Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Berat Susu tepung formula Dutch Lady 1 kg ke 900 gram dengan pek berwajah baru sempena GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terus terang cakap, admin pernah melalui situasi ini pada susu formula Dugro.Nampaknya kehadiran GST disambut oleh pihak Dutch Lady mengurangkan berat susu formula mereka dengan pek berwajah baru.

Pada admin di mana rasionalnya meghabiskan wang untuk mereka cipta corak baru pada pek pembungkusan susu formula  jika kos reka cipta itu terpaksa diserap kepada pengguna.Akhirnya pengguna terpaksa membelinya dengan berat yang dikurangkan.Sedangkan pengguna rasa tiada manafaat atau satu kebaikan pun pembungkusan baru itu.

Sebelum ini admin biasa beli susu dutch lady dengan harga promosi RM 21.90 -22.90 dengan berat 1 kg. Memandangkan anak-anak admin boleh minum susu dutch ladu ataupun dugro tanpa sebarang masalah,jadi admin akan bertukar jenama susu mengikut prmosi yang mana lebih murah. Jika susu Dugro lebih murah walaupun beratnya sedah lama 900 gram admin akan tetap membelinya jika susu dutch lady pada waktu itu berharga RM 24.90-28.90.



Nampaknya makin bertambah bebanlah rakyat Malaysia terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih memerlukan susu formula dalam proses pembesaran mereka. Admin tak tahu bagaimana pihak kerajaan menangani masalah kenaikan harga susu formula ini.

Seolah-olah kerajaan tidak melakukan sesuatu tentang hal ini walaupun rungutan orang ramai tentang susu formula semakin mahal. Janganlah sampai rakyat Malaysia terutama orang miskin dan berpendapatan rendah terpaksa menukar kepada susu lemak manis untuk anak mereka. Jadilah kerajaan prihatin sikit.

Admin rindukan harga lama susu dutch lady






Berbaloikah upgrade Huawei Honor 3C ke Huawei Honor 4X

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini,admin dalam keadaan teruja menantikan Huawei  melancarkan Honor 4X secara rasmi di Malaysia. Honor 4X adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor Huawei.

Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.

Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM. Honor 4X ini  ditawarkan di pasaran China  di mana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450) sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).Jika dilihat pada spesifikasi Honor 4X, ia adalah saingan rapat kepada Xiaomi Redmi Note 4G yang berharga dalam RM589 (sebelum harga GST).

Sekarang ini admin menggunakan Huawei Honor 3C sebagai handphone utama untuk kegunaan panggilan dan surfing internet. Secara amnya, saiz skrin 5 inci dilihat sudah memadai untuk surfing namun ianya agak kurang selesa berbanding menggunakan skrin saiz phablet iaitu 5.5 inci. Walaupun handphone Honor 3C admin masih lagi dalam warranty, admin melihat Honor 4X ini sesuatu yang sukar dilepaskan jika harganya di bawah RM 600.Namun GST pada April ini akan menyebabkan harganya menjadi mahal melainkan Huawei Malaysia dapat memberikan harga lebih rendah bagi memberi saingan kepada Redmi Note 4G.

Apa yang pasti, kelebihan Honor 4X mengatasi Honor 3C dari kaca mata admin adalah seperti berikut ;-

1) Saiz skrin   5.5. inci

2) Menggunakan android KitKat

3) Rear camera 13 mp (mengunakan teknologi lens sama dengan Honor 6)

4) Kedudukan speaker


Adakah dengan 4 kelebihan ini akan membuatkan admin terjebak dengan Honor 4x? Sama-sama kita saksikan pada bulan April 2015 nanti.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca