Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Senarai Pemenang Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF) 2013

Seramai enam peserta finalis yang bertanding di konsert akhir AF 2013 iaitu Azhael, Faizul, Indah, Aisyah, Amira dan Nabila. Pada Minggu terakhir ini, keenam bintang AF2013 akan membawa lagu single pertama mereka dan satu lagu yang diberikan oleh produksi. Berikut adalah keputusan konsert minggu akhir Akademi Fantasia (AF 2013) yang diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur pada Ahad, 17 November jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh bintang AF pada konsert akhir
Bintang AF dengan lagu tugasan  dan  lagu single pertama mereka.

  1. Azhael (duo)     Penglipur Lara (Hazama)   /  Hentian Terakhir
  2. Aisyah     Lebih Indah (Dato Siti Nurhaliza)  /   Mimpi
  3. Faizul     Hanyut (Faizal Tahir)   /  Sepasang Sayap
  4. Indah     Jagalah Diri ( Jaclyn Victor)  /   Percayalah
  5. Amira     Terlalu Istimewa (Adibah Noor)  /   Sesaat Untukmu
  6. Nabila     Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang NurFaizah)   /  Katakan Saja


SENARAI PENUH KEPUTUSAN KONSERT AKHIR AF 2013
    
Juara   :  Faizul    
Hadiah : RM100, 000 + kontrak rakaman album(RM100, 000) + Trofi

Naib Juara :     Azhael (duo)  
Hadiah :  RM30, 000 + trofi

Ketiga :    Amira  
Hadiah :  RM20, 000 + trofi

Keempat    : Indah   
Hadiah :  RM10, 000 + trofi

Kelima  :   Nabila   
Hadiah :  RM5, 000 + trofi

Keenam  :   Aisyah  
Hadiah :  Trofi

Pemenang Anugerah AF Buzz : Azhael (duo)

Masalah Sakit Tapak Kaki @ Plantar fasciitis

Masalah sakit tapak kaki, seluruh badan akan terasa kesannya. Banyak aktiviti terbatas, malah ada yang tidak dapat dilakukan langsung, terutama bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, kerana anggota paling teguh itu tidak lagi mampu menampung beban.

Sakit tapak kaki memang merunsingkan, apatah lagi jika ia menjadi aset penting untuk mencari rezeki, seperti ahli sukan dan model. Hatta, bagi orang biasa pun kaki perlu dijaga rapi untuk memastikan kelancaran rutin harian. Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.

Punca-punca Sakit Tapak Kaki

1. Berdiri terlalu lama,
2. Ketidakstabilan badan,
3. Cengkam kuku,
4. Bunion (bengkak pada sendi antara ibu jari dan tulang jari yang pertama)
5. Kakalus (kulit kematu)
6. Tekanan daripada bahagian bawah belakang badan
7. Plantar fasciitis
8. Bentuk lengkung tapak kaki
9. Kaki leper
10. Kaki terlalu lebar atau kecil
11. Juga akibat penyakit seperti kencing manis
12. Artritis
13. Kecacatan sejak lahir.

 

Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki

Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui  bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :-
  • Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2

  • Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci

  • Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki

  • Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain

  • Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca