Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Mesin Perah air mani dicipta untuk memudahkan penderma sperma

Hospital di China memperkenalkan satu mesin baru yang boleh memudahkan proses mengeluarkan sperma/air mani untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang menjadi penderma sperma. Mesin menderma sperma ini pertama kali diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibu kota wilayah Jiangsu, China.

Mesin ini juga membolehkan penggunanya menyesuaikan tahap kelajuan, suhu, frekuansi serta mempunyai skrin kecil untuk memainkan filem-filem ghairah bagi membantu si penderma sperma tersebut untuk proses enjakulasi.

Mesin yang datang dalam tiga warna iaitu warna merah jambu, kelabu dan putih ini juga boleh dilaraskan mengikut ketinggian pengguna/penderma. Menurut sebuah laman web yang mempromosikan mesin ini berharga $2800 setiap satu.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Urologi di Zhengzhou Central Hospital telah mengesahkan penggunaan mesin ini yang akan membantu proses menjadi lebih mudah dan cepat serta selamat.Inilah rupa mesin automatik untuk untuk memudahkan proses menderma sperma yang telah diperkenalkan di sebuah hospital di china baru-baru ini.


Hukum orang meminum air ketum ,memproses serta menjualnya air ketum

Pokok ketum atau pokok biak atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Batang pokok ketum berkayu keras dan bercabang. Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter dan garis pusat batang pokok boleh mencapai sehingga 1 meter. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Apakah hukum orang yang meminum air ketum tanpa dicampur bahan lain hanya air rebusan daun semata-mata., memproses serta menjualnya dan hukum duit hasil jualan air ketum?

Hukum air ketum disalahgunakan sehingga mendatangkan mudarat dan memabukkan adalah haram. Hukumnya sama dengan minuman keras. Perkara ini sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 3 Oktober 2005 mengatakan penyalahgunaan air ketum adalah haram.

Fatwa berkenaan menerangkan: “Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi disalahgunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.” (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-pengharaman-air-daun-ketum).Begitu juga hukumnya haram memproses dan menjual air ketum yang disalahgunakan. Begitu juga dengan pendapatan daripada jualan itu adalah haram.

Ikan Kawakawa rahsia pencapaian cemerlang pelajar di negeri Kelantan dan Terengganu ?

Spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein omega yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, sejenis ikan laut dari suku Scombridae. Dikenali di Malaysia sebagai ikan tongkol merupakan salah satu jenis ikan tangkapan yang penting bagi nelayan. Dalam perdagangan internasional dikenal sebagai kawakawa, little tuna, mackerel tuna, atau false albacore. juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu? Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Malaysia Kempunan Piala Thomas Lagi dan Kisah Liew Daren Si Kambing Hitam

Sesuatu yang menyedihkan apabila impian menjulang Piala Thomas 2014 tidak kesampaian. Yang pasti ini mungkin pencapaian terbaik setelah 12 tahun. Mungkin kita akan terpaksa menunggu mungkin 12 tahun lagi atau lebih untuk ke final Piala Thomas.

Dato Lee Chong Wei mungkin akan bersara selepas ini.Siapakah yang mampu menggalas bebanan Dato Lee Chong Wei dalam perseorangan negera.Sudah pastinya, calon itu masih tercari-cari sehingga kini. Malaysia perlu melakukan perubahan dalam melahirkan bintang baru kerana admin melihat pihak badminton Malaysia masih bergantung penuh pada Dato Lee Chong Wei untuk menang sejak sekian lama di mana pertandingan antarabangsa.

Berbalik kepada Piala Thomas 2014, yang pasti Dato Lee Chong Wei telah melaksanakan kewajipannya dengan cemerlang bagi pasukan Malaysia. Hakikatnya impian rakyat Malaysia menjadi musnah Malaysia gagal membawa pulang Piala Thomas setelah kalah dengan pasukan Jepun 3-2, malam tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi menyaksikan Jepun buat pertama kalinya menjulang Piala Thomas dan pertama kali berjaya sampai ke perlawanan akhir.

Permata Harapan Negara Dato LCW

Ternyata Jepun tidak gentar berhadapan dengan Malaysia, pemenang lima kali Piala Thomas dan dengan 15 penampilan di perlawanan akhir.Kemenangan Jepun ini juga sekali gus membuktikan kemenangan mereka ke atas pasukan China bukanlah suatu kebetulan.Kedua-dua pemain dua negara memberikan persembahan cemerlang yang akhirnya membawa kepada perlawanan penentuan – perseorangan ketiga antara Liew Daren dan Takuma Ueda.Walaupun corak permainan Liew Daren banyak dipertikaikan oleh rakyat Malaysia seolah-olah kualiti permainana taraf kampung dan tidak layak mewakili negara.





Bergu kedua gagal menyumbang mata untuk Malaysia
Rata-rata rakyat Malaysia berfikiran bahawa Liew Daren punca kekalahan pasukan Malaysia sedangkan kita sebenarnya mampu memenangi Piala Thomas ini terutama yang peminat badminton fanatik yang menuding jari kegagalan menjulang Piala thomas pada Liew Daren. Jangan sesekali kita mengkambinghitamkan Liew Daren atas kekalahan ini dan bukan mudah baginya menghadapinya takala ini.

Namun kita tidak boleh terburu-buru menghukum Liew Daren semata-mata kerana beliau adalah pemain terakhir menjadi penentu kemenangan negara. Ianya merupakan satu  perlawanan yang cukup sengit sebenarnya bagi Liew Daren kerana beliau berada di kedudukan ke-66 dunia manakala Takuma Ueda berada di kedudukan ke-25.Jadi di situ kita boleh bayang kemampuannya.Dan tidak dinafian tekanan mental buat Liew Daren untuk menghadapinya.

Kali terakhir kita layak ke final Piala Thomas ialah 12 tahun lepas.Kali terakhir kita menang  Piala Thomas ialah 22 tahun yang lepas manakala Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber diadakan 2 tahun sekali.Berikut adalah keputusan penuh final Piala thomas 2014 adalah seperti berikut :-


Perlawanan Pertama
Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.

Perlawanan Kedua
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.

Perlawanan Ketiga
Chong Wei Feng lwn  Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.

Perlawanan Keempat
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.

Perlawanan Kelima
Daren Liew (MAS) lwn Takuma Ueda (JPN)
Malaysia tewas 12-21, 21-18, 21-17

Yang pasti kita akan berusaha sehingga menjulang Piala Thomas dan masa akan pasti tiba.Insyaallah

Hukuman Berat bagi Penyalahgunaan Daun Ketum di Malaysia

Daun ketum telah digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Malahan, air daun ketum juga dikatakan telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat penyakit tertentu seperti merawat sakit belakang, demam, batuk dan penyakit cacing serta sebagai penawar diabetes, darah tinggi dan lain-lain. Namun air daun ketum telah disalahgunakan oleh penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.

Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.
Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Hukuman Kesalahan menggunakan Ketum
Dari Aspek Perundangan

• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand
• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943
• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan
• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang
• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)

Hukuman

• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hati-hati Jika kawan anda minum air coca cola setiap hari kemungkinan dia seorang penagih air ketum

Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan.

Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan.

Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih ‘power’ bagi mereka yang sudah ketagih.

Kalau nak air ketum ‘power’ anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk. Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum.



Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat.

“Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum.“Bila dah lama, memang jadi ketagihan setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang,” katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi.

Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain.“Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani…sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk,” katanya.

Kesan dan bahaya jika minum air daun ketum berlebihan setiap hari

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom.

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah

Kesan Mengikut Tahap Dos

• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif
• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod
• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu

Kesan Sampingan Mitragynine
Kesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat
• Bosan
• Malas

Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

• Ransangan
• Peningkatan tenaga fizikal dan batin
• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau
• Kerja yang membosankan
• Suka bercakap, ramah, suka bergaul
• Mudah runsing

Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)

• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
• Berasa tenang
• Hilang dalam alam mimpi
• Merasa gatal atau berpeluh
• Anak mata menjadi sempit
• Merasa loya

Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)

• Mulut menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia)
• Sembelit

Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)

• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan
• Jaundis (penyakit hati)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi

Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)

• Banyak tidur
• Hilang keupayaan untuk bekerja
• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit pada otot dan tulang
• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
• Sintakan otot (muscle jerking)
• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
• Mudah meradang
• Hilang keupayaan bekerja

Risiko
• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan
• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=16

Ketagihan air ketum kini menular di kalangan murid sekolah rendah

Penagihan dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat. Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air.

Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya ?

Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit.

Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya.

Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain.Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya.

Gejala ketagihan air ketum sudah berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah.Menurut berita maklumat Sinar Harian 24 Meui 2014 bahawa segelintir murid sekolah rendah seawal umur 12 tahun di Kedah dikesan terlibat dengan aktiviti ketagihan ketum hingga mengganggu tumpuan mereka ketika mengikuti sesi pengajaran serta pembelajaran dalam kelas.Menurut akhbar itu lagi, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Hakimi Hamidon berkata, paling menyedihkan apabila dalam kalangan mereka bertindak menjadi pengedar kepada rakan-rakan mereka yang lain. Menurutnya, antara kawasan ‘hotspot’ yang sering dikaitkan dengan aktiviti penyalahgunaan ketum termasuk di daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Padang Terap.

“Susulan penganjuran seminar penyalahgunaan daun ketum peringkat Kedah bulan lalu, kita mengambil inisiatif turun ke padang bertemu masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan ketum.Menurutnya, walaupun fokus utama agensi berkenaan lebih kepada membanteras gejala penyalahgunaan dadah, namun mereka tetap optimis membantu masyarakat menghindarkan diri dari terlibat dengan penagihan ketum.


Sejauh mana Anda mengalami stress? Kenali Puncanya Sebelum Terlambat

Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan.

Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam samada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai.Punca sebenar stress boleh dikategorikan kepada beberapa bahagain iaitu :-

 
Stress disebabkan persekitaran
·         Ruang tempat kerja yang sempit
·         Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
·         Bising
·         Kawasan yang kotor dan tidak selesa
·         Pencemaran
·         Pengurusan persekitaran yang tidak cekap
 Stress disebabkan bahan kimia dan pemakanan

·         "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak seles.Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan choklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kadungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi.
·         Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

 Stress disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan
·         Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
·         Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
·         Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
·         Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
·         Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
·         Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
·         Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
·         Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
·         Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
·         Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan


Panda Malaysia Sudah Tiba Di Zoo Negara

Gambar Hiasan
Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi.

Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan.


Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif.

Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012.

Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zoo Negara dan dikuarantin terlebih dahulu selama sebulan di sana sebelum dapat ditonton oleh pengunjung akhir Jun ini.

Sumber

Cara Marketing Penjualan Huawei Honor 3c menimbulkan rasa tidak puas hati pembeli

Menjadikan kebiasaan bagi sesuatu produk apabila dilancarkan secara rasmi dan menerima sambutan hangat dan laris penjualannya. Kebiasaanya pihak syarikat akan menambah pengeluaran untuk menampung permintaan yang sedia ada. Namun apa yang admin lihat kepada situasi Huawei Malaysia yang melancarkan produk terbaru iaitu Honor 3C di mana sambutan terhadap smartphone ini amat luar biasa.

Dalam masa yang sama Huawei Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan Vmall.my , apa yang dipanggil "platform eCommerce baru" (bagaimana kita panggil kedai online ), yang khusus bagi rakyat Malaysia untuk membeli produk Huawei di atas talian di samping penjualan di kedai telefon terpilih terutamanya Honor 3c ini..

