Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Family Planning : Pil Yasmin VS Pil Postinor 2 ? Mana pilihan terbaik

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera.

Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden.


Salah satu kaedah perubatan yang menjadi pilihan adalah pil perancang.Pil Perancang mengandungi estrogen dan progestogen berfungsi untuk menghalang kehamilan  dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. 


Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

 Pil perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu : 
  • Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday (sesuai utk yg breastfeed)  
  • Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane.
  • Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan. 


Admin igin berkongsi perancangan keluarga yang diihat berkesan dalam mengelakkan hamil tanpa dirancang.Kaedah ini mungkin berkesan bagi sesetangah wanita dan sebaliknya.Oleh yang demikian kaedah ini adalah panduan semata-mata kepada anda dalam memcari kaedah yang terbaik bagi diri anda.


Pil perancang Keluarga - Pil Yasmin

Pil perancang jenama Yasmin dikatakan paling laris  kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai kesan masalah kenaikan berat badan, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Yasmin ni antara contraceptive pill yang terkini di pasaran. kiranya kalau side effect-side effect yang ada pada pil-pil lain tu.Antara testimoni penggunamengatakan kalau amik pil Yasmin ni kesannya kurang lah sikit namun pil Yasmin ni boleh mencantikkan kulit dan berat pun tak naik mendadak. Tapi pil Yasmin ni ade mendatangkan risiko pasal penghasilan susu ibu mungkin ada berkurangan, dan akan ada sikit hormon akan terlarut bersama susu ibu tu maka tidak digalakkan amek pil ni jika anda menyusu bayi.

Pemerhatian melalui farmasi mendapati kebaikan pil yasmin selain untuk tak mengandung, ia amat terkenal untuk cantikkan kulit dan pil ini menjadi pilihan mak nyah/pondan yang untuk cantikkan kulit dan mewujudkan buah dada. Kesimpulannya, kulit memang cantik, halus, licin walaupun harga pil yasmin amat mahal.


Cara Pemakanan

Cara pemakanan agak rumit sikit iaitukena ambil pada hari pertama period...sampai abis sepapan which is 21 pills, stop selama 7 hari, sambung the next papan pada hari ke-8... 




Pil pencegah hamil kecemasan - Pil Postinor 2
 
Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2.
Ia merupakan ubat hormon (progesteron) yang dipasarkan khas untuk tujuan ini.Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa 72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa. Postinor 2 ini hanya makan sebulan 4 kali jer.




Cara menggunakannya:

Langkah 1: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil yang lebih baik jika ia digunakan dalam masa 24 jam selepas hubungan seks.

Langkah 2: Makan sebiji pil lagi 12 jam kemudian (jumlah dua biji pil).

Langkah 3: Perlu jumpa doktor jika haid tidak datang selepas tiga minggu untuk mengenal pasti sama ada kehamilan sudah berlaku atau tidak.


Kesimpulannya, ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita.

 

 

6 comments:

  1. Anonymous3:36 AM

    Salam. Adakah pil postinor 2 akan menyebabkan darah yang keluar semasa kitaran haid akan jadi berketul2 kerana ia berlaku pada isteri saya. Ini kali pertama isteri saya menggunakan ubat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:47 AM

      Hii.. i tolong jawab ya.. i rasa x semua org mcm tu.. depends on body juga.. sebab i xda jadi begitu pun.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Anonymous11:53 PM

      Terima kasih dengan perkongsiannya.

      Delete
  2. Anonymous8:43 PM

    pil yasmin tu...hari pertama period tu start time kuar coklat2 atau terus kuar darah? boleh info.tq

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:54 PM

    Coklat

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca