Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kekurangan Vitamin D punca kemurungan,kizofrenia,sakit belakang dan sakit otot, osteoporosis,darah tinggi dan strok

Satu produk dari syarikat Revell yang dikenali sebagai Hydro D  terdiri daripada mineral utama dan ditambahkan Vitamin D. Dengan Concentrace Mineral Drops dalam formula yang berkuasa ini, ia secara sinergestik membantu keupayaan vitamin untuk diserap dan digunakan di seluruh badan untuk kesihatan dan prestasi yang lebih baik.

Tinggal di Malaysia yang terdapat cahaya matahari, tidak bermakna anda mendapat cukup nutrien matahari (Vitamin D3). Ramai yang mungkin tahu Vitamin D adalah percuma dengan pendedahan kepada cahaya matahari dan penting untuk kesihatan tulang.

Walau bagaimanapun, Vitamin D berfungsi lebih daripada itu. Vitamin D adalah berguna untuk seluruh badan, daripada untuk menguatkan sistem imun sehingga mengawal pertumbuhan sel.

Ya, Vitamin D adalah PERCUMA tetapi...


Masyarakat Malaysia banyak berada dalam bangunan, ditutupi dengan pakaian. Maka ia menghadkan penghasilan Vitamin D. Semakin meningkat usia, keupayaan badan kita untuk membuat Vitamin D akan berkurangan.

Kesan Kekurangan Vitamin D :-
Otak : Penyebab kepada kemurungan dan skizofrenia.
Paru-paru : Menghidap asma dan berdehit.
Peredaran darah : Masalah tekanan darah tinggi dan strok
Otot/Tulang : Masalah sakit belakang dan sakit otot, osteoporosis.
Sistem imun : kencing manis, penyakit jantung, batuk kering, influenza
Kanser : berkait pelbagai kanser termasuk kolon, payudara, prostat & ovari.


Kandungan Aktif Hydro D :-
 
Concentrace Mineral Drops -
Mineral kompleks yang seimbang. Mengandungi lebih 72 mineral ionik, diperolehi daripada Tasik Great Salt, Utah. Ia adalah salah satu daripada rumusan semulajadi mineral yang paling berkuasa di dunia dengan pelbagai manfaat dan aplikasi. Ia adalah pemangkin bagi semua vitamin dan lain-lain nutrien badan yang anda gunakan untuk membina dan mengekalkan kesihatan yang baik.

Vitamin D -
Setiap titis Hydro D membekalkan 1.5mg Vitamin D. Maka apabila 40 titis, ia membekalkan 60mg Vitamin D untuk anda setiap hari.

Cara Pengambilan / Dos :-Kanak-kanak @ Remaja : 1 titis bagi setiap 2 kg berat badan.Dewasa : 40 titis (10 titis pagi, 10 titis tengahari, 10 titis petang dan
10 titis malam). Sebaiknya diambil selepas makan. Sekiranya diambil bersama Hydro D maka 10 titis Hydro C dan 10 titis Hydro D.
*  Boleh dititiskan ke dalam air putih, teh, kopi, milo atau jus.

Petua hilangkan jerawat dan jeragat paling berkesan tanpa berbelanja mahal


Jerawat bukanlah sejenis penyakit yang membahayakan nyawa seseorang. Namun kehadirannya membuatkan kita terseksa jiwa dan raga, resah gelisah sepanjang hari, rasa rendah diri dan sebagainya. Betul tak?? Tambah lagi kalu jerawat batu besar-besar dan bernanah lagi.

Beli Simkad Altel dan dapatkan tempoh masa aktif selama 365 hari


Nampaknya pemberian tempoh masa aktif yang panjang kepada pengguna mula menjangkiti telco di Malaysia. Jika sebelum ini telco Onexox menawarkan tempoh masa aktif percuma selama 850 hari ( 28 bulan) kepada semua pengguna Onexox yang baru. Strategi ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna. 

Kini Altel pula mengikuti strategi pemasaran yang serupa dengan menawarkan Extend 365 sah untuk pengguna baru di mana pengguna baru membeli SIM pek dan membuat tambah nilai untuk satu resit RM 50 dalam tempoh 30 hari, pelanggan akan menerima 365 hari secara percuma . Tambah nilai RM 50 akan dikenakan 6% GST. Tempoh sah laku akan dikira bermula dari tarikh anda membuat tambah nilai.



SOAL JAWAB UNTUK ALTEL 4G 365 HARI

  1. Adakah semua pelanggan baru prabayar Altel berhak untuk mendapatkan Extended Validity 365 hari dengan tambahan nilai tunggal pertama RM50 keatas dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Ya. Semua pelanggan baru prabayar Altel akan menikmati Extended Validity 365 hariD engan tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari bermula dari 15 October 2015.
  2. Adakah saya akan menerima Extended Validity 365 hari saya serta-merta selepas tambah nilai RM50 dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Tidak, Extended Validity 365 hari akan diaktifkan dalam masa 7 hari dari hari anda melakukan tambah nilai RM50.
  3. Adakah saya akan dimaklumkan apabila saya menerima Extended Validity 365 hari? Ya, anda akan menerima pemberitahuan SMS berikut dan anda juga boleh lakukan semakan melalui USSD * 102 # > Pengurusan Akaun Bahasa Malaysia : RM0. T.kasih atas tambah nilai anda. Anda kini blh kekal berhubung dgn lanjutan tmph aktif krdt 365 hari. Sah hingga HH/BB/TTTT. Tertakluk T&S. Layari altel.my
  4. Adakah saya layak untuk mendapat Extended Validity 365 hari jika tambah nilai pertama saya adalah di bawah RM50 atau untuk jumlah tambah nilai terkumpul sebanyak RM50 ? Tidak , Extended Validity 365 hari HANYA sah untuk tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari pertama pengaktifan.
  5. Selepas menerima Extended Validity 365 hari adakah saya masih perlu menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama seperti yang biasa dikenakan RM28 perkhidmatan lanjutan? Tidak. Anda tidak aperlu untuk menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama untuk menikmati Extended Validity 365 hari.
  6. Jika saya telah menerima Extended Validity 365 hari, bolehkah saya boleh melanggan Extended Validity 365 pada harga RM28 ? Seperti dalam pra-syarat semasa , anda boleh melanggan Extended Validity RM28 selagi anda mempunyai kredit yang mencukupi dan tempoh sah laku semasa adalah kurang daripada 90 hari
  7. Adakah tambah nilai RM50 atau ke atas termasuk caj 6% GST? Tambah nilai tunggal minima RM50 tambah caj 6% GST. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM53 (termasuk GST) .
  8. Bilakahkah tempoh sah laku 365 hari akan bermula? Tempoh sah laku 365 hari akan bermula dari tarikh sebenar tambah nilai tunggal sebanyak RM50 ke atas.   

Khasiat Susu Formula : Tuang Air Panas Dulu Baru Susu Formula, Cara Salah Bancuh Susu Anak.

Kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil dari umur sehari hingga ke usia 6 tahun, pembelian susu formula sudah menjadi satu rutin bulanan bagi ibubapa setiap kali dapat gaji.paling murah bagi setiap pek susu formula RM 23-26 bagi jenama ekonomi iaitu Dugro dan Dutch Lady.

Aku beralih arah dari Huawei Honor 3C kepada Xiaomi Redmi Note 2 RM 649

Mi Malaysia telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Redmi Note 2 untuk pasaran  asia seperti Malaysia  Singapura, Taiwan dan juga Hong Kong.Pelancaran Redmi Note 2 ini disempurnakan oleh Hugo Barra, Naib Presiden Xiaomi Global.

Phablet mampu milik kelas pertengahan ini akan mula dijual di Malaysia, pada 11 November 2015 yang lalu, hanya di laman web Mi Malaysia. Redmi Note 2 dijual pada harga RM649 dengan pilihan warna putih dan kelabu gelap.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note 2 turut hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, mampu berfungsi sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Redmi Note 2 mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan, serta dua lagi slot untuk kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Baterinya berkapasiti 3,060mAh yang boleh dicabut, dan menyokong pengecasan pantas. Redmi Note 2  datang siap dengan MIUI 7, antaramuka terbaru Xiaomi berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Kamera belakang Redmi Note 2 menggunakan sensor 13MP F2.2, beserta autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas. Ia boleh merakam video sehingga resolusi HD Penuh 1080p. Kamera depannya pula 5MP F2.2 dengan fokus tetap.

Admin telah berjaya membelinya pada jualan kedua 17 November 2015 dengan memilih warna kelabu hitam.Penghantaran dilakukan menggunakan CityLink pada 24 November 2015.Keseluruhan admin amat berpuas hati setakat ini dengan Redmi Note 2 ini.walaupun ada masalah error pada Google Play Store setiap kali nak install aplikasi.



Antara sebab admin pilih Redmi Note 2 adalah kerana spefikasi cameranya yang PHAF 0.1 saat dan camera depan memang puas hati untuk selfie setanding dengan handphone yang lama.Dari segi ketahan bateri adalah memuaskan setakat ini.Apa-apa pun admin amat syurkan Redmi Note 2  berbanding Hobor 4X yang dijual pada harga yang hampir sama kalau anda ingin membeli handphone budget.

Celcom Magic Sim Internet Burung Hantu tawar internet berkelajuan tinggi percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pek prabayar Magic Sim dari Celcom semakin menarik nampaknya. Khas untuk pelanggan setianya, Celcom telah mengumumkan satu lagi tawaran terbaru untuk pelanggan Magic Sim, yang dipanggil Internet Burung Hantu percuma.

Pelanggan Magic Sim kini boleh menggunakan internet secara percuma tanpa had kuota, dari jam 1pagi sehingga 7 pagi, iaitu waktu bila spesis burung hantu berjaga. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan data mingguan atau bulanan Magic Sim, dari serendah RM10.

Untuk pengetahuan anda, Pek permulaan prabayar Magic Sim adalah berharga RM5 datang siap dengan RM3 kredit dan 200MB internet pantas 4G LTE. Kadar panggilannya serendah 2.5sen/minit dalam talian yang sama, dan 10sen/minit ke talian lain. 

 

Untuk lebih maklumat, layari lamanweb Celcom MagicSim.

Kelebihan dan keburukan : Samsung Galaxy J7 pada harga Bawah RM 1000 adakah berbaloi untuk dibeli ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin setakat ini tak pernah pakai handphone jenama Samsung. Bagi admin harga handphone jenama Samsung agak diluar kemampuan. Namun begitu,baru-baru ini Samsung Galaxy J7 kelihatan menakjubkan ketika pertama kali admin melihat di Samsung Showroom Ipoh. Dengan saiz paparan skrin 5.5 inci HD Super AMOLED resolusi 1280x720 piksel (HD 720p: 267 ppi). Skrin Super AMOLED  mempunyai kelebihan dari penjimatan penggunaan tenaga bateri. 

 Samsung Galaxy J7 didatangi chipset pemproses OCTA-Core Exynos 7580 kelajuan pemproses 1.5 GHz (Intel Quad-Core Cortex-A57 kelajuan 1.5 GHz dan Intel Quad-Core Cortex-A53 kelajuan 1.5 GHz) dengan GPU Mali-T720, RAM memori, 1.5 GB, kapasiti memori dalaman 16GB dengan kapasiti memori kad microSD sehingga 128GB, menyokong kelajuan tinggi sambungan internet lebih 4G. Semua LTE dan spektrum 3G, sokongan untuk dua kad SIM (dwi-SIM), kapasiti bateri 3000. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka khusus TouchWiz.

Kekuatan utama Samsung Galaxy J7 ialah kamera belakang dengan resolusi 13 megapiksel bukaan lebar di f / 1.9 dan menyokong rakaman video  pada resolusi sehingga 1080p Full HD (1920x1080 piksel: 30 fps).Yang uniknya tentang  Samsung Galaxy J7, kamera depan juga dilengkapi dengan flash LED mengambil gambar selfie dengan kamera depan mempunyai resolusi 5 Megapiksel bukaan luas pada f / 2.2 dan sokongan untuk merakam video pada resolusi sehingga 1080p Full HD (1920x1080 piksel) secara berasingan.

 
Harga Samsung Galaxy J7 adalah RM 1000 sewaktu diperkenalkan. Jika anda tahu bahawa jualbeli secara online seperti di www.lelong.com.my di mana anda boleh beli Samsung Galaxy J7dalam RM900 lebih kurang.

Jadi di sini,adakah Samsung Galaxy J7 ini berbaloi dibeli dengan harga RM1000 ke bawah ? Mungkin dengan RM1000 ini anda boleh dapat yang lebih baik specfikasi dari Samsung Galaxy J7 ?

Apa-apa pun jom kita lihat info di bawah :-  

Kelebihan Samsung Galaxy J7:

1) Samsung Galaxy J7 mempunyai skrin 5.5 inci Super AMOLED. Anda tidak mendapat Super AMOLED dengan jenama lain. Manfaat utama Super AMOLED adalah untuk mengurangkan penggunaan penggunaan kuasa bateri.

2) Kamera hadapan 5 megapiksel yang mempunyai flash. Ia adalah benar-benar satu kelebihan untuk pengguna yang suka berselfies sama ada dalam keadaan cahaya yang rendah atau atas dalam gelap.

3) Kapasiti penyimpanan diperkembangkan yang boleh berkembang sehingga 128 GB dengan bantuan kad microSD.

4) Samsung Galaxy J7 mempunyai 64-bit chipset OCTA-core.

5) Kamera depan juga mempunyai keupayaan HD penuh untuk panggilan video.

6) Dengan kapasiti bateri 3000 mAh mampu bertahan lebih daripada 2 hari untuk pengguna biasa.


Keburukan Samsung Galaxy J7:

1) Harga yang anda perlu bayar terlalu tinggi dengan specfikasi yang ditawarkan berbanding jenama lain.

2) 1.5 GB RAM terlalu rendah untuk harga yang diberikan. Anda boleh mendapatkan 2GB RAM di separuh harga telefon ini.Malah telefon RM 500 boleh dapat 2GB RAM. Suatu yang agak memalukan di sini.


3) Sekali lagi, sensor suhu yang hilang. Ini jenis sensor adalah benar-benar penting untuk mengesan suhu telefon.

Kesimpulannya, anda pastinya boleh menilai sendiri sama ada

Samsung Galaxy J7 adalah berbaloi untuk dibeli?Jika tidak sila tinggalkan komen di bawah dan nyatakan handphone apa yang berbaloi dibeli dari Samsung Galaxy J7 dengan harga bawah RM 1000.
 

Video Doktor keluarkan Lipan masuk telinga wanita ketika sedang tidur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesuatu yang lumrah apabila kita akan jumpa binatang berbisa sepertu ular,lipan ataupun serangga berbisa.Tetapi mengejutkan apabila haiwan tersebut cuba membuat sarang di dalam anggota badan manusia seperti telinga. Apatah lagi kalau binatang itu jenis berbisa dan sekiranya binatang itu mengigit dan  sudah pasti ianya mengancam nyawa manusia .
 
Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar.Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya.

Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu. Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa.

Beberapa minit kemudian, doktor menggunakan penyepit untuk mengeluarkan haiwan itu perlahan-lahan daripada telinga mangsa.Menurut laporan media, doktor terlebih dulu melemaskan lipan berkenaan menggunakan salin.Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ringan pada telinganya.
Rakaman prosedur berkenaan menjadi viral selepas dikongsi pengguna laman media sosial. -Sumber Harian Metro


Tambah nilai RM 30 dapat kuota 3 GB internet secara percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum ini kita disajikan oleh telco-telco prepaid di Malaysia yang menawarkan internet asas percuma dengan kelajuan 64kbps di mana telco Maxis dilihat sebagai pencetusnya dan kemudian diikut oleh telco-telco lain selepas itu. 

Nampaknya trend terkini apabila pihak telco seperti Tone Excel dan UMobile mula menawarkan internet kelajuan penuh berjumlah 1 gb sebulan secara percuma dengan setiap tambah nilai RM 30. 

Starter pack UMobile Power Prepaid iaitu plan prepaid terbaru dan dijangka akan menjadi persaing utama kepada Xpax Magic SIM, DiGi Smart prepaid dan juga Hotlink serta Tone Excel. Plan ini menawarkan internet percuma kuota  1 Gb dengan toup minima RM 10 dan pastikan nombor tersebut kekal aktif.






 

Harga Umobile Power prepaid ini, harganya adalah RM8.50 sahaja dengan RM5 kredit disediakan untuk anda. Selain itu, anda juga akan mendapat 200MB high speed internet secara percuma dan panggilan percuma selama 10 hari.

Apa yang menarik dan kelebihan Umobile Power Prepaid:-


  • Free 1GB high speed internet setiap bulan
  • Free basic internet (64kbps speed) sehingga 2GB/month
  • Free 200MB high speed internet (selepas diaktifkan)
  • Free Call selama 10 hari – 150 minit (selepas diaktifkan)
  • Harga Starter pack yang murah iaitu cuma RM8.50 dengan RM5 preloaded kredit.
  • Caj serendah 8sen/SMS ke semua rangkaian
  • Caj serendah 5sen/30sec atau 10sen/minit ke semua rangkaian.
  • minit panggilan percuma kepada semua nombor Umobile setiap bulan mengikut tambah nilai.


Kesimpulannya, untuk dapat kuota  1GB internet percuma kelajuan tinggi ini  adalah anda perlu topup  RM30  setiap bulan untuk mendapatkan tempoh aktif selama 30 hari. Ini kerana masa tempoh aktif dikira dengan kadar RM1/sehari.

Topup RM 30 percuma kuota internet 1 gb untuk sebulan dari Tune Talk / Tone Excel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bercakap tentang telco di Malaysia sebelum ini Maxis yang menawarkan internet percuma dengan syarat dalam tempoh aktif dengan kelajuan paling minima iaitu  64kps.Dengan kelajuan 64kps ini yang hanya sesuai untuk aplikasi Whatsapp,telegram dan sebagaianya tetapi tidak sesuai untuk melayari internet. Walaubagaimana pun kini terdapat telco Tone Excel menongkah arus dengan menawarkan tawaran yang lebih baik dengan hanya topup RM 30 bagi tempoh aktif sebulan dan layak dapat kuota internet 1gb percuma dengan kelajuan penuh.

Saya  mendapat maklumat tentang kad prepaid ini dari adik ipar saya menggunakannya. Harga sekeping Simkad ToneExcel ini adalah RM95 (harga terkini) manakala didalamnya terdapat topup RM30. Talian yang digunakan adalah talian TuneTalk (Dimiliki oleh TuneGroup dan juga Celcom). Kadar panggilan seminit adalah 28 sen, SMS 10 sen. Untuk data pakage, RM42 sebulan (1 Gb).



Pada pendapat saya, ini adalah persaingan yang cukup bagus terutama kepada pengguna prepaid.

Curcuma kapsul atau Kapsul Kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah dan merawat arthritis (sakit sendi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kunyit merupakan sejenis herba semulajadi yang banyak digunakan dalam pembuatan dan penghasilan produk kesihatan. Kajian penyelidikan klinikal telah membuktikan kunyit mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan

Semak Telefon Anda Sama ada Original atau tidak melalui nombor IMEI

Kod IMEI ialah singkatan kepada International Mobile Equipment Identity. Ini boleh diibaratkan sebagai kod pengenalan diri yg unik seperti manusia yg menggunakan kad pengenalan. IMEI didaftar bersama pengeluar asal mengikut model telefon, identiti pengeluar dan identiti peranti ke dalam satu pusat pangkalan data komunikasi 

Flash Kamera Punca bayi berumur 3 bulan disahkan buta seumur hidup.

Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup 'flash' kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

Alcatel Onetouch Flash Plus Phablet 5.5 inch dengan rear camera 13MP, Camera Selfie 8MP autofocus hanya RM 560

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alcatel kembali mengeluarkan gadget terbarunya dimana sebelum ini telah memperkenalkan One Touch Flash.Kini  Alcatel kembali dengan versi Flash Plus pula. 

Tidak jauh berbeza dengan versi sebelumnya Alcatel Flash Plus ini lebih mengutamakan pada  kamera depan atau yang biasa kita gunakan untuk berselfie, dan Alcatel ini mengusung kamera depan dengan resolusi 8MP berbanding 5MP sebelum ini.Alcatel Flash Plus memiliki kelebihan pada ketebalannya yang hanya 8 mm serta berat hanya 147 gram saja.

Alcatel Flash Plus ini termasuk smartphone cukup bertenaga yang di dukung dengan mempercayakan kepada chipset MediaTek MT6752 yang didukung dengan prosesor octa-core ARM Cortex-A53 yang mempunyai kelajuan 1,5GHz dan  RAM 2GB dan  grafik dari MaliT760MP2, dan bateri 3500 mAh.



Alcatel Flash Plus hanya boleh didapati melalui Lazada sahaja memandangkan pihak Alcatel telah bekerjasama dengan Lazada untuk memasarkan produknya.Pelancaran produk ini di Malaysia setakat ini belum diketahui namun Alcatel Flash Plus boleh didapati di  Lazada Thailand,Lazada Indonesia dan Lazada Philipina.Dengan harga yang kompetatif dengan specfikasi hardware pasti menarik perhatian orang ramai untuk memilikinya.



Phone              : Alcatel Onetouch Flash Plus
Manufacturer   : Alcatel
Announced      : April 2015
Status              : Available - May 2015
Colors              : Slate/Gold
Form Factor    : Candybar
Dimension       : 152.3 x 76.4 x 8 mm
Weight             : 147 g
2G Network    : GSM 900 / 1800 / 1900
3G Network    : HSDPA 900 / 2100
4G Network    : LTE band 1(2100), 3(1800), 38(2600), 39(1900), 40(2300), 41(2500)
Messaging       : SMS, MMS, EMail, IM
Type                 : Capacitive touchscreen
Colors              :16M colors
Size                 : 5.5 inches  
Resolution       : 720 x 1280 pixels
Pixel Density   : 267 ppi
OS                   : Android OS, v4.4.x (KitKat)
Processor        : Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53, Mediatek MT6752M   
GPU                : Mali-T760MP2       
RAM                : 2 GB
Internal Memory         :16 GB
External Memory        :microSD, up to 32 GB
Camera                       :13 MP, 4128 x 3096 pixels   
Flash               : LED flash
Features          : Auto focus, Geo-tagging, Touch Focus, Face Detection, HDR, Panorama
Video               :1080p@30fps
Secondary      : 8 MP, AF
Type                : Li-Ion Battery
Capacity          : 3500 mAh

Perdana Menteri, DS Najib Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan bagi penjawat awam tahun 2015

ongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini. Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. "Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya di sini hari ini. Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini. Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini. Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji dan turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini kerana ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

Perdana Menteri, DS Najib hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan Hari Raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.Pengumuman dibuat melalui Rancangan Khas di RTM1 sebentar tadi.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 25 Jun ini.Selain itu, elaun rumah turut diselaraskan menjadi RM 300 sebulan.

Qoo10 Malaysia promosi Samsung Note 2 lte version hanya RM 499 sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Walaupun muncul handphone baru silih berganti namun dalam pencarian handphone berskrin besar seperti 5.5 inci di mana wujud persaingan sengit antara pengeluar handphone..

Admin masih lagi terkial-kial mencari phablet yang betul betul berbaloi dengan nilai wang dengan budjet tidak seberapa. Pada asalnya admin berura-ura untuk memilih Samsung Note 2 lte version sebagai phablet pilihan memandangkan ia adalah flagship phone pada tahun 2012 dan masih lagi relevan untuk digunakan sehingga kini.Sehinggalah admin terlihat promosi dari Qoo10 Malaysia iaitu Note lte 32gb harga RM 499. Fuyooo murahnya. Memang terbaik murahlah jika dibandingkan dengan harganya dengan phablet yang lain seperti Honor 4x ataupun Lenovo A7000.


Malangnya promosi adalah masa terhad. Jika anda berminat nak beli sila ke sini. Dan jika link ini berjaya membawa anda ke link yang betul.tahniah !!! jika tidak bermakna promosi itu telah pun tamat.

Amalan makan tauhu penyebab buah pinggang penuh dengan batu karang ?

Tahu adalah makanan yang berasal dari negeri China. Penganan ini dikenal dengan beragam nama di Asia. Ada yang menyebutnya tofu, orang Cina sendiri menamainya doufu. Orang Indonesia serta Malaysia dan Thailand lebih suka menyebutnya sebagai tahu.

Income adsense kali kedua USD 103.37 selepas dapat USD 102.57 pada 25.3.2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur akhirnya akaun adsense admin telah melepasi USD100 dan boleh dikeluarkan tidak lama lagi. Setelah menunggu hampir setahun dan 2 bulan barulah pendapatan kali kedua adsence admin mencapai targetnya.

Strategi mantap Celcom menarik kembali pelanggan setia yang lari ke telco lain dengan memperkenalkan Magic Sim Celcom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nampaknya Celcom telah keluarkan pelan prepaid terbaru.Dimaklumkan Celcom  secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar mereka yang terbaru tahun 2015, di mana seperti pada penawaran Hotlink Hashtag iaitu Celcom menawarkan internet asas 64kbps tanpa had secara percuma. Ini kerana rata-rata pengguna setia Celcom amat pihak Celcom mengikuti langkah Maxis Hotlink Hashtag dengan free basic internet akhirnya termakbul juga impian mereka menerusi Magic Sim ini.


Kad sim prabayar ini akan ditawarkan pada harga RM5, dan ia hadir dengan masa penggunaan selama 5 hari selepas sim ini diaktifkan..Untuk pembelian kad-SIM pihak Celcom menawarkan 200MB secara percuma, selain untuk setiap tambah-nilai, mereka turut menawarkan data tambahan secara percuma. . Pengguna perlu memastikan akaun mereka terus kekal aktif dengan membuat tambah-nilai. Untuk tambah-nilai RM5 pengguna akan menerima 50MB data internet laju secara percuma, 100MB untuk RM10, dan 300MB untuk RM30.




Apa yang menarik dan kelebihan Celcom Xpax Magic SIM  2015

  •  Unlimited Internet (Free Basic Internet) sepanjang tempoh sah aktif untuk aplikasi social seperti Whatsapp, Wechat dan LINE.
  •  200MB Internet berkelajuan tinggi (high speed internet 4G LTE up to 75Mbps)
  •  20 minit panggilan percuma dan 20 SMS percuma kepada nombor Celcom yang lain.
  • Plan Prepaid Celcom termurah setakat ini dengan harga pek cuma RM5.
  • Call rate serendah 12 sen/min kepada semua nombor.
  • Tiada caj PPU Celcom dikenakan jika kehabisan kuota cuma speed internet akan dikurangkan
  • Kuota Internet yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya
Xpax Magic SIM ini juga didatangi dengan Plan Internet yang harian, mingguan dan bulanan seperti berikut:


Bagi pelanggan Celcom sedia ada, pengguna boleh beralih ke rangkaian Magic SIM ini dengan menghantar SMS “MIG MAGIC” ke 28882, selain Celcom turut menawarkan MNP ke pakej baru ini bagi pelanggan dari rangkaian lain.

Kesimpulannya, satu pelan yang menarik.yang pasti free basic internet adalah kunci tarikan sebenarnya untuk pengguna setia Celcom  untuk terus bersama mereka.Mungkin pengguna pengguna celcom yang "berpaling tadah" sebelum ini  akan kembali ke Celcom Magic Sim.Kita tunggu dan lihat.

Kenapa sabun dobi pencuci pakaian Jasmin 7 (3 in 1) 10 liter murah, wangi dan sangat berbaloi ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ini berkongsi pengalaman menggunakan prosuk pencuci pakaian iaitu Jasmin 7.Adalah menjadi rutin dalam pembahagian tugas kerja-kerja di rumah admin adalah membasuh pakaian. Kebiasaanya admin akan gunakan sabun serbuk dan cecair untuk kerja-kerja membasuh menggunakan mesin basuh automatik dan kemudian masukkan pelembut dan pewangi bagi mewangian pakaian yang dibasuh.

Honor 4C dilancarkan pada harga RM529 menggantikan model lama Honor 3C

Semalam Honor Malaysia  secara rasminya telah pun mengumumkan satu lagi peranti mampu milik daripada mereka berasaskan Android, iaitu Honor 4C. Peranti ini, seperti biasa akan dijual melalui secara atas talian menerusi website  VMall.com.my dengan harga yang ditawarkan RM529 di Malaysia. Sekali pandang rekabentuk Honor 4C seakan-akan Honor 4X.

Honor 4C hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan lapan-teras 1.2Ghz 64-bit, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta bateri berkapasiti 2550mAh. Paparan skrin adalah 5-inci 1280 x 720 piksel sama seperti Honor 3C. Honor seperti biasa, melengkapkan peranti ini dengan antaramuka EmotionUI 3.0 berasaskan kepada Android 4.4 KitKat. Peranti ini hadir dengan ruangan storan terbina sebanyak 8GB dan boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD sehingga 32GB, serta memori 2GB RAM.


Specfikasi Honor 4C.


  •     5-inch display with 720p (294ppi)
  •     HiSilicon Kirin 620 chipset
  •     2 GHz octa-core Cortex A-53 processor
  •     2 GB RAM
  •     8 GB Internal Storage (support external SDcard upto 32 GB)
  •     13 MP back camera (with f/2.0 aperture)
  •     5 MP front camera
  •     2G, 3G, 4G and 4G LTE supported
  •     NFC, Bluetooth, GPS and Wi-Fi
  •     2,550 mAh battery
  •     Runs on Android 4.4.2 KitKat

Bagi yang sudah memiliki Honor 3C seperti admin mungkin akan fikir 2 kali untuk membeli Honor 4C kerana spefikasinya tidak jauh beza dengan Honor 3C.Mungkin alternatif pilihan adalah Honor 4X ataupun Honor G7.

Masalah Proton Wira Fender Under Shield Cover (Daun Pisang) Rosak dan Kos ganti semasa GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Serba sedikit nak berkongsi tentang masalah kereta admin iaitu Wira. Baru-baru ini admin cuai sikit ketika memandu di  mana tayar kereta admin sebelah kiri langgar/jatuh dalam tebing jalan menyebabkan berlaku kerosakan bahagian dalam dekat tayar dikenali daun pisang. 

Huawei Honor 4X berharga RM582 tidak termasuk GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak mengejutkan apabila harga pada awalnya adalah RM699 dan mendapat reaksi yg bercampur campur oleh pengguna Huawei yang dikatakan agak mahal dari Redmi Note 4G walaupun spefikasi hampir sama. Namun Huawei Honor 4X   boleh didapati bermula 1 April ini pada harga terbaru RM619 termasuk cukai GST hanya untuk 3000 unit sahaja.

Berat Susu tepung formula Dutch Lady 1 kg ke 900 gram dengan pek berwajah baru sempena GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terus terang cakap, admin pernah melalui situasi ini pada susu formula Dugro.Nampaknya kehadiran GST disambut oleh pihak Dutch Lady mengurangkan berat susu formula mereka dengan pek berwajah baru.

Pada admin di mana rasionalnya meghabiskan wang untuk mereka cipta corak baru pada pek pembungkusan susu formula  jika kos reka cipta itu terpaksa diserap kepada pengguna.Akhirnya pengguna terpaksa membelinya dengan berat yang dikurangkan.Sedangkan pengguna rasa tiada manafaat atau satu kebaikan pun pembungkusan baru itu.

Sebelum ini admin biasa beli susu dutch lady dengan harga promosi RM 21.90 -22.90 dengan berat 1 kg. Memandangkan anak-anak admin boleh minum susu dutch ladu ataupun dugro tanpa sebarang masalah,jadi admin akan bertukar jenama susu mengikut prmosi yang mana lebih murah. Jika susu Dugro lebih murah walaupun beratnya sedah lama 900 gram admin akan tetap membelinya jika susu dutch lady pada waktu itu berharga RM 24.90-28.90.



Nampaknya makin bertambah bebanlah rakyat Malaysia terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih memerlukan susu formula dalam proses pembesaran mereka. Admin tak tahu bagaimana pihak kerajaan menangani masalah kenaikan harga susu formula ini.

Seolah-olah kerajaan tidak melakukan sesuatu tentang hal ini walaupun rungutan orang ramai tentang susu formula semakin mahal. Janganlah sampai rakyat Malaysia terutama orang miskin dan berpendapatan rendah terpaksa menukar kepada susu lemak manis untuk anak mereka. Jadilah kerajaan prihatin sikit.

Admin rindukan harga lama susu dutch lady






Berbaloikah upgrade Huawei Honor 3C ke Huawei Honor 4X

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini,admin dalam keadaan teruja menantikan Huawei  melancarkan Honor 4X secara rasmi di Malaysia. Honor 4X adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor Huawei.

Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.

Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM. Honor 4X ini  ditawarkan di pasaran China  di mana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450) sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).Jika dilihat pada spesifikasi Honor 4X, ia adalah saingan rapat kepada Xiaomi Redmi Note 4G yang berharga dalam RM589 (sebelum harga GST).

Sekarang ini admin menggunakan Huawei Honor 3C sebagai handphone utama untuk kegunaan panggilan dan surfing internet. Secara amnya, saiz skrin 5 inci dilihat sudah memadai untuk surfing namun ianya agak kurang selesa berbanding menggunakan skrin saiz phablet iaitu 5.5 inci. Walaupun handphone Honor 3C admin masih lagi dalam warranty, admin melihat Honor 4X ini sesuatu yang sukar dilepaskan jika harganya di bawah RM 600.Namun GST pada April ini akan menyebabkan harganya menjadi mahal melainkan Huawei Malaysia dapat memberikan harga lebih rendah bagi memberi saingan kepada Redmi Note 4G.

Apa yang pasti, kelebihan Honor 4X mengatasi Honor 3C dari kaca mata admin adalah seperti berikut ;-

1) Saiz skrin   5.5. inci

2) Menggunakan android KitKat

3) Rear camera 13 mp (mengunakan teknologi lens sama dengan Honor 6)

4) Kedudukan speaker


Adakah dengan 4 kelebihan ini akan membuatkan admin terjebak dengan Honor 4x? Sama-sama kita saksikan pada bulan April 2015 nanti.

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) tawar pakej internet RM 17 sebulan kuota 1 GB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) diperkenalkan keapda rakyat Malaysia merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.Produk itu akan mewujudkan rangkaian kedai milik bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi golongan itu.

SR1M merupakan alternatif bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,Pek permulaan SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma sebanyak RM5 dan 150 megabait akses internet.Pengguna akan dikenakan caj sebanyak 8 sen bagi setiap 30 saat perbualan, SMS 8 sen, dan 5 sen bagi setiap megabait data internet yang dimuat turun. SR1M diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn. Bhd (UMobile)


Ciri-ciri SR1M

1. Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Kadar rendah SR1M

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.

2. Kadar Rata Ke Seluruh Negara

Nikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.

3. Kualiti Liputan & Rangkaian

SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.

Panduan Pengguna SR1M

1. Cara menambah nilai SR1M

Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih.

Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

2. Cara memeriksa baki SR1M

Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.

3. Nombor USSD

*126# dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.
*129# dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna.

4. Khidmat pelanggan

Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.

Sumber: SR1M.com.my

Mesmerize For Men Perfume terbaik dari Avon sudah kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru baru ini admin ke butik Avon sebab nak hadiahkan sesuatu untuk yang tersayang. Belek punya belek punya belek dalam katalog terbaru.Tiba tiba mata admin terperasan sesuatu yang menarik pandangan mata yang di atas meja kaunter.Botol biru dengan tulisan emas dengan penutup botol emas.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca