Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ulasan Filem Jin 2014 vs Filem Rahsia 1987.Mana lebih seram?

Semalam admin berkesempatan menonton filem Jin arahan Pierre Andre di Astro First. Selepas menonton filem ini rasanya tidaklah sehebat filem jangan Padang Belakang dari segi aspek seramnya. Filem Jin ini, admin lihat agak biasa biasa sahaja dari segi jalan cerita,bunyi efeks dan pelakon.Mungkin admin terlalu menharapkan filem arahannya akan lebih menyeramkan dari filem Jangan Padang Belakang.

Kalau admin bandingkan filem Jin ini dengan filem seram tahun 80 an contohnya filem Rahsia lakonan Noor Kumalasari. Bagi admin,filem Rahsia lebih menyeramkan sama ada dari segi jalan cerita,bunyi efek dan pelakon itu sendiri.Nampaknya filen Jin ini gagal dengan dengan filem Rahsia. Kalau anda tidak percaya cuba tengok filem Jin dan filem Rahsia dan bandingkan.Itu pandangan ikhlas  admin okay.Nak komen pendapat admin.

Jalan cerita filem agak mendatar pada permulaan cerita tetapi bila sudah pertengahan barulah elemen seram menjelma.Klimaks seram dalam filem ini admin rasa macam tak ada.Tahap klimaks seram dalam filem ini iaitu waktu bini Syafiq dirasuk dan selepas itu keseramannya mula menurun apabila kawan Syafiq membantunya merawat rasukan bininya itu.

Admin melihat potensi cerah lakonan Imam Muda Naufal sebagai pelakon pembantu dalam filem ini. Lakonannya bagi admin nampak macam bersahaja. Kesimpulannya, admin rasa tidak rugi untuk menonton filem ini . Skala markah bagi filem ini admin bagi 3.5 bintang / 5 bintang.


Sinopsis Filem seram  ini menceritakan mengenai perjalanan sepasang suami isteri muda Syafiq (Zul Ariffin) dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq yang merupakan seorang peniaga berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isterinya yang tercinta. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah yang terdapat pada rumah itu.

Rumah yang pernah bertukar milik beberapa kali itu menyimpan beberapa cerita dan gangguan yang serius. Pada peringkat awal mereka tidak merasakan apa-apa, sehinggalah beberapa siri gangguan kecil yang terjadi kepada Lily. Namun, disebabkan mereka berdua merupakan orang bandar dan kurang mempercayai perkara ghaib mereka terus menolak teori tersebut. Lily hanya menyangka ia adalah gangguan dari haiwan dari hutan berdekatan.

Sehinggalah pada satu malam apabila Syafiq mendapat panggilan yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar dan dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dalam rasukan jin, cuma mereka sahaja tidak mengetahui. Dapatkah Syafiq menyelamatkan keluarganya dan rumahnya itu dari gangguan jin?

Imam Muda Naufal dalam Filem Jin
Jangan lupa saksikan  arahan Pierre Andre dan dibintangi oleh Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik, Zarynn Min dan Imam Muda Naufal.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca