Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi. Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) selamat dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.
Sejauh manakah kebenaran kubur bercahaya ini.Mari kita lihat fakta-kata di bawah dan sama-sama kita fikirkan.
Sumber Pertama - Dari saudara terdekat arwah
Sumber Kedua - Dari kawan si Arwah
Apa yang pasti bagi pandang admin sendiri,admin akan lebih mempercayai dakwaan sumber kawan si arwah berdasarkan gambar yang sedia ada dilihat pada kedudukan cahaya matahari. Apa apa pun niat mereka itu hanyalah tuhan saja yang mengetahui.Kita yang masih hidup ini adalah lebih baik kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah.Memandangkan arwah merupakan ibu tunggal, mana-mana pihak budiman ingin bersedekah untuk anak-anak si arwah adalah dialu-alukan.