Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Hati-hati Jika kawan anda minum air coca cola setiap hari kemungkinan dia seorang penagih air ketum

Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan.

Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan.

Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih ‘power’ bagi mereka yang sudah ketagih.

Kalau nak air ketum ‘power’ anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk. Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum.



Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat.

“Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum.“Bila dah lama, memang jadi ketagihan setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang,” katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi.

Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain.“Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani…sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk,” katanya.

Kesan dan bahaya jika minum air daun ketum berlebihan setiap hari

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom.

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah

Kesan Mengikut Tahap Dos

• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif
• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod
• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu

Kesan Sampingan Mitragynine
Kesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat
• Bosan
• Malas

Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

• Ransangan
• Peningkatan tenaga fizikal dan batin
• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau
• Kerja yang membosankan
• Suka bercakap, ramah, suka bergaul
• Mudah runsing

Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)

• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
• Berasa tenang
• Hilang dalam alam mimpi
• Merasa gatal atau berpeluh
• Anak mata menjadi sempit
• Merasa loya

Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)

• Mulut menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia)
• Sembelit

Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)

• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan
• Jaundis (penyakit hati)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi

Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)

• Banyak tidur
• Hilang keupayaan untuk bekerja
• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit pada otot dan tulang
• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
• Sintakan otot (muscle jerking)
• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
• Mudah meradang
• Hilang keupayaan bekerja

Risiko
• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan
• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=16

Ketagihan air ketum kini menular di kalangan murid sekolah rendah

Penagihan dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat. Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air.

Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya ?

Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit.

Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya.

Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain.Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya.

Gejala ketagihan air ketum sudah berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah.Menurut berita maklumat Sinar Harian 24 Meui 2014 bahawa segelintir murid sekolah rendah seawal umur 12 tahun di Kedah dikesan terlibat dengan aktiviti ketagihan ketum hingga mengganggu tumpuan mereka ketika mengikuti sesi pengajaran serta pembelajaran dalam kelas.Menurut akhbar itu lagi, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Hakimi Hamidon berkata, paling menyedihkan apabila dalam kalangan mereka bertindak menjadi pengedar kepada rakan-rakan mereka yang lain. Menurutnya, antara kawasan ‘hotspot’ yang sering dikaitkan dengan aktiviti penyalahgunaan ketum termasuk di daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Padang Terap.

“Susulan penganjuran seminar penyalahgunaan daun ketum peringkat Kedah bulan lalu, kita mengambil inisiatif turun ke padang bertemu masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan ketum.Menurutnya, walaupun fokus utama agensi berkenaan lebih kepada membanteras gejala penyalahgunaan dadah, namun mereka tetap optimis membantu masyarakat menghindarkan diri dari terlibat dengan penagihan ketum.


Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca