Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ustaz Azizan dalam Kenangan 25 October 1944 - 26 September 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Azizan disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Pada 6 Mei lepas, Azizan yang menghadapi masalah bengkak kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang keesokan harinya.Di Hospital Pulau Pinang, Azizan yang merupakan ADUN Sungai Limau terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, pada 14 Ogos lalu beliau dipindahkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.Sejak pukul 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Jerai Muzaini Azizan berkata, jenazah Azizan akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.00 petang ini.

"Jenazah kini dalam perjalanan ke Markaz PAS Pokok Sena. Semua urusan mandi dan mengkafan jenazah beliau dilakukan di hospital.
jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Kedah meninggalkan dua orang isteri dan 14 orang anak.




Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak merupakan bekas Menteri Besar Negeri Kedah 2008-2013. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina. Beliau banyak membangunkan negeri Kedah dengan program kerohanian dan aktiviti-aktiviti keagamaan.Kini beliau telah pergi buat selama-lamanya. Suatu kehilangan yang tiada gantinya.

Admin sebagai salah seroang anak jati negeri Kedah mengharap keluarga beliau supaya bersabar dan takziah diatas pemergian Ustaz Azizan. Mari kita sama-sama sedekahkan al fatihah kepada beliau semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

AL - FATIHAH.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca