Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kisah Kisah Den Wahab Vs Nd Lala. Apakah hukum orang tidak mahu membayar hutang?

PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu. Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan. "Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. "Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya. Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa. Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri. "Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.

mstar


Admin terkejut dengar luahan Den Wahab berkenaan hutang.Apatah lagi hutang dengan tiada pertalian saudara.Kerana hutang duit hidup boleh porak peranda malah ada sanggup bunuh membunuh kerana nilai hutang tidak seberapa.Dalam Islam telah menjelaskan maksud hutang dan hukumnya. Hutang ialah membeli sesuatu barangan tanpa bayaran tunai. Oleh itu hutang wajib dibayar walau apa dengan cara sekalipun. Kecuali dihalalkan oleh pemberi hutang.Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.

Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,

Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

Jawapan:-

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan  Allah.

iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.

iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.

(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sumber: Hukum Orang Yang Sengaja Tidak Membayar Hutang - Fuh.My

awasi anak-anak anda dari dijangkiti demam denggi

Sekarang ini banyak betul orang kena demam denggi. Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam.

Admin cukup risau takut kalau anak-anak terkena demam denggi. Biasanya admin waktu malam akan pasang ubat nyamuk elektrik dan tak cukup dengan itu admin guna ubat nyamuk spray Shelltox H2O untuk penyedap hati.Harap-harap nyamuk tak mengganggu anak admin sampai pagi.

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka ini boleh mengakibatkan pendarahan..Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, pesakit tu akan keluar darah dari kulit, mulut, hidung, mata...yang membawa maut.

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..
  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan

Ubat Paling Mujarab untuk Demam Denggi

Merawat demam denggi sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau sudah demam denggi cepat-cepat ikhtiar cari penawarnya.Selain  air 100 Plus, Sup ketam nipah juga cukup berkesan merawat demam denggi kerana dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam.Oleh itu, kalau ada saudara mara yang terkena demam denggi cepat maklum suruh cari ketam nipah buat sup.Moga-moga ianya lekas sembuh.

Masalah susu formula bayi semakin mahal ada kerajaan ambil kisah?

Admin kagum dengan usaha seorang ibu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap susu formula yang semakin mahal di sebuah suratkhabar tempatan baru-baru ini dengan harapan dapat menarik sedikit perhatian para menteri di Malaysia ataupun pihak pembangkang untuk melihat masalah ini suatu yang serius dan membangkit perkara ini di Dewan Rakyat ataupun kerajaan membuat sesuatu tentang perkara ini.Katanya peningkatan harga susu formula akan menyebabkan ibubapa berpendapatan rendah terpaksa membeli susu yang kurang berkualiti.

Nampaknya isu ini hanya mendapat perhatian oleh rakyat bawahan seperti admin yang mengalami masalah sepertinya. Admin juga seorang bapa tahu susu formula semakin mahal lebih-lebih lagi yang berkualiti dan setiap ibubapa terpaksa memperuntukkan yang agak besar semata-mata susu formula sahaja bagi penggunaan sebulan.Bagi admin sendiri mempunyai 2 orang anak yang  minum susu formula kena keluarkan anggaran RM 200++ untuk pembelian susu sahaja dan itu tidak termasuk pembelian lampin pakai buang lagi.

Terkilan rasanya sebab admin salah seorang bapa yang tak mampu menyediakan susu formula yang terbaik untuk anak-anaknya sekadar susu formula jenis ekonomi  seperti susu Dutch Lady Dady atau Dugrow sahaja.Tetapi ada golongan ibubapa yang tak mampu nak beli susu di atas kerana pendapatan kecil dan tanggungan ramai sehingga satu tahap hanya mampu berikan "teh O" sahaja pada anak mereka dan lagi menyedihkan ada ibubapa terpaksa memberikan susu krimer manis mengantikan susu formula untuk anak mereka.

Jadi admin membuat artikel ini untuk menarik perhatian sekali lagi semua Ahli Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di Malaysia tidak kira parti mana sekalipun.Sila bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat agar isu ini dapat dibahaskan dan  menemui jalan penyelesaian  bagi kemelut yang dihadapi oleh para ibubapa di Malaysia.Buktikan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" yang menjadi pemanis mulut sewaktu undi kami ditagih bukanlah hanya omong-omong kosong.

Petikan artikel :
Subsidi dan barang kawalan susu formula bayi

SAYA ingin menarik perhatian Perdana Menteri untuk diambil pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2015 nanti mengenai isu yang jarang ditimbulkan atau terlepas pandang iaitu berkenaan 'susu formula bayi'.
Sebagai seorang rakyat Malaysia mewakili golongan yang berstatus ibu bapa, saya meminta supaya susu formula bayi diberikan subsidi khas dan turut dijadikan barangan kawalan bagi mengawal harganya yang semakin meningkat.

Tidak tahu di mana silapnya, harga susu formula ini yang kebanyakannya diimport meningkat terlalu mahal untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti kami membelinya.
Sepengetahuan saya, kerajaan tidak mengawal harga susu formula ini. Saya percaya, ramai lagi golongan ibu bapa di luar sana yang setuju dengan pendapat ini.

Dikhuatiri sekiranya pihak pengeluar dan pengimport atau pengedar dibiarkan menaikkan harga sesuka hati, ia akan menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa memilih susu yang kurang berkualiti untuk bayi mereka.Jika diberi susu kurang berkualiti, sudah pasti akan menjejaskan tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu.

Oleh itu bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.
Walaupun ia bermakna kerajaan perlu memberi subsidi, tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.Subsidi gula yang ditarik sebelum ini juga boleh digantikan kepada pemberian subsidi khas bagi susu formula ini.

Benar! jika ada yang berkata tidak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung ke-
rana 'susu ibu' lebih berkualiti bagi menjamin tumbesaran bayi, namun faktor kesihatan dan masalah ibu selain situasi kehidupan masa kini perlu juga diambil kira.Saya percaya, jika rakyat diberikan pilihan memilih susu formula yang berkualiti dan bermutu tinggi, insya-Allah kita dapat melahirkan generasi Malaysia yang cerdas dan sihat untuk menerajui negara pada masa hadapan.

HASLINA.DS
Salak Selatan, Kuala Lumpur (27.8.2014)
Artikel Penuh:

Ulasan Filem Jin 2014 vs Filem Rahsia 1987.Mana lebih seram?

Semalam admin berkesempatan menonton filem Jin arahan Pierre Andre di Astro First. Selepas menonton filem ini rasanya tidaklah sehebat filem jangan Padang Belakang dari segi aspek seramnya. Filem Jin ini, admin lihat agak biasa biasa sahaja dari segi jalan cerita,bunyi efeks dan pelakon.Mungkin admin terlalu menharapkan filem arahannya akan lebih menyeramkan dari filem Jangan Padang Belakang.

Kalau admin bandingkan filem Jin ini dengan filem seram tahun 80 an contohnya filem Rahsia lakonan Noor Kumalasari. Bagi admin,filem Rahsia lebih menyeramkan sama ada dari segi jalan cerita,bunyi efek dan pelakon itu sendiri.Nampaknya filen Jin ini gagal dengan dengan filem Rahsia. Kalau anda tidak percaya cuba tengok filem Jin dan filem Rahsia dan bandingkan.Itu pandangan ikhlas  admin okay.Nak komen pendapat admin.

Jalan cerita filem agak mendatar pada permulaan cerita tetapi bila sudah pertengahan barulah elemen seram menjelma.Klimaks seram dalam filem ini admin rasa macam tak ada.Tahap klimaks seram dalam filem ini iaitu waktu bini Syafiq dirasuk dan selepas itu keseramannya mula menurun apabila kawan Syafiq membantunya merawat rasukan bininya itu.

Admin melihat potensi cerah lakonan Imam Muda Naufal sebagai pelakon pembantu dalam filem ini. Lakonannya bagi admin nampak macam bersahaja. Kesimpulannya, admin rasa tidak rugi untuk menonton filem ini . Skala markah bagi filem ini admin bagi 3.5 bintang / 5 bintang.


Sinopsis Filem seram  ini menceritakan mengenai perjalanan sepasang suami isteri muda Syafiq (Zul Ariffin) dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq yang merupakan seorang peniaga berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isterinya yang tercinta. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah yang terdapat pada rumah itu.

Rumah yang pernah bertukar milik beberapa kali itu menyimpan beberapa cerita dan gangguan yang serius. Pada peringkat awal mereka tidak merasakan apa-apa, sehinggalah beberapa siri gangguan kecil yang terjadi kepada Lily. Namun, disebabkan mereka berdua merupakan orang bandar dan kurang mempercayai perkara ghaib mereka terus menolak teori tersebut. Lily hanya menyangka ia adalah gangguan dari haiwan dari hutan berdekatan.

Sehinggalah pada satu malam apabila Syafiq mendapat panggilan yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar dan dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dalam rasukan jin, cuma mereka sahaja tidak mengetahui. Dapatkah Syafiq menyelamatkan keluarganya dan rumahnya itu dari gangguan jin?

Imam Muda Naufal dalam Filem Jin
Jangan lupa saksikan  arahan Pierre Andre dan dibintangi oleh Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik, Zarynn Min dan Imam Muda Naufal.

Berbaloi beli promosi Original Arun Power Bank 5600mah hanya RM 9.90

http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&product_id=220&tracking=54049db0aab8e
Sebelum ini admin tidak pernah pun berhajat nak beli power bank.Rata rata pemilik smartphone mesti akan ada back up bateri. Power bank sudah menjadi satukemestian setiap pemilik handphone masakini.Hendak harapkan bateri handphone untk bertahan sehari memang agak sukar walaupun ada syarikat telefon menjamin ketahanan bateri selama sehari.

Itu pun dengan penggunaaan yang sederhana bukannya heavily user macam admin yang selalu main games online,mengunakan 3G dan wifi setiap masa.Powerbank yang popular sekarang ini Pineng.Namun begitu powerbank klon menggunakan jenama popular semakin berluasa.Jadi kalau hendak beli jenama popular admin nasihat berhati-hati supaya tidak tertipu.

Jadi secara kebetulan admin tengah online facebook dan ternampak iklan promosi powerbank hanya RM 9.90 dengan status limited time only di website Ukuzone.Apa lagi terus klik dan baca cara nak buat pembelian.Sapa nak bagi harga macam ini RM 9.90 dengan kapasiti 5600mah.Kalau kat luar powerbank jenis 2600mah pun dah RM 16.00.

http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&product_id=220&tracking=54049db0aab8e


Specifications​

Model: Y38
Capacity: 5600mWh
Input: DC5.0V / 1A
Output: DC5.0V / 1A
Size: 74 * 53 * 24
Weight: 120g
Color: white gray / white blue / white red
Applicable models: over 2000 smartphone platform mobile phones, tablet computers and the Bluetooth headset and other digital terminal products!
Accessories: USB data cable 1
Product features: built-in high-capacity lithium batteries

T&C : Under promotion items , you are allow to purchase 1 unit per order only.

Kesimpulannya,admin puas hati dengan maklumbalas seller Ukuzone.Penghantaran powerbank pantas dengan dengan warantty setahun.Kiranya berbaloi dengan dengan harga promosi powerbank ini.Jika anda berminat nak beli macam admin sila klik link pada gambar powerbank atau klink di sini.

Specifications​
Model: Y38
Capacity: 5600mWh
Input: DC5.0V / 1A
Output: DC5.0V / 1A
Size: 74 * 53 * 24
Weight: 120g
Color: white gray / white blue / white red
Applicable models: over 2000 smartphone platform mobile phones, tablet computers and the Bluetooth headset and other digital terminal products!
Accessories: USB data cable 1
Product features: built-in high-capacity lithium batteries
T&C : Under promotion items , you are allow to purchase 1 unit per order only.
- See more at: http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&path=78_96_110&product_id=220#sthash.ZUXhciTn.dpuf


 
 

Nokia Lumia 530 hanya RM 57.00 Sempena Hari Malaysia 12-16 September 2014

Sempena Hari Malaysia 2014 yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi hebat bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57.00.

Keistimewaan Golongan OKU Pakej Internet Streamyx 512 kbps hanya RM45 sebulan ?

Bagi golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) yang ingin  memiliki kemudahan internet di rumah, TM telah memperkenalkan pakej khas untuk mereka . Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berpeluang melanggan internet dengan harga yang lebih murah dari kadar biasa.

Ini adalah salah satu insentif daripada pihak kerajaan kepada golongan istimewaan ini bagi membuktikan bahawa kerajaan amat ambil berat dan prihatin terhadap golongan OKU di Malaysia.

Prosedur untuk melanggan stramyx adalah macam biasa iaitu wajib kena ada talian telefon,di mana untuk talian telefon pun ada pakej OKU ini, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan manakala dikenakan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50.


Info Tambahan :
  • Bayaran yuran pengaktifan RM75 dikecualikan .
  • Bayaran caj pemasangan modem dikecualikan.
  • Semasa pendaftaran, pelanggan perlu melampirkan salinan kad OKU atau menunjukkan kad OKU kepada staff TM Point.
  • Pendaftaran hanya boleh di buat di TM Point sahaja.
 Kesimpulannya,pada pendapat admin tidaklah keterlaluan sekiranya pihak TM menilai semula harga pakej untuk golongan ini dengan kelajuan minima 512kbps.Pada admin ianya masih lagi agak mahal dengan keadaan hidup sekarang ini.Walaubagaimanapun admin amat harapkan harga pakej minima bagi golongan OKU dalam lingkungan di bawah RM30 sebulan.Kadar itu barulah nampak keistimewaanya.Betul tak.

ABNxcess Pakej Internet 5Mbps RM69.99 Sebulan Vs Streamyx BB Deal 1Mbps RM110 sebulan ?

Nama ABNxcess memang begitu asing dikalangan ramai pengguna Malaysia buat masa ini. ABNxcess merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 di mana mereka hadir dengan promosi menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?Admin harapkan persaingan yang sihat ini akan menguntungkan pengguna.Cukuplah dengan monopoli company tunggal di Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang masuk akal.

Pelan internet termurah RM 10 (1 Gb) ; RM 50 (6 Gb + 1Gb) dengan kelajuan 4G LTE

Setiap telco/penyedia internet mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap telco ada kawasan tertentu yang “kuat”, dan juga sebaliknya. Apapun, didalam artikel kali ini, admin fokus adalah untuk menjawab internet prepaid apakah yang paling murah.Dakwaan servis ini mampu menawarkan internet pada kelajuan sehingga 20MBps dan beroperasi pada band 850MHz. Syarikat telekomunikasi terkemuka lain menawarkan perkhimatan LTE ini pada band 1800MHz atau 2600MHz dan pengunaan rangkaian 850MHz menjanjikan akses ke lebih banyak kawasan luar bandar.

Perkhimatan terbaru TM ini dikenali sebagai TMgo dan terdapat dua pelan yang akan ditawarkan melalui pelan ini iaitu pelan USB 4G LTE dan pelan 4G LTE MiFi.Mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil.

Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperlukan untuk menambah-nilai berdasarkan kuota data yang diperlukan dan bergantung kepada tempoh masa yang diinginkan.Sebelum dapat menggunakan TMgo, pengguna akan diperlukan membeli pakej permulaannya yang hadir dengan modem mudah-alih.Dua modem ditawarkan, iaitu 4G Mobile Adapter – yang mana membawakan sambungan USB untuk digunakan, dan juga 4G Mobile Router yang mana merupakan MiFi yang boleh digunakan oleh sehingga lima pengguna pada sesuatu masa.




Kesimpulannya, rata rata pengguna internet akan mencari pelan yang terbaik dari segi nilai wang mereka.Secara perbandingan pelan internet di atara syarikat komunikasi di Malaysia iaitu dengan modal di tangan  RM 30, anda sebagai pengguna  akan diberi pilihan sama ada memilih TMGO RM30 untuk 3.5GB, MAXIS RM30 - 1GB,CELCOM RM38 - 1GB,DIGI RM30 - 1GB, Clixster RM17- 1GB,
XOX RM29.99 - 1.5GB, DiGi RM30 -1GB atau Umobile RM 28 1GB + 50 minit masa panggilan bagi tempoh sebulan.

Admin harap TM memperluaskan perkhidmatan TmGo ini ke seluruh Malaysia dan mempertimbangkan untuk panjangkan tempoh sah quota tu. Sekurang-kurangnya 1GB boleh diguna sebulan. Untuk pengguna yang bakal menggunakan TMGo bukan untuk download, saya rasa tempoh sah yang lebih panjang lebih sesuai. Untuk mengira berbaloi atau tak dengan adanya TmGo ni, rasanya kos untuk beli dongle perlu diambil kira.

Tips Clash Of Clans : Strategi menyamun gold dan elixir

Dalam game Clash Of Clans (CoC)  ini, selain memperolehi resources dari Gold Mine dan Elixir Collector milik sendiri,kita perolehi  juga gold, elixir dan dark elixir (Town Hall 7 ke atas) dari tiap serangan ke base lawan melalui mode Attack Multiplayer.

Gold amat diperlukan untuk melakukan upgrade bangunan manakala elixir dipergunakan untuk membuat dan mengupgrade pasukan, serta dark elixir dibutuhkan untuk membuat pasukan dari dark baracks.

Kalau saya sendiri, dalam  mencari resources, maka saya akan melihat dulu resource apa yang saya perlukan. Apakah keperluan utama saya ketika itu sama ada gold, elixir, atau dark elixir. Dari sini, barulah saya mencari base lawan yang memiliki kapasitas resources yang cukup banyak untuk disamun.


Bagaimana hendak menyamun gold, elixir dan dark elixir ?

Cara Pertama :

Pertama-tama siapkan pasukan adalah 1-2 healer, 14-16 giant, 4 bomb, goblin dan archer.
Setelah base camp penuh dengan pasukan, buat pasukan lagi sehingga sebelum berperang supaya tidak menunggu terlalu lama sampai pasukan kita sudah siap perang lagi.

Untuk memilih lawan, kita dikenakan bayar guna gold. Kadar bayaran bergantung dari level Town Hall. Semakin tinggi level Town Hall, semakin besar pula bayaran untuk memilih lawan.Yang pasti jangan kedekut untuk mengeluarkan gold yang banyak untuk memilih lawan.Carilah lawan kita yang memiliki banyak gold dan elixir sekurang-kurangnya 100 ribu ke atas. Kalau lawan yang tidak ada air defense nya lagi baik.

Pancing pasukan yang ada di Clan Castle lawan hingga keluar dari jangkauan defense dan lawan dengan archer.Setelah itu keluarkan Giant di tempat terdekat ke air defense, bila ada tembok, hancurkan pakai bomb.Setelah air defense hancur, baru keluarkan healer. Biarkan Giant menghancurkan sebagian besar defense musuh. Setelah itu baru keluarkan goblin untuk mengambil gold dan elixir.


Cara Kedua :

Siapkan pasukan barbarian dan archer saja.Pilih lawan yang resourcenya ada di luar wall dan banyak hartanya. Keluarkan barbarian dan setelah itu keluarkan archer untuk menghancurkan resource berikut bangunan yang ada diluar wall sampai target satu bintang tercapai yaitu sampai 50%.Kegagalan mencapai 50% akan menyebabkan thropy kita akan dicuri pihak lawan.






Kenali Orang Kuat Clan Kedah Sempoi Clash Of Clan Edisi Bergambar :

Peperangan antara clan masih berterusan sehingga kini walaupun ada ahli clan Kedah Sempoi silih berganti. Member clan seperti BB agak mengejutkan suatu ketika dulu.mengambil keputusan meninggalkan Kedah Sempoi tanpa disangka-sangka.Semoga beliau sukses dengan clan miliknya sendiri iaitu clan Malaya.

Yang masih menjadi member setia Kedah Sempoi dan kemasukan ahli-ahli baru yang hebat belaka sudah pasti menjadikan Kedah Sempoi antara clan yang tersempoi dan masih hidup dan bertahan sehingga sekarang.

Pengasas clan Kedah Sempoi iaitu Leader 5zal.Beliau anak jati Kedah yang gagah perkasa merencana strategi peperangan antara clan dalam memastikan kemenangan mutlak tercapai.Sehingga kini Kedah Sempoi telah memenangi peperangan sebanyak 59 kali. Yang pastinya kemenangan ini dibantu oleh Co-Leader-Co-Leader yang setia.Tanpa mereka sudah pasti clan ini menjadi clan berhantu. Ingin mengenali wajah-wajah member clan Kedah Sempoi.? Jom kita usha...


 


SENARAI MEMBER KEDAH SEMPOI

 
5zal @ Leader Kedah Sempoi

 
Zuri
Jan89
Alam Perwira
Asbob
Ikmal
Krie
Palun
Zidan
Emmazara
Joe
Juragas

Banyak lagi gambar member-member clan Kedah Sempoi akan diupload sikit masa lagi.Maklumat tentang nickname id pada gambar akan diupdate dari masa ke semasa.Tungguuu...

Ketahui punca berat badan tak turun walaupun diet tak makan nasi

Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tak faham dan tak tahu punca mereka menjadi gemuk. Ada yang kata makanan yang berlemak penyebab gemuk, tetapi sebenarnya kita gemuk kerana respons badan kita terhadap karbohidrat dan gula yang berlebihan, sehingga menyebabkan kegemukan sukar untuk dikawal. Maka mengamalkan diet karbohidrat dengan tidak mengambil nasi dan makanan yang berasaskan tepung selama berbulan-bulan lamanya.Akan tetapi berat badan masih tidak menunjukkan bahawa diet karbahidrat sangat efektif.

Mengapa ini terjadi?Antara puncanya ialah gula kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan.Apa bila kita mengamal diet karbohidrat secara tidak langsung pola cara pemakanan kita berubah.Dalam mengelak makanan karbohidrat kita biasanya akan memperbanyakkan minum air tetapi lebih kepada minuman bergula. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.

Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. Gula yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar gula terlebih dahulu.

Kesimpulannya,sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka gula adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.Minum air kosong sebanayak 2-3 liter sehari dapat membantu proses mengeluarkan toksid dalam badan.Jika anda ingin minum minuman bergula seeloknya beralih kepada gula sihat iaitu gula stevia.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca