Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Rahsia di sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016 terbongkar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 kali ini menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.

Mengapakah tema dan logo Hari Kebangsaan 2016 sama seperti tahun 2015 ? Tema untuk Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 telah ditetapkan sama dengan tahun 2015 iaitu #SehatiSejiwa.Tema sehati sejiwa telah dikekalkan dan dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan 2016 kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Semangat bersatu-padu perlu dipupuk kerana ianya telah lama menjadi amalan dalam kalangan sesama rakyat Malaysia.  

Tahukah anda apakah maksud atau makna di sebalik Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2016 ? 


Bentuk hati merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harm
BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA MALAYSIA mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia. 


Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Misi menangkap Pokemon di Teluk Senangin,Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini kecoh dalam wassap salah satu group admin yang Pokemon Go sudah boleh dimuat turun di Malaysia.Apa lagi admin terus ambil peluang install dalam handphone ketika on the way bercuti di teluk Senangin baru-baru ini.

Memang pada awalnya memang admin tak tahu sangat cara bermain tetapi lama kelamaan admin dapat memahami cara pemainannya.

Yang pasti kalau nak main Pokemon Go ini kena ada backup powerband.Admin untung pada ketika itu admin menaiki kereta sebagai penumpang.So berpeluanglah admin untuk menangkap  pokemon sepanjang perjalanan menuju ke Teluk Senangin.

Di Lumut memang banyak tempat pokemonstop dan tempat battle bagi pokemon. 

Contoh Pokemonstop
 Di sini kalau jumpa kita boleh dapat item percuma seperti pokemon ball, potion dan lain-lain.

Inilah jumlah pokemon yang admin dapat kumpulkan sepanjang masa bercuti di Teluk Senangin.Kebanyakkan pokemon yang admin dapat kebanyakkannya jenis spesis laut.Maklumlah duduk di tepi laut kan.hahahaha.




Adakah  game pokemon go ini menyeronokkan? Ya bagi admin.memang seronok bagi yang mula-mula main maklumkan satu dunia tengah 'boom' dengan game ini.Yang tak syoknya kena bergerak mencari pokemon.Leceh sangat.Itu yang jadi malas balik,Hahahaha.Bagi anda yang suka pengembaraan oklah kot dengan game ini.Admin lebih suka bermain game Clash Royale berbanding Pokemon Go.Tak perlu keluar peluh.Ngeeeee....


 
Inilah satu contoh pokemon yang berjaya ditangkap oleh admin ketika admin bercuti di teluk Senangin baru-baru ini.


Kesimpulannya,game ini kalau nak main pastikan anda berjalan kaki (naik kenderaan sambil on Pokemon Go adalah dilarang keras bahaya woo!!! ) dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling mana tahu pokemon muncul secara tiba-tiba.Jangan sesekali menceroboh tempat orang tanpa kebenaran semata-mata nak tangkap pokemon.Berkenaan dengan pengharaman game ini kepada umat Islam di Malaysia,admin mengambil langkah pro aktif ke atas nasihat mufti itu. 

Pengalaman menginap di Chalet Sri Senangin di Teluk Senangin,Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini admin bersama keluarga mertua telah berjaya melakukan satu aktiviti riadah 2 hari 1 malam di Teluk Senangin,Perak. Kami berkonvoi dari rumah pada jam 12.00 tengahri dengan sebuah kereta dan sebuah van menuju ke Teluk Senangin yang mengambil masa dalam 2 jam setengah untuk sampai ke chalet Teluk Senangin.

Jom kumpul satoshis secara percuma melalui faucet bitcoin


Hari ni admin ingin berkongsi dengan pembaca cara mengumpul bitcoin secara percuma, tanpa sebarang modal. Tapi sebelum tu anda semua mesti tahu dulu apakah itu bitcoin?  

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank (seperti p2p) . Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat dan murah.

Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.


Macamana nak kumpul Bitcoin percuma tanpa sebarang modal?

Bitcoins ni mempunyai unit yang lebih kecil yang dipanggil Satoshi, ia adalah kira-kira 100 juta daripada Bitcoin.


(1 Bitcoin = USD 547 = RM 2200 ) 
(1 Bitcoin = 100,000,000 satoshis) 
(174,000 satoshis = USD 1 )
(10,000 satoshis = USD 0.05 cent )
 

Kita boleh dapatkan satoshi secara percuma dengan menyertai faucet bitcoin. Faucets adalah laman web yang memberikan satoshis percuma apabila anda melawat laman web mereka. Anda boleh mendapat kira-kira 100 – 10.000 satoshis pada satu masa. 

Apakah Faucet Bitcoin?
 
Faucet Bitcoin adalah sebuah laman web yang memberikan bitcoin percuma dalam pertukaran untuk melakukan satu tugas yang mudah , seperti klik pada sebuah iklan , menyelesaikan CAPTCHA atau melihat halaman web bagi jumlah masa yang tertentu.
 

Berikut disenaraikan  faucet bitcoin untuk anda kumpul bitcoin secara percuma.


1. Moonbitcoin. - Yang dipercayai setakat ini

http://moonbit.co.in/?ref=0e1098e42887
 Claim sehingga 30 satoshi setiap 5 minit. Dapat 1%-100% satoshi dari tajaan anda yg aktif. Semua komisyen akan dibayar mingguan terus ke wallet Bitcoin anda pada hari Sabtu / Ahad , apabila baki satoshi anda ada sekurang-kurangnya 10,000 Satoshi. Setakat ini admin sudah berjaya keluarkan Satoshi dari Moonbit ke wallet bitcoin admin di Coinbox.





Dimana nak simpan Satoshi Bitcoin yang ada perolehi dari faucet bitcoin?
 
Sebelum memperoleh sebarang bitcoins, anda mesti mempunyai wallet Bitcoin. Ia adalah seperti dompet bitcoin, yang bertujuan untuk mengumpul satoshi yang anda dapat secara percuma tadi. Wallet Bitcoin pertama admin ialah Coinbox, yang dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia.


COINBOX menyediakan servis seperti Bitcoin Wallet, Trading dan Jual Beli BitcoinServisnya sangat pantas & rate yang tinggi. Yang paling penting adalah PERCUMA!Kini rakyat Malaysia boleh membeli dan menjual Bitcoin di COINBOX dan  COINBOX beroperasi 24 jam sehari, tanpa cuti.

Apa yang admin paling suka tentang COINBOX adalah, kadar tukaran Bitcoin ke Ringgit Malaysia atau Ringgit Malaysia ke Bitcoin adalah sangat tinggi berbanding dengan syarikat lain.Maknanya kita kumpul bitcoin, dan bila dah banyak boleh jual Bitcoin & keluarkan duit ke dalam akaun bank. COINBOX boleh melakukan pengeluaran sepantas 24jam sahaja untuk kesemua jenis bank yang ada di Malaysia dengan kadar caj 1% dari jumlah pengeluaran
 


Panduan untuk mengumpul satoshi bitcoin percuma di Moonbitcoin.

1.Buka laman web faucet bitcoin.-Moonbitcoin


2.Isikan dalam kotak itu samada email atau alamat bitcoin anda.


3.Klik butang “I am not a robot” dan lengkapkan captcha dengan memilih beberapa gambar tepat seperti diarahkan.


4.Klik “Claim” @ “Claim Free BTC Now”


5.Setelah selesai anda dapat melihat berapa bilangan satoshis yang telah terkumpul. Ulangi semula klik claim bitcoin anda setiap 5 @ 10 @ 15 @ 60 minit mengikut jenis kesukaan anda.


6.Kebiasaannya anda boleh keluarkan satoshi anda jika ianya telah mencecah 10,000 satoshi pada hujung minggu (sabtu/ahad).


Selamat mengumpul !!!!Jom

Beli Skybox v7 menggantikan Skybox F3 yang rosak untuk siaran Astro full channel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah dekat 2 bulan rumah admin bersiaran Astro Njoi kerana gara-gara Skybox F3 admin rosak tempohari pada bulan Jun yang lepas.Selama 2 bulan hanya dapat menonton siaran channel biasa.Rasa macam kosong seperti lagu Najwa latif.Kebiasaaanya setiap kali channel HBO,FOV dan Cinema akan menjadi pilihan utama.Anak-anak pula sudah tentulah channel kartun manakala orang rumah sudah tentu drama melayu jadi pilihan.

Kini dengan adanya dekoder Skybox v7 hidup admin sekeluarga akan kembali ceria.Hahahaha...Harga Skybox v7 ini admin beli melalui kawan admin di Perlis dengan harga RM 280.Hmmm..mungkin agak mahal tetapi bila fikir balik kalau berlaku kerosakkan dalam tempoh setahun waranty bolehlah dapat tukar yang baru berbanding beli online.Kalau beli online mungkin proses menjadi susah sebab kita tak kenal siapa penjual.Sebab pernah ada kes beli dekoder rosak dan penjual lepas tangan.

Siaran? Sudah tentu admin akan dapatkan yang termurah tetapi berkualiti servicenya.Harap2 tidak scrambler teruk.Lepas ni bolehlah layan My Kitchen Rule dan Masterchief Australia.

Sekian.

Rawatan Kanak-Kanak Sumbing Secara Percuma Melalui Program Gift Of Smile

Tahukah anda bahawa dianggarkan 1 dalam setiap 700 bayi yang baru dilahirkan di Malaysia boleh didiagnosis dengan bibir atau lelangit atau sumbing. Walaupun keadaan ini dilihat tidak mengancam nyawa namun kesan psikologi yang besar kepada kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing boleh menghalang kanak-kanak ini dari hidup normal seperti kanak-kanak lain.

Charities Ronald McDonald House (RMHC) Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan (NGO). Menerusi Melalui Program Gift Of Smile diwujudkan pada tahun 2004, lebih daripada RM2.9 juta telah digunakan dalam membantu lebih daripada 350 kanak-kanak tempatan dilahirkan dengan 1 peringkat bibir dan lelangit untuk menjalani operasi pembetulan. 


Kerana mereka membesar, kanak-kanak perlu peringkat tambahan & berbeza operasi pembetulan untuk merawat kecacatan kelahiran ini. Mereka mesti mempunyai penjagaan yang betul pergigian, perkhidmatan ortodontik, cantuman tulang alveolar dan juga terapi pertuturan untuk menguruskan atau membetulkan keadaan mereka. Ia adalah satu perjalanan. Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan sokongan sehingga ke usia 18 tahun.

Jika anda mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan, McDonald's Malaysia ada memperuntukkan satu dana untuk rawatan sumbing bagi ibu bapa yang memerlukan. McDonald's melalui Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) telah menaja kos rawatan kanak-kanak yang mempunyai masalah mulut sumbing atau 'cleft lip'.
 
Pengangkutan percuma diberikan kepada keluarga di luar Lembah Klang dan penginapan di Ronald McDonald House (RMH) - PPUKM RM5 / malam.
 
Untuk mencadangkan kanak-kanak yang memerlukan bantuan, sila muat turun borang permohonan atau hubungi RMHC Malaysia Hotline di 012-365 7324.

Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah.

Ini adalah program dijayakan dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur dan PPUKM. 


 Borang Permohonan

Selepas memuat turun dan mengisi borang di atas, terdapat beberapa cara untuk menghantar borang tersebut kepada kami:

1. Scan dan e-mel borang anda untuk azie.manaf@my.mcd.com

2. Post kepada ibu pejabat ke alamat ini:
Cik Norazizan Binti Manaf
Charities Ronald McDonald House (RMHC) Malaysia
Aras 6, Damansara Uptown 3, Bgn. Tabung Haji
No.3 Jalan SS21 / 39, 47400 PJ, Selangor
Tel: 03 7843 3388

3. Fax ke 03 7843 3393  



Website Asal
 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca