Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara Buat rintone lagu raya dengan software android

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Bila dekat raya ni,sudah menjadi trend rakyat Malaysia apabila handphone masing-masing akan set ringtone lagu raya. Admin nak berkongsi dengan anda untuk membuat ringtone raya dengan menggunakan aplikasi android.

Aplikasi yang dimaksudkan ialah Music Ringtone Editor Pro


Cukup mudah sekali kalau guna aplikasi ini walaupun pertama kali menggunakannya.

Langkah menggunakan aplikasi ini.
1. Buka aplikasi ini
2. Pilih lagu yang hendak di buat ringtone.
3.Gerak butang seperti gambar di atas mengikut kemahuan anda.- bahagian mana yang dipilih dan panjang mana rintone tersebut. Semuanya dengan mengubah butang seperti di atas
4. Setelah anad apuas hati keratan lagu yang ini dibuat ringtone.
5. Klik save.

Setujukah Had Laju DIkurangkan 10 KM/J pada Musim Raya 2013? Sila beri komen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesuatu yang megejutkan apabila admin dimaklumkan oleh rakan kadar had laju pemanduan di jalan raya sempena perayaan adil fitri dan diminta berhati-hati semasa memandu kerana operasi speed trap. Berdasarkan maklumat berita dimaklumkan kadar Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan ‘balik kampung’ untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.Katanya sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.


"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.
“Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya,”

 Sebagai langkah peringatan kepada pemandu, 

Papan tanda pemberitahuan ‘Zon Operasi Kamera’ yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungan dua kilometer daripada lokasi kamera.Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.

Berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan, adakah anda bersetuju dengan langkah -l angkah yang cuba dilaksanakan ini bagi mengatasi kemalangan pada musim perayaan.




Yang pasti admin melihat langkah ini,membebankan para pemandu terutama yang balik jauh.Bagi had kelajuan biasa,ada pemandu pulang ke kampung mengambil masa 8 -10 jam .Tapi bayangkan langkah pengurangan had laju dibuat.Berapa masa akan diambil oleh pemandu tersebut untuk sampai ke destinasi. Yang pasti tak ramai akan bersabar dengan perjalanan seumpama ini,bayang 8-10 jam di dalam kereta. Penat dan keletihan badan pasti akan menjejaskan pemanduan.Kebarangkalian tinggi kemalangan pasti terjadi.





Selain itu,admin melihat pengurangan had laju nanti satu situasi kesesakan luar biasa akan berlaku.Anda pernah mengekori treler panjang tidak? Cuba anda bayangkan treler panjang itu membawa kelajuan 80 km sejam dan kereta anda berada di belakang treler dan kelajuan anda pasti kurang 80 km sejam bukan.Dan bayangkan ada lagi kenderaan -kenderaan lain mengekori belakang anda.Sudah pasti kelajuan kereta mereka  pun akan berkurang dari kereta dihadapan.Situasi ini tidak ubah seperti kepala keretapi dan gerabak -gerabaknya. Sanggupkah anda melayan situasi begini dengan berkhemah. Mungkin 30 minit pertama anda akan akur..namun apabila badan sudah letih dengan rengekkani anak-anak dalam  kereta kerana bosan mungkin anda menjadi stress dan luar kawalan dan cuba memotong kenderaan di hadapan. Kalau tidak bernasib baik mungkin pertembungan kenderaan akan berlaku maka kemalangan terjadi.



Dan yang penting sekali,setiap langkah pengurangan had laju ini pasti operasi had kelajuan dijalankan.Yang pasti ribuan saman akan dikeluarkan.Dengan kelajuan yang baru ini rasanya kadar saman akan meningkat 2 kali ganda. Rasanya had laju 80km/j ke 70 km/j yang banyak kena saman. Maksud tersirat pengurangan had kelajuan ini, yang pasti kerajaan akan memperolehi keuntungan dari saman dikelaurkan.Oh ! tidak sebenarnya bukan kerajaan tetapi syarikat -syarikat AES yang untung lebih berdasarkan perjanjian pembahagian kutipan saman.

"Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi."


Yang pasti kemalangan akan tetap berlaku sekiranya tidak berkurang malah bertambah dengan banyaknya.Bagi pemandu yang kena saman tetap kena bayar saman tetapi bagi kena saman tetapi terbabit dengan kemalangan maut maka automatik terlepaslah ia.Nasihat admin kepada sesiapa saja yang akan memandu balik ke kampung halaman,berhati-hati di jalan raya.

Sila beri komen anda di ruangkan komen.  

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca