Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Elak minyak wangi dirampas sebelum naik pesawat dengan Travel Perfume Atomizer Spray Bottle

Banyak barang yang tidak dianggap merbahaya pada mata penumpang tetapi masih dirampas kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan penumpang tentang barang yang dilarang di bawa ke atas pesawat

Antara garis panduan yang telah ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA) atau Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa mengenai barang yang dilarang dibawa oleh penumpang ke atas pesawat.

Tin/alat penyembur aerosol.
Penyembur rambut / badan, deodorant, racun serangga, tin isian pemetik api, penyembur lada (pepper spray) dan semua jenis alat penyembur tidak dibenarkan dibawa naik kerana alat penyembur aerosol biasanya mengandungi gas yang boleh menyebabkan kebakaran dan mudah meletup akibat suhu panas tetapi boleh dibawa melalui bagasi besar.

Cecair.
Cecair yang mudah terbakar seperti minyak, cat, thinner dan cecair pemetik api dilarang dibawa naik ke atas pesawat. Anda juga tidak boleh membawa cecair yang berlebihan ke atas pesawat. Semua jenis cecair dan gel yang tidak merbahaya mestilah didalam bekas tidak melebihi 100ml kemudian dibungkus di dalam beg plastik transparent yang boleh di seal. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah 1 liter. Terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan lebih dari had seperti ubat, susu / makanan bayi dan menu diet special dengan priskripsi doktor.

 Khususnya kepada minyak wangi kerana minyak wangi adalah satu keperluan setiap manusia. Jadi untuk elak minyak wangi anda yang original dan berharga ratusan ringgit dari dirampas oleh pihak berkuasa sebelum menaiki pesawat. Tips yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan Travel Perfume Atomizer Spray Bottle.Berfungi sebagai botol mudah alih yang mengisi minyak wangi anda untuk tujuan melancong sahaja.

Penyembur Perfume mudah alih menjadikannya anda mudah untuk mempunyai bau kegemaran anda bersama anda bila-bila masa dan di mana sahaja. Pada hanya saiz 3 inci dan kandungannya untuk 0,136  oz dan  reka bentuk anggun ini adalah sesuai untuk lelaki atau wanitaa. Kemampuan semburan sehingga 50 kali semburan dan diluluskan oleh syarikat penerbangan dan TSA

Cara Mengisi Minyak Wangi

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca