Hanya disebabkan terpengaruh dengan rakan kerana mahu hidup
mewah, saya sanggup melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab hingga
menggadai masa depan dan kerjaya yang dibina selama ini,” kata penghuni
Penjara Pokok Sena, Nor (bukan nama sebenar), 27, yang dijatuhi hukuman
penjara 19 bulan sejak April lalu selepas didapati bersalah bersubahat
dengan rakan sekerja menjual pelbagai darah disumbangkan orang ramai
kepada hospital swasta.
Nor yang pernah bertugas di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang
berkata, dia menjadi rambang mata apabila mampu memperoleh antara
RM2,000 hingga RM3,000 menerusi akaun banknya setiap kali menjual darah
bersama rakannya kepada sebuah hospital swasta di negeri sama.
“Pada mulanya saya tidak berminat bersubahat dengan rakan sekerja kerana
menyedari perbuatan itu salah, namun desakan dan pengaruh rakan sekerja
membuatkan saya mengambil jalan pintas untuk hidup senang hasil jualan
bekalan darah.
“Setiap kali ada program menderma darah atau sebagainya di hospital,
kami akan mengasingkan beberapa pek darah sama ada jenis A, AB dan O ke
kotak lain untuk dijual kepada pihak lain.
“Biasanya kami dapat menjual satu pek bersamaan 450 pain pada harga
RM600. Sejak itu, saya mula terjebak dengan kegiatan ini kerana mahu
hidup senang dengan cara mudah,” katanya ketika ditemui dalam Program
Jalinan Kasih Sempena Aidiladha, di sini, semalam.
Menurutnya, ada kalanya baki wang dalam akaun banknya mencecah RM13,000 hasil daripada jualan darah.
“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Satu hari
Jabatan Audit membuat pemeriksaan di Unit Bekalan Darah dan mendapati
dalam rekod tidak sama dengan jumlah sebenar.
“Pihak pengurusan kemudian menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan
saya dan rakan yang melakukan perbuatan keji ini. Saya didakwa di
mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.
“Kini saya menyesal terhadap perbuatan itu kerana kerjaya saya musnah
sekelip mata gara-gara ingin hidup mewah,” katanya yang gembira dapat
bertemu dan memeluk ibunya yang datang melawatnya.
Sumber
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya: a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berde...
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.