Apa yang berlaku sekarang adalah selepas pelancaran rasmi, Honor 3c telah habis dijual di kedai Vmall.my sendiri. Agak sukar untuk mendapatkan stok baru bagi handphone Honor 3c ini di mana-mana kedai handphone dengan alasan kehabisan stok. Pembeli terpaksa menunggu berhari-hari malah berminggu untuk mencuba nasib untuk mendapatkannya.

Admin adalah seorang bakal pembeli Honor 3C sudah cukup terkilan dengan tindakan Huawei Malaysia buat masa ini.Aadmin merupakan supporter Huawei memandangkan admin sendiri menggunakan Huawei G600 dan admin amat puas hati dari segi ketahanan,kualiti dan harga pada ketika itu.




 


Kesimpulannya, Huawei Malaysia perlu ambil maklum perkara ini dan sepatut tidak patut berlaku kehabisan stok pada peringkat pengeluaran batch ke 2 mahu batch ke atau batch ke 4 yang akan dibuka stoknya pada 21 Mei 2014 pada jam 3.08 petang ini. Huawei Malaysia sepatutnya sudah nampak permintaan yang tinggi dan sepatutnya mengeluarkan Honor 3c untuk menampung kekurangan itu.Ramai pembeli menyuarakan tidak puas hati di Facebook Huawei Malaysia.setiap komen yang dilontarkan berkaitan strategi memasarkan Honor 3c yang dilihat tidak bijak seolah-olah sedang menguasai pasaran.Namun begitu Huawei Malaysia perlu sedar yang pembeli ada kuasa pilihan dengan saingan seperti Lenovo dan Xiaomi yang turut juga bersaing dalam hal ini. 

Jangan kerana taktik pemasaran yang lemah Huawei Malaysia akan kehilangan banyak prospek pembeli baru yang mula berjinak-jinak untuk memilih produk Huwei.Keadaan ini cukup mengambarkan ketidaksediaan  Huawei Malaysia dalam menguasai pasaran smartphone negara dapat dilihat melalui cara pemasaran Honor 3c ini. Ini juga bakal menimbulkan kesangsian pembeli tentang service lepas jualan juga dianggap bermasalah.

Status halal Oat Choco brand Twinfish VS Oat & Wheat brand Cvmallow ?

Anda peminat Oat Choco? Yang manakah benar-benar halal dimakan?b kita tidak mahu kes ini terjadi macam isu Papero Lotte yang menjadi produk terlaris di Malaysia namun status halal diragui. Merujuk kepada oat Choco ini ada dua jenis iaitu jenama  dari Twinfish dan manakala satu  jenama dari Cvmallow.admin dah buat semakan antara keduanya mendati hanya satu sahaja mendapat pengesahan halal JAKIM iaity




Oat Chocolate Choco (Brand : Twinfish)
Berat : 400gm
Kuantiti : 40-45pcs
Status : Halal (logo halal under ARA Halal Development Services Center)











Oat and Wheat with White Chocolate.
(Brand : Cvmallow)
Berat : 400gm
Kuantiti : 40-45pcs
Buatan : Malaysia
Status : Halal Malaysia

Jadi,pilihlah dengan bijak. :)

Bagaimana Oat Choco jenama dari Twinfish statusnya halal ?

Memandangkan company yang menjual Oat Choco jenama dari Twinfish keluaran Fujian Fupaiyuan Foodstuff Corp Ltd, China  tidak mendapatkan penegsahan sijil halal JAKIM namun mereka ini memberi penjelasan mengenai status Halal produk ini yang mana memperolehi halal dari ARA Halal Development Services Center in Zhengzhou, Chin .Di antara penjelasan Oat Choco menegaskan bahawa :-

"The factory producing OAT Choco has been certified by ARA Halal Development Services Center in Zhengzhou, China on 26 February 2014. All OAT Choco shipped from March 2014 onwards will be displaying the new logo. The certificate number issued to the factory bears the number: ARA-9011595-1402, which is attached here for your reference.


ARA Halal Development Services Center has been listed as recognised (diiktiraf) foreign islamic body by JAKIM in their Feb 2014 listing."





"Mencari yang HALAL adalah FARDHU (wajib) bagi setiap orang Islam" Riwayat Dailami
.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Admin mula mengemari oat sejak isteri admin membawa balik oat choco Brand Cvmallow.Rasanya amat sedap dan juga berkhasiat.Amat sesuai untuk mengurangkan kolesterol dalam dalam badan. Dengan harga RM 10 sebungkus mengandungi 45 paket kecil.Yang bestnya ia merupakan keluaran Malasysia dan memeperolehi cop halal JAKIM.


Admin cuba google internet untuk mendapatkan harga termuah bagi oat choco ini.Namun rata-rata yang menjual dalam RM 8-10 sebungkus. Berkenaan dengan harga sebungkus RM 5 seperti tajuk di atas.Sila tinggalkan komen anda bersama email.Saya akan hantar link kepada anda.

Rahsia untuk blok mesej CELCOM yang tolak kredit kita tanpa disedari

Admin hendak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan Telco yang sekarang semakin menjadi jadi.Tak cukup dengan hidden charge oleh pihak Telco, sekarang ni ada saja cara pihak Telco yang nak sedut duit pelanggan tanpa disedari.

Koleksi Kad Ucapan Sambutan Hari Guru Terbaik Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam pada itu, sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia. Jasa guru-guru amatlah berharga dan akan dikenang selama-lamanya.

Kenapa perlu meraikan hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.Bagi tahun 2014 tema hari guru adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43.


Admin ingin berkongsi Koleksi Kad Ucapan dengan anda semua.












Punca Sebenar Pengasas Dherbs Jadi Terlajak Gedik di iklan televesiyen atau suratkhabar?

Gara-gara iklan produknya di suratkhabar yang terlebih-lebih selain bapa kepada tiga anak itu sering muncul di kaca televisyen dengan gaya percakapan yang menjengkelkan. 

Akhir-akhir ini boleh tahan juga cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada pengasas produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs),  Datuk Aliff Syukri Kamarzaman

Ikuti sebahgaian temubual dari wartawan  MalaysiaGazette

Datuk perasan tak ada orang yang tidak suka cara Datuk promosi produk sama ada di televesiyen atau suratkhabar?

Saya memang perasan. Perasaan saya amatlah gembira kerana sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tahu banyak blog dan website yang kutuk diri saya kerana terlalu over di televisyen. Hakikatnya hanya di televisyen sahaja. Realitinya kehidupan saya biasa-biasa sahaja. Tujuan saya hanya untuk promosi produk saya. Saya muncul di zaman di mana gergasi syarikat kosmetik di luar yang sudah menakluki Malaysia. Justeru susah untuk diri saya nak pasarkan produk kerana syarikat kecil dan tida modal dan pangkat, masih muda. Untuk memberi impak yang boomkan pasaran di Malaysia, saya perlu buat satu benda yang lain. Bukan sahaja penampilan saya yang pelik, baju-baju yang bling-bling dan cara cakap saya. Itu adalah satu pakej untuk promosikan produk saya.

Ada juga yang cakap Datuk ni bila keluar TV iklan produk cakap macam ‘mak nenek’. Boleh Datuk komen?

Saya nak beritahu kepada pembaca MalaysiaGazette, peminat-peminat saya, pembenci-pembenci saya yang membaca di portal Internet, saya nak bagitau saya macam mak nenek ke, joyah ke, mak nenek ke, chef wan ke, pondan ke, benda tu komen orang dan saya tak boleh tutup mulut orang. Apa yang saya nak beritahu, di luar saya bukanlah seperti di kaca tv yang bercakap non-stop. Untuk makluman semua, sekali keluar di Waita Hari Ini tu saya bayar RM25,000 campur rakaman RM5,000. Semua RM30,000 untuk enam minit. Saya bercakap tiap-tiap minggu, belum saya keluar lagi Nona, Selamat Pagi Malaysia, belum lagi keluar suratkhbar Harian Metro.

Kalau saya cakap lambat-lambat, saya rugi, duit saya habis, produk saya tak laku, siapa nak jawab? Orang mengutuk saya macam mak nenek saya akui. Cuma orang kena faham situasi saya. Kalau saya lambat, memang tak ada kesan daripada penonton. Sebelum ni saya keluar di tv dua tahun lepas, saya jadi begitu maskulin, Islamik. Boleh tengok di youtube. Masa tu waktu iklan lama dan cakap lambat tapi kesan kurang. Tapi bila saya jadi macam makcik-makcik penonton suka. Jadi saya kena ikut kehendak penonton. Yang suka dan benci, dua-dua saya minta maaf. 

 Kredit : malaysiagazette.com/jejak-nama



 


 

Pembantu Rumah Terlajak Laris rompak Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri Edisi Gambar

“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, kerugian ribuan ringgit apabila wang tunai dan barangan kemas miliknya dan isteri dilarikan oleh dua pembantu rumah mereka dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di sini hari ini.

Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya. 
 
 
“Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana sebelum ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini petang ini.

Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum me-nyerahkannya kepada majikan.
 
Nota Kaki :
Kalau difikirkan, memang menyakitkan hati apabila kes sebegini terjadi.Apa tidaknya, kadang-kadang majikan sudah menganggap pembantu rumah itu umpama saudara sendiri, tetapi mereka pula yang mengkhianati kepercayaan itu.Admin ucapkan takziah kepada Dato dan keluarga.


Sumber: Elza / My News Hub

Harga Mempelam Harumanis melonjak mencecah RM 28 sekilo pada tahun 2014

Mempelam Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim harum Manis adalah sekitar hujung bulan April hingga awal Jun. Bentuknya yang unik iaitu tembun dan montok menambahkan lagi keghairahan untuk menikmatinya.

 Di bawah ini adalah rekod harga Harum Manis (1kg) untuk rujukan anda dalam membeli denagn harga yang berpatutan.

Harga musim 2011 = RM16-18
Harga musim 2012 = RM17-20
Harga musim 2013 = RM20-22 (mencecah RM30 pada akhir musim)

Harga musim 2014:
1 Mac hingga 31 Mac = RM23 / kg
1 April hingga 4 Mei = RM25 / kg
5 Mei hingga 20 Mei = RM28 / kg

Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menjual mempelam lain dan mendakwa itu mempelam Harum Manis kepada pengunjung luar Perlis iaitr RM 30-35 sekilo. Itu amat mendukacitakan.Harga tinggi mempelam mungkin disebabkan permintaan yang tinggi sedangkan pengeluaran terhad.Harum manis amat sedap dimakan begitu saaja namun di negeri Perlis Harum manis sangat popular dimakan dengan pulut.


Powerbank Paling Murah : Xiaomi Power Bank 10,400mAh hanya berharga RM36

Pek bateri menggunakan bateri Lithium Ion dari LG dan Samsung manakala pengecasan selamat dipastikan dengan Texas Instruments mengenakan cip dengan 9 lapisan perlindungan. Ini membantu untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau, beban lampau dan kesilapan yang mungkin boleh merosakkan smartphone  anda.

Pek bateri datang dengan butang kuasa besar dan mempunyai 4 lampu penunjuk menunjukkan tahap bateri. Ia datang dengan saiz penuh port USB tunggal yang menolak 2.1a. Ini harus cukup yang mencukupi untuk kebanyakan tablet. Mengecas pek bateri dilakukan melalui mikro USB dan ia mengambil masa 12 jam untuk mengecas dengan sumber kuasa 1A atau 5.5 jam jika pengecas 2A yang lebih tinggi digunakan.

Powerbank ini akan mula dijual pada 20 Mei 2014 oleh Xiaomi Malaysia

Manager Ji Jie bercakap tentang Shila Amzah di pertandingan i am singer season 2

Berakhir sudah pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod dengan menobatkannya sebagai pemenang tempat ke 3. Dalam pertandingan itu, Shila telah berentap bersama dengan 6 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Program ‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton dan ianya menjadikan impian setiap penyanyi di negara China supaya dipilih menyertai pertandingan ini.Malangnya hanya 7 peserta sahaja yang layak bertanding pada setiap tahun. Penyertaan Shila Amzah telah membuka mata penonton China yang sememangnya telah terpukau  setiap persembahan beliau.Lagi mengkagumkan ialah Shila Amzah bukanlah seorang bangsa China dan bahasa pertuturannya adalah bahasa Melayu.

Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai ‘I Am Singer’. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.

Walau bagaimana pun kejayaan Shila Amzah banyak dibantu oleh Manager Ji Jie selaku pengurus peribadi beliau di dalam pertandingan itu. Satu temubual rancangan TV dengan Manger Ji Jie tentang pertandingan I am Singer dan juga pandangan terhadap Shila Amzah dikongsi bersama. Jom kita tengok..









Kegigihan Manager Ji Jie membantu Shila Amzah memenangi tempat ke 3 dalam I Am Singer Season 2

Bagi yang mengikuti perkembangan Shila Amzah dalam program realiti I Am A Singer terbitan Hunan TV pastinya akan tertanya-tanya, siapakah jejaka tinggi kacak berambut putih yang sering kelihatan menemaninya selalu. Jejaka yang sentiasa segak mengenakan suit juga nampaknya cukup setia menunggu Shila Amzah di tepi pentas setiap kali Shila beraksi dalam program realiti tersebut.

Jejaka kacak berambut putih itu namanya adalah Jeffrey G atau lebih dikenali sebagai Ji Jie dan dia sebenarnya merupakan pengurus kepada Shila Amzah semasa dalam program realiti I Am A SingerSeason 2.

The most caring manager




Tips Avoid Sugar : Kuruskan badan menggunakan gula stevia

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini.

Jika sekiranya kita ingin mengurangkan kandungan gula dalam badan (yang menjadi antara punca kegemukan utama dalam badan), kita perlu berhenti dari minum air manis dan gantikan gula tebu dengan gula daun stevia. Kita boleh dapat sumber gula semulajadi dari buah-buahan yang kaya dengan fruktos tapi jangan ambil banyak sangat kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak.



Gula stevia yang dirumus khusus untuk mereka yang menghadapi kenaikan berat badan atau obesiti. Mereka digalakkan untuk menggantikan pengunaan gula kepada stevia sepanjang tempoh menguruskan badan supaya stok-stok gula yang sudah lama tersimpan dalam badan akan dibakar menjadi tenaga jika tiada kemasukkan gula baru dalam badan.

Gula Stevia yang juga dikenali sebagai 'daun ajaib' kerana rasanya manis berkali ganda dari gula tetapi mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat. Asasnya, semua kadar kemanisan sesuai digunakan kepada badan dan tidak memudaratkan. Ini kerana, Stevia hanya memberikan 'rasa manis' dan mempunyai 0% MUDARAT.

Khasiat Gula Stevia

  • Pemanis semulajadi minuman dan masakan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis
  • Melawaskan kencing untuk mengelakkan penyakit batu karang
  • Membunuh bakteria penyebab penyakit
  • Membunuh virus dalam badan
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan - obesiti
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan awet muda sekiranya dijadikan amalan hidup dan
  • Menghindarkan penyakit-penyakit kronik dan berbahaya akibat daripada kekurangan alkali dalam badan





Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca