Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Apabila Shah Rukh Khan antara penerima zakat dari Lembaga Tabung Haji.

Bila disebut pelakon Hindi terkenal ini pernah menjadi isu hangat negara sekitar tahun 2008 apabila dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70. Akan tetapi rakyat Malaysia pasti kecoh apabila dimaklumkan dari media masa bahawa Shah Rukh Khan antara 248 orang yang menerima bantuan Lembaga Tabung Haji (TH) sudah pasti nama ini menjadi perbualan hangat di media sosial.

Namun begitu sebagai pembaca anda tidak perlu melatah kerana yang menerima zakat ini bukan pelakon hindi sebaliknya adalah seorang pelajar yang namanya serupa nama pelakon hindi tersebut di mana pelajar ini mendapat bantuan zakat menerusi Projek Iqra 2014 peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, semalam.

Bantuan zakat pendidikan RM500 berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM124,000 itu disampaikan Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TH, Mohammad Saimi Mat Som.

Shah Rukh Khan Mohamad, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abd Samad di sini, berkata, bantuan diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ibu saya bekerja sebagai pembantu restoran di pekan Port Dickson manakala ayah tidak dapat bekerja akibat menderita penyakit saraf. Saya bersyukur dipilih menerima bantuan zakat untuk membeli keperluan sekolah tahun depan,” katanya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik.

Ketika ditanya mengenai keunikan namanya itu, Shah Rukh Khan berkata, nama itu dipilih ibunya, Alona Pelawis, 46, yang sangat meminati filem Hindi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca