Tahu adalah makanan yang berasal dari negeri China. Penganan ini dikenal
dengan beragam nama di Asia. Ada yang menyebutnya tofu, orang Cina
sendiri menamainya doufu. Orang Indonesia serta Malaysia dan Thailand
lebih suka menyebutnya sebagai tahu.
Tahu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan.
Kandungan protein yang tinggi pada tahu, juga dapat dimanfaatkan untuk
menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.
Namun begitu lain pula ceiruta di negara China, Gara-gara gemar makan tauhu dan minum hanya sedikit
air pada setiap hari, seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan
membuang sebanyak 420 butir batu karang dari badannya pada minggu lalu.
Portal People’s Daily melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai He, 55,
itu, menjalani pembedahan di sebuah hospital di wilayah Zhejiang, timur
China selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Pemeriksaan awal mendapati, buah pinggang He penuh dengan batu karang, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan segera kerana bimbang organnya itu terpaksa dibuang akibat kekurangan air.
Pakar bedah yang merawat He, Wei berkata, dia terkejut melihat jumlah
batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang pesakitnya itu.
“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Pembedahan memakan masa
dua jam dan 45 minit untuk mengeluarkan semua batu karang terbabit.
“Apabila pembedahan selesai, tangan dan kaki saya lenguh. Dulang yang
digunakan juga dipenuhi dengan 420 butir batu kecil,” katanya.
Menurut Wei, batu karang itu berkumpul berikutan tabiat He yang gemarkan makanan berasaskan soya terutamanya tauhu.
Jelasnya, produk berasaskan soya buatan penduduk di Dongyang mempunyai
kandungan kalsium yang tinggi dan mudah menyebabkan batu karang.- 9 Jun 2015 BEIJING
Sumber Utusan
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam cuaca panas ini, satu masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai ...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
-
Assalamualaikum. Pastinya anda sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering berkumandang sepanjang Ramadhan dan Syawal. Tanpa lagu-lagu raya ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment