Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Harga iPhone terbaru Phone 5S dan iPhone 5C

Produk terbaru daripada Apple, akhirnya Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook telah melancarkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.Model iPhone 5C diperkenalkan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna yang selama ini merungut tidak mampu milik gadget Apple disebabkan harga terlampau mahal.

Model iPhone 5C yang dibuat dari plastik adalah strategi Apple untuk meluaskan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. Model iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S dan iPhone 5C boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu hijau, kuning, biru, putih dan merah jambu.Mungkinkah dengan pengenalan model iphone versi budjet ini akan membolehkan Apple menerajui pasaran bagi gadjet paling laris seperti Nokia Lumia 520 bagi kategori budget rendah.









Model iPhone 5C
Warna : Hijau, Kuning, Biru, Putih & Merah Jambu
Spesifikasi : 4 inci retina, 8MP kamera, pemproses A6
Harga : 16G RM1797, 32G RM2125





Model iPhone 5S
Warna : Hitam, Kelabu & Keemasan
Spesifikasi : 64-bit pemproses A7
                : Butang 'home' menggunakan 'fingerprint scanner' dan NFC
                : Menggunakan iOS
Harga : 16G RM2125, 32G RM2452, 64G RM2780

Sejauh mana tanggungjawab anda seorang anak terhadap ibubapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 9 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1.Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa terutamanya anak lelaki. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi perhatian dan kasih sayang kepada kedua ibubapa. 
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.Memenuhi permintaan mereka. 
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:  
Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6.Melakukan apa yang disukai. 
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


Sabda Rasulullah bermaksud:
Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.Bercakap dengan lemah lembut dengan ibubapa. 
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. 
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.





9. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Jenis-jenis Image Stabilization Kamera Digital

Optical Image Stabilization  

Adalah berdasarkan HARDWARE. Kamera digital dengan Optical Image Stabilization biasanya mempunyai gyro-sensor terbina dalam dan mikropemproses mengesan goncang kamera yang berlaku daripadanya. Penstabil mengkompensasi untuk mana-mana pergerakan kamera.

Terdapat tiga jenis utama Imej optik mod Penstabilan, walaupun tidak setiap kamera digital kompak dengan IS mempunyai semua tiga: berterusan, Tembak Hanya dan / atau Panning.


Sensor-shift image stabilization

Sensor-shift image stabilization juga  dikenali untuk penstabilan imej mekanikal. Penstabilan berlaku di dalam badan kamera, bukan kanta. Sensor diselaraskan untuk mengimbangi goncang kamera.


Digital Image Stabilization
 
Sesetengah kamera kompak hanya mempunyai
Digital Image Stabilization, yang hanya meningkatkan sensitiviti kamera (ISO) untuk mendapatkan kelajuan shutter lebih cepat untuk membantu mencegah kabur. Tiada HARDWARE adalah Terlibat.

Ttetapi
 meningkatkan imej ISOakan menyebabkan kualiti gambar kurang berkualiti disebabkan oleh "noise," Penghasilan  gambar dengan setting ISO tinggi juga menghasilkan grain dalam gambar.Oleh itu,Digital Image Stabilization mesti diaktifkan via a setting or anti-blur scene mode

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca