Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kenaikan 20 sen harga RON95 demi menjaga ekonomi negara?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di Facebook dan blog isu kenaikan RON95 pasti akan mejadi topik hangat . Tidak terkecuali admin sendiri yang menggunakan minyak tersebut beralik ke tempat kerja sejauh 116km setiap hari. Apa yang admin dapat luahan ketika ini ialah KEHAMPAAN..

Bila diteliti banyak juga yang menyokong dan membantah di Facebook tentang kenaikan harga RON95 ini. Bagi  admin mungkin yang menyokong kenaikan nie agaknya kehidupannya macam mana ye...gamaknya hidup bujang kot..tiada ada tanggungan sekolah...makan dan minum manggi dan air kosong jer kot..tempat keja pulak sebelah rumah aje..tak pernah pergi pasar.beli ikan,ayam,sayur  dll .Hmm entahlah...mengeluhhh..

Admin jenis tak pandai berhujah namun admin cukup setuju dengan pandangan seorang rakyat Malaysia tentang isu kenaikan 20 sen bagi RON95. Ulasannya cukup simple dan jelas dan mencakupi rakyat golongan miskin (yang tiada kereta hanya motosikal) dan golongan sederhana (yang bayar TAX tapi tak layak BR1M atau bantuan 1 Malaysia seangkatan atas alasan pendapatan lebih).


Jom kita baca ulasan Master Nur Qasihku...

Minyak petrol dah naik harga. Nak tak nak kena isi jugak... Isunya sekarang bukan minyak aje naik. Kejap lagi tengok barang keperluan semua ikut naik. Payah cakap dgn org tak paham ni. Kau mampu tak ape la. Pagi ni gua dah cuba isi penuh tangki kereta gua 42 liter. Kalau sebelum ni masa minyak seliter RM 1.90 gua cuma kena bayar RM 79.80. Arini gua kena bayar RM 88.20. Maksudnya extra RM8.40 . Sebulan gua isi penuh tangki sebanyak 6 kali. Jadi extra gua kena keluar sebulan utk isi minyak RM 50.40. Dan RM 50.40 ni ialah bajet simpanan gua sebulan sebelum ni dan gua kena keluarkan utk isi minyak. Nampak?

Jangan ingat dengan 20 sen tu kau mampu dan semua orang mampu.Kalau 15 jenis barang naik 20 sen lepas ni. Dari aku kena sedut RM 50.40 simpanan aku boleh cecah beratus aku kena sedut. Nk menyimpan ape. Kau tak ada anak cakap sedap la... Tunggu nanti sampai giliran kau masih ade yang tak paham-paham kenapa bila minyak naik.

Harga barang akan naik? Sekarang ni nak gerak sikit kena minyak.Tu peraih nak amik ikan dari pantai. Guna van. Abis van tu guna ape? Air zam zam? No.. Van tu guna minyak. Jadi secara langsung dia akan serap kos tu kepada pengguna. Itu kita cerita pasal ikan. Habis gula, garam. Gas. Santan. Milo. Teh dan lain-lain semua tu pun dihantar menggunakan pengangkutan.

Diaorang pun akan terkesan dgn kenaikan ni. Jadi secara langsung juga kita pengguna ni yang akan jadi mangsa kenaikan harga. Apa? pegi keje naik basikal? Kau ingat tempat kerje aku ni macam dari ruang tamu ke jamban? Naik kereta pun makan setengah jam. Purata dgn kelajuan 90 km/j jarak tu hampir 25 km.

Kau nak aku naik basikal sejauh itu? Kita punya peradapan semakin maju. Bukan semakin mundur. Dulu ada satu wawasan yg di panggil Wawasan 2020. Apa benda Wawasan 2020 kalau semakin menuju ke tahun 2020 kita kena naik basikal? Otak apa mcm ni.

Memula dulu FGV. Bila aku kata jangan. Punya lah ramai org Felda maki aku... Kata aku sibuk lah.. Lepas tu bila dah kena.. Apa dapat? Hampas pun tak dapat... Lepas tu bila aku kata lepas pilihan raya minyak akan naik. Kau kata aku ni kuat berimiginasi. Selalu tengok drama. Sekarang kau tengok. Bukan aku je tengok drama. Dengan kau kau sekali kena tengok drama.

Kenaikan sebanyak 20 sen pun sebenarnya terlalu membebankan. Last semasa kenaikan tahun 2011 tak salah aku. Kenderaan tak beratur macam ni punya panjang nak isi minyak malam tadi. Tapi mlm tadi memang luar biasa.. Jadi secara mentalitinya kita boleh nampak. Sebenarnya harga seliter dgn RM 2.10 utk petrol adalah sangat membebankan sehingga setengah golongan. menganggap dengan mengisi minyak penuh pada malam tadi akan bertahan sehingga 5 tahun.

Kita lihat pulak situasi yg lain. Dengan kos yang begini. Mak bapak juga akan mula liat nak membayar yuran persekolahan. Kenaikan ini pulak tepat jatuh pada tarikh kenaikan semester pelajar universiti. Dah hanya tinggal 3 bulan sebelum kenaikan baru musim persekolahan untuk tahun hadapan.

Dengan kenaikan kos sara hidup ini juga. Aku dengan ketawa akan cakap. Buang aje lah proton suprima s... Kasar? Ye sangat kasar. Tapi realitinya kemampuan untuk memiliki kenderaan tersebut akan menjadi sangat terhad. Pernah ambik tahu tak apa kreateria seorang peminjam bagi membeli sebuah kenderaan? Segala kos harian akan di ambil kira oleh pihak bank. Malas nak cerita panjang. Jadi apa guna mencipta teknologi kalau tak mampu digunakan? Begitu juga bagi pembelian rumah. Kita sedia maklum harga rumah sangat kritikal sekarang, dengan peningkatan kos sedia ada. Maka semakin ramai lah yang akan hanya mampu menyewa. Banyak lagi aku nak cerita.. Cuma aku tak rase berfaedah utk sesetengah golongan terutamanya seperti YB Bung Moktar tu.



Apa pun yang pasti admin lebih tertarik dengan komen di bawah ini.


Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca