Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Setelah 12 tahun setia dengan Celcom Prepaid akhirnya aku beralih ke Onexox Prepaid.Mengapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya telco Celcom ini sudah jadi sebahagian dari hidup admin sebenarnya. Dari admin mula kerja pada tahun 2002 sehingga Disember 2014 admin adalah salah seorang pelanggan setia Celcom Preaid. Namun baru-baru ini admin telah melakukan anjakan pradikgma dengan bertukar telco baru iaitu Onexox prepaid.

Bagaimana Onexox boleh menarik hati admin untuk bertukar ke telco baru adalah sesuatu yang tidak diduga.Apa apa pun admin telah banyak meneliti kelebihan yang ada pada Onexox ini.



Dulu admin kena topup  RM 30 untuk masa airtime aktif selama sebulan.Lepas itu admin langgan pulak Pelan Internet Sosial Chat RM 10 untuk kuota data internet 150 mb selagi masa airtime aktif. Selepas muncul tawaran Onexox prepaid dengan menawarkan Program MNP Onexox di mana admin boleh kekal nombor lama Celcom dan beralih ke Onexox Prepad.Admin juga akan dapat masa lanjutan airtime selama 28 bulan (2 tahun 4 bulan) dengan hanya membayar RM 10 sahaja untuk program MNP Onexox.

Sebelum ini admin amat sukar beralih Telco lain kerana bimbang liputan talian tidak sekuat Celcom.Tapi  admin menarik nafas lega kerana Onexox prepaid tumpang  coverage talian Celcom.Jadi tiada masalah liputan kerana di mana ada Celcom di situ ada Onexox.


 Memang jimat ke bertukar ke Onexox prepaid?


Untuk masa panggilan bagi admin memang jimat memandangkan admin biasa membuat panggilan yang tidak lama mungkin dalam kurang 2 minit. Tetapi pelan panggilan Onexox ini 30 saaat 6 sen adalah menjimatkan kerana sebelum ini telco admin yang lama mengenakan 28 sen walaupun 30 saat bercakap.Di situ admin dah nampak penjimatan.

Pelan internet bagaimana pula?Jimat ke ?

Ya sudah tentu jimat. Pelan internet Onexox memang menjimatkan.SMS sekarang ini tidak lagi popular kepada sebahagian rakyat Malaysia kerana adanya aplikasi Whatapp.Boleh dikatakan aplikasi Whatapp pembunuh senyap kepada sms kini.Dulu pengguna membayar setiap sms yang dihantar iaitu dalam 2-10 sen.Kini whatapps mengambil alih fungsi sms di mana pengguna boleh berhubung sesama mereka dengan hanya menaip dalam Whatapp tanpa sebarang bayaran dikenakan dengan syarat memiliki akses internet,Jadi kemudahan internet sudah jadi benda wajip setiap pengguna handphone.

Bagi pengguna seperti admin yang hanya berwhatapp dan,facebook dan surfing yang ringan maka pelan RM 18 sebulan dengan kuota 500 mb dilihat amat sesuai dengan keperluan admin. Jadi bagi pengguna internet yang agak hardcore,pelan RM 29.99 sebulan dengan kuota 1.5 gb dilihat sesuai. Jadi terpulanglah mengikut keperluan masing-masing.

Kesimpulannya admin berpuas hati setakat ini service Telco Onexox ini.Nak berjimat lagi ajak kaum kerabat beralih kepada onexox prepaid.Secara tidak langsung boleh jana sampingan setiap bulan. Berminat nak tahu pendapatan sampingan.Klik di sini



Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca