Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Vivian bakal berdepan kesalahan jenayah kerana Video Ingin Bunuh Diri. ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin bila tengok video terbarunya Vivian ini jika difahami dalam bahasa mudah ialah ingin bunuh diri.Terus admin menggeleng-gelengkan kepala dan berkata di dalam hati "mereka ini perlu bantuan pakar jiwa".Sejauh mana kebenaran video ini admin harapkan ianya tidak akan berlaku.

Bagaimana pasangan celebriti yang panas dengan isu-isu negatif menangani permasalahan yang dihadapi mereka secara positif. Melihatkan tingkah laku mereka sebelum ini,rasanya tiada siapa yang akan sudi memberikan simpati atas nasib mereka.Namun sebagai seorang insan kita tidak seharusnya membiarkan mereka bersendirian melakukan perkara-perkara yang akan memberi kesan kepada masyarakat.Bimbingan dan pemulihan emosi serta keinsafan di atas perkara yang lalu perlu ditanam di hati mereka.

Admin melahirkan rasa simpati kepada mereka ini kerana mereka memilih jalan yang salah untuk menamatkan rasa bersalah mereka dengan melahirkan hasrat membunuh diri.Admin pasti bahawa Vivian bakal berdepan dengan kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa kerana memuatkan video cubaan membunuh diri walaupun ianya satu luahan peribadi namun apabila diupload ke youtube ianya satu ancaman kepada masyarakat terutama kepada remaja yang mudah terpengaruh video tersebut untuk melakukan perkara yang sama sebagai penyelesaian masalah.

DIANGGARKAN sebanyak 2,000 orang membunuh diri setiap tahun seperti yang pernah diumumkan oleh mantan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek tidak lama dulu.Antara lain punca seseorang itu membunuh diri adalah kemiskinan, kehilangan orang yang tersayang, keruntuhan dalam perhubungan seperti perceraian. Penyalahgunaan dadah, kegagalan akademik dan latar belakang keluarga juga menyumbang kepada tindakan nekad membunuh diri.

Video Vivian Yang dikatakan ingin membunuh diri


Persoalannya adakah membunuh diri itu satu kesalahan jenayah? Bolehkah orang yang melakukannya dikenakan tindakan undang-undang?

Suicide atau membunuh diri adalah suatu perbuatan di mana seseorang itu menamatkan hayatnya atau nyawa sendiri. Hal ini sememangnya ditegah oleh undang-undang kerana nyawa adalah kurniaan Tuhan dan tiada siapa pun boleh mengambilnya tanpa sebarang justifikasi. Lantaran itu apabila seorang pembunuh didapati bersalah dan dihukum bunuh, maka menamatkan nyawa pesalah itu tadi adalah satu tindakan yang ada justifikasi undang-undang. Sebaliknya orang yang mengamuk dan tanpa sebarang dalihan yang sah menembak mati sekumpulan pelajar adalah melakukan dengan tiada justifikasi dan boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Kanun Keseksaan tidak memperuntukkan sebarang kesalahan bagi perbuatan membunuh diri tetapi hanya wujud kesalahan bagi perbuatan cubaan membunuh diri dan kesalahan membantu orang membunuh diri.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Lazimnya undang-undang hanya akan menghukum bagi kesalahan melakukan jenayah sepenuhnya. Lain pula dalam perkara membunuh diri ini. Jika seseorang yang melakukan perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan. Lantaran itulah tiada terdapat sebarang peruntukan bagi menjadikan perbuatan membunuh diri sebagai suatu jenayah yang boleh didakwa di mahkamah keadilan di Malaysia.

Dalam setiap jenayah ada peringkat perlakuan yang mana undang-undang boleh dibuat bagi mengenakan tanggungan jenayah. Dalam konteks membunuh diri jika telah sampai ke peringkat pelaksanaan dan orang itu berjaya, maka undang-undang masih tidak mewujudkan kesalahan bagi perbuatan itu. Ini memandangkan si pembuat itu telah pun menamatkan nyawanya sendiri.

Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.

Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkan orang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patut diakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.

Bagaimanapun, jika dapat dibuktikan daripada keterangan fakta bahawa seseorang itu baru dalam peringkat membuat persiapan, maka dia tidaklah jatuh dalam Seksyen 309.

Misalan I: Akong mahu membunuh diri, dia membeli sebilah pisau dan seutas tali. Dia menulis sepucuk surat dan meletakkannya di atas meja di rumahnya. Sedang Akong bersiap untuk melilitkan tali dan menggunakan pisau yang masih dalam bungkusan Kitam ternampak dan menegah. Ini baru peringkat persiapan dan masih belum sampai ke tahap percubaan.

Misalan II: Akong telah membeli pisau dan tali. Selepas mengikat tali di tiang rumahnya dan juga telah memegang pisau yang baru dibeli itu. Semasa menikam dadanya pisau itu patah. Akong hanya terluka sedikit dan Kitam pun tiba untuk menyelamatkannya. Ini telah sampai peringkat percubaan. Ia adalah salah di bawah Seksyen 309.

Manakala Seksyen 306 Kanun Keseksaan menyebut; Jika mana-mana orang membunuh diri, sesiap sahaja membantu (abets) perlakuan membunuh diri itu hendaklah dihukum penjara maksimum sepuluh tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Dalam kesalahan ini orang yang membunuh diri itu mungkin tidak berapa pasti mahu membunuh diri ataupun mungkin tidak berat mahu melakukannya tetapi si pembantu tadi telah datang dan memberi khidmat dalam apa cara sekalipun sama ada mempermudahkan atau mendorong atau menggalakkan. Ini jika mengakibatkan orang tadi membunuh diri maka si pembantu boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen tersebut.

Bagaimanapun, jika seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan tiada upaya untuk berfikir sendiri demi kebaikan, atau mana-mana orang yang mabuk telah membunuh diri ekoran daripada sumbangan pembantu tadi maka si pembantu tersebut boleh dihukum di bawah seksyen ini. Hukumannya adalah mati atau penjara tidak kurang dari 20 tahun dan juga denda.

Hukuman berat ini memandangkan kategori orang dalam Seksyen 305 ini adalah orang yang bawah umur dan keadaan mental yang kurang upaya. Maka melakukan sesuatu sehingga orang itu menamatkan nyawanya adalah suatu perbuatan terkutuk dan tidak boleh dimaafkan. Sedangkan orang yang cukup sifat dan sihat tubuh badan adalah bertanggungjawab untuk melindungi orang yang lemah dan kurang upaya. Oleh itu, hukuman yang berat adalah dikenakan terhadap orang yang tidak berperikemanusiaan ini.

Oleh: A. HALIM SIDEK
PENULIS adalah seorang pakar Undang-Undang Jenayah, Kriminologi dan Keadilan Jenayah dan kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, UiTM.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca