Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cubaan spesis Lotong menculik kanak-kanak berusia 2-3 tahun berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung

Gambar Hiasan
Alor Gajah: Dua beradik berdepan detik mencemaskan apabila cuba dilarikan tiga ekor lotong ketika bermain di halaman rumah mereka di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua beradik terbabit, Norzainatul Zulaikha Mohd Azizan, 2, dan abangnya, Mohd Zaf Zakuan Mohd Azizan, 3, bermain sebelum muncul tiga ekor haiwan liar itu.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa, Siti Ain Sharfinaz Zainoldin, 24, berada dalam rumah bersama sepupunya, Norfadila Othman, 30, sebelum terdengar suara jirannya menjerit sebelum dia keluar dan mendapati dua anaknya itu menangis.

Siti Ain berkata, dia bersama dua anaknya ke rumah saudaranya itu pada petang kejadian, meluangkan masa untuk bersembang di ruang tamu dengan meninggalkan anaknya bermain di luar bersama rakan sebaya yang lain.

“Selepas beberapa minit, saya terdengar jeritan kuat dari luar rumah dan tangisan anak saya semakin kuat sebelum saya keluar melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila kelihatan tiga ekor lotong berlari sambil memanjat pokok mempelam di hadapan rumah.

“Saya mendapatkan kedua-dua anak saya sebelum dimaklumkan jiran bahawa mereka (anak) bermain bersama tiga ekor lotong di halaman rumah sehinggalah lotong menarik tangan anak saya ke arah semak.

“Jiran itu bertindak menghalau lotong itu dengan membaling selipar ke arah haiwan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur anak bongsunya hanya mengalami calar di tangan kiri akibat dicakar haiwan berkenaan.

Seorang penduduk, Zamry Mohd Ani, 32, ketika ditemui berkata, kampung itu sebelum ini bebas daripada ancaman haiwan liar namun sejak tiga minggu lalu, dua ekor lotong sesat muncul di sekitar kampung berkenaan.

“Tiga minggu lalu dua ekor lotong jantan entah dari mana datangnya, berkeliaran di kampung ini, dipercayai tertarik kepada beberapa pokok mempelam yang ditanam penduduk kampung yang buahnya sedang masak ranum di kawasan berkenaan.

“Dua minggu kemudian, seekor lagi lotong jantan muncul menjadikan jumlahnya tiga ekor dan keadaan itu amat membimbangkan sebelum saya membuat aduan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” katanya.

Pengarah PERHILITAN Negeri Melaka, Noor Zakiah Anum Mohd Noh berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada penduduk kampung berkenaan mengenai kehadiran lotong sejak beberapa minggu yang lalu.

“Kami akan menyiasat perkara ini kerana kehadiran lotong tidak membahayakan ini dibimbangi mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanan dan tindakan selanjutnya akan dilakukan secepat mungkin,” katanya.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24737#....BM7IkjY6.dpuf

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29


Seperti yang sedia maklum, malam tadi 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam.

Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. 

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
 
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta

Agak janggal bagi admin untuk menerima hakikat Juara AJL 29 ini dimenangi oleh Joe Flizzo dengan tajuk lagu Apa Khabar.Apa-apa pun itulah adalah pilihan Juri Profesional.Mereka lebih tahu.Walaupun admin lebih nampak lagu Di Pintu Syurga lebih menyelah dari segi lirik dan gubahan muzik.Mungkin juri nak angkat elemen muzik barat sebagai juara AJL tahun ini.Apa apa pun tahniah Joe Flizzo.

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29


1. Masih Aku Cinta    Shila Amzah
2. Di Pintu Syurga    Dayang Nurfaizah
3. Romancinta    Mojo
4. Gilalah    Stacy
5. Percayalah    Indah Ruhaila
6. Gadis Jolobu    Dato Hattan dan Waris
7. Matahari    Hafiz Suip
8. Rentak Laguku    Bunkface dan Amy Search
9. Sesal Separuh Nyawa    Alyah
10. Lelaki    Yuna
11. Apa Khabar    Joe Flizzow dan Sonaone
12. Malaikat    Hazama

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca