Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Mulai Jun 2016 isi rumah gagal asing sisa sampah di kompaun RM1,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya admin masih blur dan kurang pendedahan maklumat tentang pelaksanaan pengasingan sisa pepejal.Selama ini sampah rumah admin dimasukkan dalam satu plastik hitam sahaja (botol, plastil, kertas dan sisa makanan).


Nampaknya admin kena berubah sikap untuk belajar membuat pengasingan sampah sebelum diambil oleh lori sampah Majlis tempatan.Walaupun dimaklumkan bahawa hanya 7 negeri sahaja yang terlibat dengan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu  isi rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta enam negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah perlu mengasingkan sisa pepejal mereka.Namun pelaksanaan bagi seluruh negeri admin tidak pasti.Walaubagaimanapun admin yang tinggal di negeri Perak sepatutmya mula melatih diri dalam mengasingkan sampah pepejal seperti yang disarankan.




Menurut laporan dari BERNAMA, Kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan kadar kompaun terhadap isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal mereka dari punca mulai 1 Jun ini.Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique berkata, bagi rumah atas tanah kompaun yang dicadangkan ialah RM50 bagi kesalahan kali pertama, RM100 bagi kesalahan kali kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

Bagi kediaman bukan atas tanah (non landed property), cadangan kompaun adalah RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

"Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, kami akan bawa mereka ke mahkamah dan denda maksimum ialah RM1,000," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2015) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Akta 672 yang memandatorikan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dari punca (rumah) berkuat kuasa sejak September lepas, namun kerajaan memberikan ruang masa sehingga 1 Jun ini untuk melaksanakan tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca