Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Hotel Budget dekat PPLP Bangi: Pengalaman Bermalam di Bangi Lanai Hotel,Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini admin kena hadir satu taklimat di Bangi pada 28.5.2016.Jadi Hotel Budget menjadi pilihan admin sebagai tempat untuk bermalam untuk sebelum taklimat program pada keesokkan harinya.

Hasil carian google mendapati hotel ini adalah tempat yang strategi memandangkan jarak hotel ke tempat taklimat hanya 3 kilometer sahaja. Admin menghubungi pihak hotel dengan menempah 3 bilik Deluxe Room - RM 85 semalam.Tempahan yang dibuat tanpa sebarang cagaran dikenakan.

Admin bertolak dari rumah padajam 6.00 petang dan sampai ke Hotel Bangi lanai pada jam 10.30 malam.Selepas buat pembayaran bilik di kaunter hotel,admin diberikan nombor bilik 114 iaitu bilik tingkat satu dan bertentangan dengan jalan raya.

Lebih kurang bilik macam ini

Keseluruhan bilik memuaskan,walaupun berlantai mozek bukan karpet.Bilik ada kipas dan ekon.meja mekap dan TV dengan saluran ASTRO.Bilik air juga memuaskan dengan sabun mandi dibekalkan bersama tuala mandi.Tilam mungkin tak selesa macam tilam hotel 5 star tapi bolehlah untuk sekadar tidur melepas kepenatan memandu selama 4 jam tanpa henti.

Persekitaran hotel cukup strategik di mana hotel ada kedai jual mee kari,laksa dll.Selain itu juga ada mini market yang dibuka sehingga jam 11.30 malam.bersebelahan hotel ada Masjid Al-Solihin Teras Jernang.Bertentangan hotel ada restaurant dan kedai 7eleven.Pada hemat admin,tak perlu jalan jauh untuk mencari makan dan keperluan kudap.Memang puas hati.

Kesimpulannya,admin pernah menginap di hotel ini dahulu iaitu 7 tahun yang lalu rasanya.Memang banyak perubahan yang berlaku pada hotel ini.Bilik semakin bertambah dan kepesatan sekitar hotel juga dapat dilihat.Bagi sesiapa yang bercadang menginap di sini.Hotel ini tidak menjanjikan hotel taraf 4-5 bintang tetapi memadai untuk sekadar untuk bermalam khusus yang mahukan  low budget bilik.Inilah salah satu tempatnya.

Website: http://www.hotelbangi.com/

Bangi Lanai Hotel, Bandar Baru Bangi Address: Lot 2191-2A, Jalan Makmur, Off Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.







 

Room rate (as published in the hotel's website):

1) Standard Room - RM 60.00
2) Deluxe Room - RM 85.00
3) Family Room

Tel : 019-655 5302
Fax : 03-8925 2493
Email : info@HotelBangi.com

Nearby locations/attractions:
- 2 KM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- 8 KM dari Alamanda Putrajaya.
- 8 KM dari Hospital Serdang.
- 1 KM dari Tol Bangi (PLUS).
- 2 KM dari NIOSH dan ILKAP.
- 5 KM dari UNITEN.
- 9 KM dari Pusat Pentadbiran Putrajaya.
- 10 KM dari UPM / MARDI.
- 10 KM dari Bandar Kajang.
- 35 KM dari KLIA.
- 25 KM dari Kuala Lumpur.
- 3 KM dari MINT.
- 3 KM dari Pusat Perubatan Darul Syifa.
- 10 KM dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
- Bersebelahan dengan Uni-KL (MFI) dan Kolej Polytech MARA Bangi.
- Bersebelahan dengan Rumah Anak Yatim Darul Izzah.
- Bersebelahan dengan Masjid Al-Solihin Teras Jernang.
- 3 KM dari Maktab Perguruan Islam (MPI).
- 3 KM dari Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi.
- 5 KM dari Pusat-Pusat Latihan (BANK).
- 15 KM dari Nilai, Negeri Sembilan.
- 20 KM dari Puchong, Cheras dan Cyberjaya.
- 20 KM dari Seri Kembangan, Mines Wonderland dan Balakong.
- 20 KM dari Bandar Tun Razak, Sg. Besi dan Bandar Tun Hussein Onn.
- 40 KM dari Gombak.

Nearby facilities:
- Mini Market.
- Restoran 24 jam
- Masjid.
- 7e

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca