Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Puas Hati menginap di Hotel Wess Inn Taiping dengan kadar serendah RM 58 semalam

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Admin berkesempatan menginap di sebuat hotel budget di Kamunting berdekatan dengan Tesco taiping dan Aeon Taiping dan  tidak jauh dengan Tune Hotel atas sebab urusan rasmi selama 3 hari.


Macamana admin boleh menginap di hotel ini ? Kebiasaanya admin akan cuba tempah hotel melalui Agoda,Booking.com dan Trivago namun hasil carian kadar harga hotel yang ditawarkan agak mahal bagi kawasan Taiping. Paling murah dalam RM 40 semalam tetapi admin rasa tak selesa sebab katil tilam jenis tingkat dan jenis berkongsi penginap yang lain dalam satu bilik.(4 orang satu bilik)

Admin google dalam internet dan menjumpai Hotel Wess Inn Taiping yang menawarkan kadar semalam yang agak berpatutan dengan kemudahan yang disediakan.Admin menginap dua malam di situ.Hari pertama admin kena bayar RM 100 bagi harga bilik starndar katil kelamin (harga bilik RM 68 + RM 32 (deposit) ). Hari kedua admin bayar RM 58 sahaja bagi harga bilik.

http://dattayamuthiah.blogspot.my/2012/08/new-hotels-in-taiping.html


Keadaan bilik agak luas dan mempunyai tingkap.Bilik hawa dingin dan mempunyai pancutan mandian air panas.Ada sabun mandi disediakan,tuala  dan 2 botol air minuman juga disediakan. Admin dapat bilik ditingkat satu dan terpaksa menaiki tangga.Tiada perkhidmatan lif disediakan.Parking pun juga disediakan.Kaunter hotel ada seorang petugas kaunter yang akan melayani keperluan anda. Apa apa keperluan barang lain admin boleh dapatkan di stesen minyak di sebelah hotel sahaja ataupun anda boleh berjalan kaki tidak sampai 100 meter ke Tesco Taiping.

Keseluruhan admin puas hati dengan layanan pihak hotel.Sekiranya anda ingin berjalan jalan di Taiping sebagai pelancong, hotel ini saya syurkan kepada anda bagi yang mempunyai budget yang kecil untuk penginapan.



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca