Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Koleksi Video : Kesalahan jenayah menampar,menumbuk,menendang isteri dan sesiapa sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kerap kali di media sosial ada viral kes pompuan ditampar oleh suami,dipukul di kepala malah ada ditendang tanpa sedikitpun rasa kasihan. Serius admin bersimpati dengan nasib mereka.


Sudah menjadi lumrah wanita adalah kaum yang lemah dan kita sebagai lelaki sepatutya menjadi pelindung kepada mereka.Lihat sahaja kes keganasan rumahtangga yang berlaku di sekeliling kita.Yang mana perempuan kerap kali jadi mangsa tampar dan pukul hingga lebam sana sini malah berdarah pun ada.

Akan tetapi kaum lemah ini jarang sekali melawan atau membuat report kepada pihak polis untuk menegakkan haknya dari dizalimi.Kenapa wanita tidak pernah melawan? Biasanya kaum wanita memberi alsan demi masa depan anak2 kerana bimbang anak2nya nanti tidak berbapa.Biarlah mereka hidup sengsara asalkan anak-anaknya berbapa.

Yang jelas si wanita/mangsa mungkin tak tahu wujudnya undang-undang yang boleh melindungi mereka.Mungkin juga si pelaku@ si suami tidak menyedari bahawa terdapat satu undang-undang  bagi kesalahan jenayah mencederakan orang sekiranya satu report polis dibuat.


Di sini admin kongsikan contoh video yang pernah viral di media maya di Youtube yang mempunyai kaitan dengan kesalahan jenayah jika disabitkan.






Menyebabkan Kecederaan
 
Sesiapa yang menyebabkan kecederaan badan atau anggota badan atau mendatangkan kelemahan tubuh seseorang adalah melakukan kesalahan menyebabkan kecederaan (menumbuk, menendang, dll). Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu (1) tahun atau denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya sekali (Seksyen 323 Kanun Keseksaan)



 


Luka dengan menggunakan senjata

Jika perbuatan itu mendatangkan luka dengan menggunakan senjata (kayu, pisau, gunting, pensel, pen, dIl) akan disabit dengan kesalahan mencederakan dengan senjata. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga (3) tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua dari hukuman tersebut (Seksyen 324 Kanun Keseksaan).

 

Mencederakan dengan senjata itu sehingga menyebabkan mangsa cedera parah

Jika perbuatan mencederakan dengan senjata itu sehingga menyebabkan mangsa cedera parah (patah tangan / kaki atau keretakan tulang) akan disabitkan dengan kesalahan mendatangkan cedera parah. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga sepuluh (10) tahun dan denda atau sebatan (Seksyen 326 Kanun Keseksaan).

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca