Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cubaan Bunuh Diri Terjun Bangunan Sekolah Akhirnya kena dakwa di mahkamah

Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Dungun ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.

Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu. Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.

Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.

“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.

Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber



Kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Ini belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.

Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.Statistik ini amat menakutkan, iaitu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam (1:6) rakyat negara ini ada penyakit mental.

Bacaan bil air 2 bulan sekali merugikan pengguna ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenapa admin timbulkan isu ini dalam post kali ini.Mungkin disebabkan tidak tahan dengan bahang kenaikan harga bermacam-macam  benda yang diumumkan oleh kerajaan menyebabkan admin menjadi lebih teliti terhadap bil-bil utiliti. .Jadi dari bil air terbaru ini, admin dapat mengesan sesuatu.....yang pelik..yang janggal dan agak mengelirukan...Admin  rasa tidak puas hati terhadap cara LAP yang cuba mengaut keuntungan secara tidak bermoral daripada pengguna.

Sebelum ini admin memang tidak pernah ambil pusing tentang bil air disebabkan tanggapan admin bahawa bil air adalah yang termurah di antara bil-bil yang ada seperti bil TNB ,bil ASTRO, bil telefon dan bil internet. Sampai bil air sahaja terus admin bayar kat pejabat POS atau kaunter LAP. Setakat ini admin benar-benar  tidak tahu sejak bila LAP menggunakan taktik bacaan 2 bulan sekali.terhadap bil air pengguna Rasanya sudah lama agaknya LAP menggunakan cara bacaan 2 bulan  sekali ni.

BAGAIMANA LAP "TERAMBIL" WANG ANDA SECARA ANDA TIDAK SEDARI ?

Contoh bil air

 Persoalan yang bermain-main di kotak fikiran admin adalah kenapa LAP membuat semakan bil air 2 bulan sekali dan kenapa tidak lagi setiap bulan ? Kenapa? Kenapa? LAP Tidak cukup kakitangankah ? Kesian dekat staf setiap bulan kena baca meter air ke rumahkah ?


Berdasarkan bil di  atas mari kita tengok sama ada dakwaan admin adalah benar atau sebaliknya  : 

Tarikh bacaan bil air dari 4/10/2013 hingga 5/12/2013 = 2 bulan

Jumlah  air yang telah digunakan selama 2 bulan  adalah 55 m3.

Jadi jumlah yang admin kena bayar adalah seperti berikut :-

20 m3  x 0.30 sen = RM 6.00
20 m3  x 0.70 sen = RM 14.00
15 m3  x 1.03 sen = RM 15.45

Jumlah perlu dibayar : RM 35.47  (Jumlah admin kena bayar bagi 2 bulan bil air)



SEPATUTNYA BIL AIR ADMIN KENA BAYAR BERAPA ?

Satu soalan yang baik.Sepatutnya bil air admin patut lebih rendah daripada itu.

Purata jumlah bacaan meter air selama 2 hulan bagi rumah admin adalah 55 m3.

Untuk dapatkan bacaan sebulan penggunaan air kenalah dibahagi dua betul tak? Jadi  jumlah bacaan meter air  adalah dalam lingkungan 28 m3 pada setiap bulan.


Jadi jumlah yang admin sepatutnya kena bayar pada LAP adalah seperti berikut :-

20 m3  x 0.30 sen = RM 6.00
08 m3  x 0.70 sen = RM 5.60
00 m3  x 1.03 sen =

Jumlah perlu dibayar pada setiap bulan  : RM 11.60

Jadi apabila dikumpulkan menjadi 2 bulan sepatutnya pengiraan  RM 11.60 x 2 bulan = RM 23.20

Nampak tidak perbezaan ?


RM 35.47   -  RM 23.20 =  RM 12.27


Kesimpulan.

Andaian jumlah RM 12.27 inilah  merupakan duit  admin terlebih bayar yang masuk ke kantung LAP tanpa disedari.


Bayangkan berapa lebihan duit admin masuk ke kantung LAP dengan jumlah penggunaan air yang sama selama setahun RM 12.27 x 6RM 73.62

Nampak macam sedikit saja kan ? Tetapi anda perlu faham ini adalah contoh penggunaan air rumah admin.

Bagaimana pula dengan bil air rumah anda? Adakah sama macam admin atau sekali ganda dari jumlah bil admin?

Apa !!! Ketentuan Tuhan.....agak-agak la kalau nak cakap macam tuh...

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini anda jadi admin ? 

Biarkan sahaja ? Buat bantahan ? Redha saja dan halalkan duit itu ? Bil air masih rendah dari negara jiran !!

Sila tinggalkan komen di bawah  kita bertukar-tukar pandangan ?


===========MAKLUMAT UPDATE TERBARU (20/6/2014) ============

Merujuk kepada maklumbalas pembaca Anoymous yang memberi respon kepada post admin ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda bahwa post admin berkaitan bacaan bil air adalah sesuatu yang khilaf.Ianya bukan daripada khilaf LAP tetapi khilaf admin sendiri yang tidak merujuk kepada pihak berkaitan untuk mengetahui hal yang sebenar. Admin akui membuat post di atas bersandarkan bil air semata-mata dengan fikiran rasional ketika itu.Admin memohon maaf di atas perkara ini.

Admin berterima kasih dapat pencerahan tentang bacaaan bil air ini dan mengapa bacaan bil air ini tidak pernah mendapat rungutan dari orang ramai sejak sekian lama kecuali admin.Memandangkan admin telah membuat post yang mengelirukan dan bersifat tidak benar maka adalah menjadi tanggungjawab admin untuk memperbetulkan maklumat itu.

Okay merujuk kepada bacan bil air yang dibaca oleh pihak LAP adalah benar dan tiada unsur penipuan.Pengiraannya adalah betul mengikut kadar yang ditetapkan.

Merujuk keapda website LAP - Gambar di bawah adalah cara pengiraan bil air bulanan pengguna (kurungan merah) iaitu kiraan bagi sebulan.

 
Jadi apabila LAP membuat bacaan 2 bulan sekali maka kadar akan didarab 2.Maka akan terjadilah pengiraan bil seperti di bawah.



Maka selesai sudah kekeliruan tentang bacaan bil air 2 bulan sekali.Sebenarnya tiada siapa yang rugi atau untung dalam hal ini. Adalah diharapkan dengan pencerahan admin ini sekaligus memperbetulkan fakta yang salah dikemukakan oleh admin terdahulu.Dalam kehidupan yang semakin meningkat dan kos sara hidup yang makin menekan masyarakat adakalanya kita cepat membuat penilaian berdasarkan apa di depan mata tanpa membuat penilaian yang menyeluruh hingga menyebabkan kadangkala maklumat menjadi khilaf.

Kesimpulannya, adalah diharapkan pembaca berpuas hati dengan poenjelasan admin.Yang mana yang salah kita perbetulkan.Dengan penuh rasa bangga admin menyatakan "bayarlah bil air  anda tanpa rasa was-was.

Sekian terima kasih.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca