Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Clash of Clan : Peperangan clan antara clan menjadikan game ini lebih menyeronokkan

Salah satu  pembaharuan diumumkan dalam Clash of Clan iaitu peperangan antara sekutu Clans secara peringkat global. Pembaharuan game ini menjadikan ianya lebih hebat dari game yang lain. Peperangan antara clan ini mengambil masa selama dua hari – hari persiapan ( preparation day ) dan hari pertempuran ( battle day ).

Para pemenang dalam perang Clan war ini  diberi bonus loot yang sangat besar, Clan wars hanya dapat dimulai oleh para leader atau co – leader memulakan butang war . Selepas itu pihak server permainan akan mencari sebuah clan lawan dengan kekuatan yang sama . Selepas pihak lawan di aturkan, anda boleh menyemak di war zone jumlah pihak lawan dan juga untuk melihat kekuatan pihak lawan.

 
 Preparation Day - Mengambil masa satu hari.Di sini Leader clan akan atur segalanya seperti siapa lawan siapa dan memastikan setiap member clan memberi kerjasama dalam peprangan ini.



Battle Day =- Hari peperangan yang ditunggu. Setiap member clan diberi 2 kali serangan. Setiap serangan dengan kemenagan 100% akan diberi 3 bintang.


Jika anda sebagai Leader Clan, Anda perlu mempersiapkan zone war clan anda dan mengatur strategi peperangan dengan anak buah clan anda supaya clan anda dapat meraih kemenangan dengan cemerlang. Kekuatan war clan ini adalh kerjasama di anatar member clan yang lain.Sekiranya member clan tidak memberi kerjasama maka clan anda mungkin terjebak dalam kekalahan.


Kedah Sempoi VS 123 BOOM

Setakat ini clan admin iaitu Kedai Sempoi telah mencatat kemenangan sebanyak 7 kali dan kekalahan sebanyak 1 kali. Dalam peperangan admin sendiri ada masa dapat 6 bintang dari 2 peperangan dan adakalanya 1 bintang sahaja.

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush. Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan.

Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain. 



Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Permulaan games ini macam Castle of Clan cuma yang membuat admin bermain game ini adalah grafiknya tidak melampau. Permainan strategi online macam ini memang jarang la admin hendak main kerana memerlukan sambungan internet. Tetapi apa akan daya bila dah terjebak game ini sukar nak tinggal. Dalam game ini kita kena bina base camp kita dan buat pasukan perang, kemudian mereka  hantar berperang untuk mendapatkan thropy dan duit (emas dan minyak).

Game ni lebih kurang pasal kita kena bina empayar. Bina pasukan perang, bina alatan peperangan dan bina defences pada Town Hall kita. Then kita boleh menyerang dan diserang. Kalau kita menang or dapat pertahankan Town Hall kita, kita akan dapat trofi.Dalam pada itu,kita perlu join group clan of clash kerana sekarang ini ada siri peperangan antara clan.
Clash of Clans dalam bahasa mudah iaitu satu permainan berupa strategi, memerlukan pengguna untuk membina perkampungan mereka, melatih tentera, dan berlawan dengan pemain lain secara online.Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan seperti kebanyakkan permainan lain, ia menyertakan ciri-ciri freemium untuk beberapa perkara.Untuk Android, mereka yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store.

Base camp milik Admin

 Kalau pernah main Red Alert, War Craft dan seangkatan dengannya pasti tahu ia adalah tergolong dalam game Strategi perang. Bezanya ia dalam mode iPhone atau ipad, banyak aktivi penerangannya agak terbatas dan grafik yang berkualiti. Apa yang menarik game ini tiada Cheat Code setakat ini seperti games yang lain. Anda dikehendaki bermain dengan melengkapkan misi. Ada banyak stage, setiap stage ada kekuatan yang tersendiri.  Anda akan diserang oleh musuh yang juga pemain online lain ketika anda tidak aktif.  Bagi menguatkan pasukan anda, anda perlu join clans, atau sekutu yang boleh membantu antara satu sama lain. 




Group Clan pilihan admin sekarang ini adalah Kedai Sempoi. Member-member dalam clan Kedai Sempoi memang sempoi gila.Owner clan iaitu 5zal  sangat ramah dan pemurah dari segi perkongsian troops dan apa saja masalah tentang game ini.Beliau akan membantu sebaik mungkin.Beliau dibantu co-leader dan elder  seperti  BB , Alam Perwira, Kokolie, Matkrie dan Azuana.Terdapat juga pemain wanita dalam clan Kedah Sempoi ini iaitu Peah dan Osyien.

Jom kita main....seranggggg !!!!!

Gambar Cikgu Izzuddin Panggilan Hangit HotFM Tersebar?

Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa anda telah banyak kali mengulangi panggilan hangit cikgu Izzudin dan ketawa sampai keluar air mata.

Yang pasti ianya adalah ‘Panggilan Hangit Hot FM’ yang paling kelakar setakat ini iaitu Kisah Panggilan hangit Cikgu Izzudin Tak Lulus ‘Loan’ Nak Kahwin.

Perbualan antara Fizi Hot FM dengan seorang guru tari yang dikenali sebagai Encik Izzuddin ini telah dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Hot FM telah menjadi viral.

Dengan tag Oh My Gosh !! dan What the Fish !!! telah menjadi ayat ajuk yang kini telah menjadi popular.Ia berkisarkan pinjaman peribadi Izzuddin yang kononnya tidak diluluskan sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengamuk sepanjang perbualan.Tentu ramai yang ingin mengenali wajah Cikgu Izzudin yang sebenar.Adalah diharapkan pihak HotFM dapat menjemput ke konti HotFM untuk sesi temubual



Rakawan Panggilan Hangit Cikgu Izzudin

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca