Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kenapa Figure Up harga murah dan berkesan untuk kuruskan badan 7 kg dalam sebulan

Kapsul Figure Up dikatakan dihasilkan 100% dari bahan semulajadi yang berkesan membakar lemak dan melangsingkan badan dengan mudah, cepat dan selamat terutama di bahagian badan di mana lemak mudah terkumpul seperti punggung, peha, lengan dan perut

.Ia diadun sempurna dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera, serta tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna seperti cirit-birit dan alahan.Banyak testimoni-testimoni pengguna Figure Up memaklumkan bahawa produk ini memang berkesan untuk menurunkan badan badan.

Namun menjadi persoalan sekarang ini adakah ianya selamat untuk dimakan ? kerana pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM mendakwa mengandungi bahan racun berjadual sibutramine yang membahayakan kesihatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Brunei.

Berikut di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.

Orang awam yang sedang menggunakan produk “Figure-Up”adalah dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan sekiranya perlu. Bahagian ini juga menggesa agar pengguna lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan internet.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Hasil siasatan lanjut mendapati nama syarikat yang tertera pada label produk iaitu Biospecialty Food Trading yang beralamat palsu di Kota Damansara, Selangor merupakan syarikat yang tidak dilesenkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my

DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: 30 Oktober 2013 - 8:46am
Kategori berita: Siaran Akhbar
Tarikh terbit: Rabu, 30 Oktober 2013


Sumber asal

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca