Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pelancong Asing Cakap Malaysia Tidak Selamat ? Setujukah anda wahai rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera

Terbaca satu ruangan di mana pelancong asing yang pernah datang ke Malaysia untuk bercuti sambil melancong memberi testimoni tentang keadaan Malaysia.Rata-rata mereka memberikan komen yang tidak memuaskan.Hakikatnya memang tidak dinafikan Malaysia aman tetapi tidak selamat.Walaupun admin bukan warga bandaraya tetapi admin dapat rasakan kesukaran mereka terutamanya rakyat tempatan sendiri terpaksa berdepan dengan warga asing yang overdose (bukan datang untuk melancong tetapi bekerja) di samping genjala sosial yang ditimbulkan oleh mereka.Pernah ada di dada akhbar tempatan tentang aduan tingkahlaku warga asing yang bekerja di sini yang menganggu anak-anak gadis dan menggugat peniaga tempatan dan juga merampas peluang pekerjaan warga tempatan.

Dave Ramsay,6 Oktober 2013

Pada hari Sabtu (5 Oktober 2013) kami dirompak berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Kaedah rompakan ini adalah dengan meragut beg dan bila saya memusingkan badan, saya ditikam di dada dengan pisau. Ini adalah kaedah serangan dengan menikam dahulu kemudian baru merompak. Pada mulanya saya fikir saya telah ditumbuk, sahabat saya cuba mempertahankan beg beliau dan saya mula hendak membantu tetapi hanya untuk dikelar dengan pisau di lengan kanan saya - di saat itulah bila saya lihat darah memancut keluar dari dada saya, saya beritahu supaya beliau lepaskan begnya kerana kepala/leher beliau sangat hampir dengan pisau tersebut. Perompak tersebut melarikan diri dengan beg sahabat saya. Saya fikirkan kami mungkin telah menjadi sasaran kerana "orang tempatan yang ingin membantu" sebenarnya cuba menarik saya jauh.

Saya bersenam mengangkat besi 80kg dua kali seminggu, jadi otot dada saya telah mengurangkan penembusan pisau dan ia tidak melepasi pun sangkar rusuk saya. Saya rasa orang yang lebih kurus mungkin akan mengalami kebocoran paru-paru dan jika ia berlaku kepada sisi dada yang terletaknya jantung, lukanya pasti membunuh.

Untuk ke hospital mengambil masa selama 30 minit (HKL - sangat gembira dengan petugas di sana, kerja mereka bagus). Saya bertuah mampu berdiri di jalan untuk menahan teksi - beberapa mengelak bila melihatkan darah - dan akhirnya selepas ditolak (rejected) oleh sebuah hospital swasta akhirnya saya berjaya juga mendapatkan rawatan.

Pemerhatian :

Tiada polis di mana-mana di kawasan yang kelihatannya meragukan (saya rasa mereka mendapat habuan untuk menjauhkan diri), pengawal keselamatan di premis berdekatan tidak melakukan apa-apa... Sukar untuk mendapatkan bantuan orang ramai atau teksi. Serangan ini menilai nyawa manusia pada $1000, mangsa ditikam untuk dibunuh dahulu kemudian baru ragut.

Polis pelancong tidak menanyakan apa-apa tentang pelaku jenayah ini - ada tidak ada, apa yang mereka buat hanyalah mengeluarkan laporan untuk tuntutan insuran.... mereka tidak mempunyai niat untuk mencari penjenayah-penjenayah tersebut, langsung tiada menampakkan minat.

Seperti posting lain, pondok polis pelancong hanyalah tali sawat di mana mangsa masuk bertali arus.

Saya perhatikan, sepasang pelancong Korea yang baru sahaja dirompak hanya 100 meter di luar pondok polis tersebut, 6 orang anggota polis yang sedang menghirup teh langsung tidak memberikan perhatian.

Seorang lelaki dari Kota New York (New York City, NYC) yang datang 10 minit kemudian, rantai emas di lehernya telah diragut - beliau telah tinggal di Kota New York selama 32 tahun dan di Kuala Lumpur inilah pertama kali dalam hidupnya beliau dirompak.

Ikhlas saya katakan, saya rasa polis di Kuala Lumpur lebih keji dari penjenayah kerana mereka tidak efektif, tidak hadir dan sangat-sangat mungkin menerima habuan. Ahli-ahli politik adalah majikan polis dan saya hairan bagaimana mereka membuat sangat banyak duit.

Malaysia Truly Asia (kepala jubow, ini adalah lubuk jenayah)
KL = Killed by Locals (Dibunuh orang tempatan)

Tempat ini perlu dielakkan, sangat-sangatnya. Saya dah mengembara ke Afrika, Yaman, Asia Tenggara selama hampir 30 tahun sebagai back packer dan pelancong mewah. Saya bukanlah lelaki lembik yang kuat mengeluh, tapi saya benar-benar rasa Kuala Lumpur adalah tempat yang PALING BERBAHAYA saya pernah pergi memandangkan bilangan insiden yang telah berlaku dan kekerapannya... ianya epidemik (seperti wabak yang merebak).

Sumber

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca