terselamat dan keseorangan di Marikh. Dengan bekalan yang terhad, dia mencari jalan untuk terus hidup di Marikh dan berusaha menghantar isyarat kepada Nasa untuk datang menyelamatkannya.


Oleh kerana filem ini mengisahkan misi NASA, setiap apa yang diceritakan dalam filem ini adalah berdasarkan fakta.  Hampir 50 peratus dari filem ini merupakan bahan dari NASA. The Martian menjalani penggambaran di Wadi Rum, Jordan iaitu sebuah padang pasir berwarna merah yang seakan sama dengan permukaan Marikh.


Kesimpulannya,bagi siapa yang suka filem sains maka filem memang sesuai untuk anda.Tengok filem ini secara tidak langsung ada belajar ilmu baru mengenai planet Marikh.

Masalah Air spare tank Radiator Mengelegak macam air panas

Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ketika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak sejuk.Admin berhentikan kereta dan buka bonet depan dan mendapati  air spare tank kering.Lalu admin tuang air mineral dalam spare tank bagi penuh.Ingatkan benda ini selesai masalah

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca