Kedatangannya telah dikawal ketat mengalahkan Perdana Menteri dari negara lain begitu juga dengan Putera William dan Puteri Kate. Sehingga mengundang ketidakpuasan hati serta keluhan dari rakyat Malaysia melalui laman sosial Facebook kerana aktivti tergendala gara-gara kedatangan Presiden barrack Obama. Malah, kedatangan Presiden Obama dilakukan pula secara langsung di beberapa stesen televisyen.
Kedatangan beliau disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet serta pemimpin lain di Dataran Parlimen, semalam.
Sebelum kedatangan Presiden Obama lagi sudah mengundang persoalan dari rakyat Malaysia berkenaan dengan tujuan kedatangannya ke Malaysia. Rata-rata, ramai di kalangan kita yang memberi persepsi atau pendapat yang negatif berkenaan dengan tujuan kedatangan Presiden Obama.Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi pemimpin dan bekas pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamed juga ada sedikit kebimbangan mengenai tujuan tersirat lawatan Obama ke negara kita.Pastinya kebimbangan utama berkisar kepada rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang berlangsung kini.
Walaupun sedikit gusar dengan tujuan sebenarnya kedatangan beliau ke Malaysia,namun kita seeloknya bersangka baik tujuan yang dilakukan oleh Obama ke Malaysia iaitu atas dasar lawatan negara/kerja sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lain seluruh dunia iaitu mengeratkan lagi hubungan 2 hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Di samping itu, mengukuhkan lagi kerjasama antara ekonomi bersama antara Amerika Syarikat dan Malaysia.
Sama ada kes Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). dibawa dalam perbincangan nanti ataupun tidak, saya yakin Malaysia tidak akan menandatangani suatu perjanjian yang akan membawa keburukan kepada Malaysia apatah lagi mengenepikan perniagaan bumiputera sendiri.
Kesimpulannya,jangan kerana keghairahan dengan kehadiran pemimpin besar kuasa terkuat dunia sehinggakan pemimpin kerajaan Malaysia menjadi kembang hidung sehingga menjadi zombie denagn agenda tersirat kuasa besar itu.