Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Cara Semak Pendrive Sama ada palsu / tiruan atau original

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendrive tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam supaya kelihatan storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan pendrive tersebut. Pendrive tiruan ini boleh beroperasi secara normal pada kapasiti sebenar sebelum di hack  tetapi apabila ia telah melepasi tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi data loss.

Anda boleh menggunakan perisian h2testw yang boleh membantu anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam

Jadi untuk mencari sama ada pendrive yang dibeli atau kad memori adalah original atau palsu, anda perlu mengikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1: Muat turun h2testw.zip fail.

Langkah 2: Extract untuk mendapatkan fail exe.

Langkah 3: Mula ia, Klik pada Pilih Sasaran dan Pilih pendrive anda atau kad memori (Pastikan ia diformat Sebelum menggunakan alat ini)



Langkah 4: Sekarang anda perlu klik pada Write + Verify dan tunggu untuk beberapa minit semasa ia melengkapkan proses tersebut.

Langkah 5: Selepas Siap ia akan menunjukkan kepada anda mesej lengkap tanpa sebarang kesilapan, Ia bermakna anda pendrive atau memori kad adalah asli dan tidak mempunyai masalah.





Tetapi jika ia mendapati kesilapan, maka ia adalah palsu dan mempunyai masalah.

Contoh Test result,ke atas pendrive 16GB
Hasil semakan mendapati pendrive hanya mempunyai 1.8 GB sahaja tidak seperti yang didakwa mmepynuai kapasiti 16GB


Ksempulannya, kita mempunyai satu cara mudah untuk periksa sama ada pendrive atau Kad Memori adalah original atau yang palsu.Sekiranya anda telah pun terbeli pendrive yang disyaki palsu.Anda tidak perlu buangnya ke dalam tong sampah sebaliknya anda masih boleh gunanya tetapi hanya pada kapasiti yang sebenarnya maksud di sini sebelum ini pendrive didakwa mempunyai kapasiti 64GB tetapi selepas disemak ianya hanya ada 4GB sahaja.Maka anda boleh guna pendrive itu setakat 4Gb sahaja.

Saya berharap ia akan membantu anda.



Hati-hati Dengan Pendrive jenama KINGSTON 64gb,128gb tiruan yang dijual RM25 di pasar malam

Kredit Gambar : amanz.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada Jumaat lepas 20.12.2013, admin selepas waktu bekerja akan singgah ke Pasar Malam Gerik yang terletak tidak jauh dari pejabat.Sudah menjadi rutin mingguan pada jumaat admin akan pusing-pusing pasar malam Gerik dahulu mencari kudap untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke rumah.  Semasa meronda pasar malam admin terserempak dengan penjual  pendrive dan memori telefon   Micro SD dengan harga yang sangat murah.

Reaksi spontan admin melihat harga yang dipamerkan agak terkejut.Murah gila !!! dalam hati admin. Tidak mungkin pendrive 32GB, 64GB, 128GB boleh didapati dengan serendah harga RM25.Sudah tentu ini pendrive tiruan ini. Admin tidak terpedaya dengan dengan harga tersebut tetapi admin lihat ramai juga yang mengerumuni untuk membeli. Malangnya admin tiada mengambil gambar penjual itu. .Tetapi admin terkejut juga apabila blog-blog di internet ada artikel tentang pendrive tiruan berlambak di pasaran terbuka sejak tahun 2009 lagi.

APA YANG MENYEBABKAN PENJUAL BERANI MENJUAL PENDRIVE TIRUAN SECARA TERBUKA ?

Yang pasti pembeli biasa memang tidak tahu tentang teknologi komputer malah yang tahu serba sedikit tentang teknologi komputerpun mungkin terpedaya juga. Oleh kerana barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan  original.

Sekiranya pembeli inginkan bukti dari penjual bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 64GB di dalamnya, si peniaga dengan penuh yakin boleh menunjukkannya.Storan pendrive tiruan ini sekiranya ia dicucuk pada komputer, ia akan menunjukkan jumlah storan bebas yang sama seperti tertera pada saiz pembungkusan Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada beli yang original.

MACAMANA PENDRIVE TIRUAN INI SUKAR DIBUKTIKAN DENGAN HANYA MENYEMAK PROPERTIES PADA KOMPUTER?

Sebenarnya pendrive tiruan yang dalamnya berkapasiti 64GB. sedangkan pendrive ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’  4GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 64GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.ini adalah kerana  ianya telah digodam atau bahasa mudah dihack untuk menjadikanya seolah-olah berkapasiti 64GB,

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses hack itu.
Apa yang turut membimbangkan, storan handphone microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini
 
Kesimpulannya.

Harga pasaran storan pendrive bagi kapasiti 64GB melalui carian admin di laman web www.lelong.com.my adalah sekitar RM 150.00. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM25, maka ianya sudah  storan palsu. Anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk berbanding packaging original.Oleh itu,berhati-hatilah apabila beli pendrive / micro SD di pasar malam.Jangan terpedaya kerana ianya menawarkan harga murah dari kedai komputer.


 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca