Dalam Kenangan : Dalam keadaan pasaran lagu tempatan dilambakkan dengan lagu-lagu yang tidak berkualiti dari segi penulisan lirik. Kehilangan komposer Adnan amat dirasai admin lebih-lebih lagi admin suka dengan lagu ciptaan beliau pada era 90 an awal tahun 2000.
Malaysia sememangnya kehilangan sebutir permata di arena muzik tanahair.Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi di Hospital Selayang, di sini. Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Jenazah Adnan telah disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.
Adnan bin Abu Hassan dilahirkan pada 6 Januari 1959) merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau juga mempunyai dua orang adik iaitu Azlan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"
Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.
Al- Fatihah
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Salam sejahtera, Selepas memasang sistem operasi atau memasang semula sistem operasi (dalam bahasa biasa kita panggil reformat) maka sese...
-
Telefon adalah satu keperluan pada zaman ini dan boleh dikatakan setiap orang akan ada sekurang-kurang satu handphone di tangan mereka. Pe...
-
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memangg...
-
Admin hendak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan Telco yang sekarang semakin menjadi jadi.Tak cukup dengan hidden charg...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment