Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Masalah Proton Wira Fender Under Shield Cover (Daun Pisang) Rosak dan Kos ganti semasa GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Serba sedikit nak berkongsi tentang masalah kereta admin iaitu Wira. Baru-baru ini admin cuai sikit ketika memandu di  mana tayar kereta admin sebelah kiri langgar/jatuh dalam tebing jalan menyebabkan berlaku kerosakan bahagian dalam dekat tayar dikenali daun pisang. 


Jadi tempat tu dah jadi lopong sebab telah pecah dan tertanggal. Banyak hari jugalah admin bawak kereta tanpa daun pisang dalam keadaan hujan. Melihatkan keadaan hujan lebat sehari dua ini admin risau juga kalau berlaku apa apa kejadian yang tak diingini tambahan pula admin bukan arif sangat tentang kereta.Admin pun carilah bengkel Melayu di Gerik dengan penuh harapan bahawa harga berpatutan dikenakan (tak cekik darah).Sokong perniagaan orang Melayu beb.Huhuhuhuhu...

Rasa berdebar debar jugalah nak baiki sebab hari kedua pelaksanaan  GST. Dalam hati ada rasa akan robek duit poket ni bila ganti benda ini. Sebenarnya admin tak tahu komponen nama spare part yang nak diganti.Admin hanya bagitau mekanik Melayu tuh masalah yang dihadapi dan dia cakap dalam RM 75.Perghhh.... barang ciput dan nipis macam tu sampai RM 75 harga seunit keluh dalam hati admin. Mau tak mau kena ganti.Takkan nak biar jadi lopong macam tuh aje.

Gantian spare part sudah siap diganti.Mekanik ada bagitau yang absober admin dan bocor.Alamak...kena ganti absober pulak selepas ini..adoiii . So berjalanlah admin ke kaunter bayaran dengan senyuman. Casheir print resit total RM 85.00 + GST RM 5.10 = RM 90.10. Cashier Melayu tuh cakap GST tak payah bayar sbb kami kami serapkan kos GST ke atas kami. Perghhh..baguih punya kedai...teringat kisah tokey Mydin..."GST 6% kami bayar". Kira baguslah kalau macam tuh.

Bengkel Melayu kata akan serap kos GST !!!

Kesimpulannya dari cerita di atas iaitu spare part baru admin yang baru diganti namanya 'daun pisang'. Yang kedua buat semakan harga dulu  kedai kedai berdekatan untuk perbandingan harga sebelum ganti spare part tersebut.

Agak-agak murah ka selepas harga barangan pelaksanaan GST ini. Cer cite cer cite.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca