Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tips memilih TV LCD / LED untuk rumah anda


Anda masih memakai TV CRT ? Anda sudah ada budget untuk memiliki TV LCD yang baru di rumah. Sebelum membuat pembelian TV LCD adalah penting anda perlu mengetahu tips-tips untuk memilih TV LCD yang bersesuaian dengan rumah anda.Disarankan anda untuk tidak membeli produk yang  'asal murah'. Sekarang harga TV LCD 32 inci sudah murah tapi jangan tertipu. Periksa betul-betul model yang baru untuk mendapatkan latest technology.Ini adalah kerana taktik penjual teruatama pasaraya besar akan menjual TV LCD yang outdated spec. Jadi jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan.Pastikan anda membuat penilaian terlebih dahulu.



Dalam mencari model TV LCD / LED yang baik,anda perlu melihat beberapa aspek ini iaitu :-


1. Saiz TV
Size TV LCD memainkan peranan. Jarak normal untuk melihat TV LCD 32 inci ialah 5 kaki. Kalau tengok dari jarak kurang 5 kaki akan menyebabkan imej paparan di TV kita menjadi semakin buruk. Jadi pada sesiapa yang merasakan lagi besar inci TV LCD kita lagi bagus, fikirkan dulu size besar ruang tempat TV kita bakal diletakkan. Ada yang rumah kecil tapi TV sampai 55 inci, ruang nak tengok cuma 5 kaki sahaja. Gambar di TV jadi buruk sebab tak ada ruang untuk kebelakang, terpaksa la tengok TV dari luar rumah, baru paparan skrin nampak cantik.

2. Response Time (Hz)
Hz TV LCD tersebut perlu juga diambil kira. Ada pengeluar yang tidak memaparkan kelajuan Hz nya di dalam specification TV dan perbuatan tidak bermoral ini perlu kita ambil perhatian kerana ini mungkin tanda mereka malu dengan kekurangan TV mereka. Saya difahamkan kelajuan atas 60Mhz adalah bagus sementara 60 MHz adalah aras normal. Bawah 60 Hz adalah tidak normal. Gunanya response rate ini ialah supaya babak-babak yang memaparkan kelajuan seperti sukan, filem aksi, lumba kereta nampak lebih lancar dan smooth. Jika response rate rendah, maka nampak gambar seperti ‘blur’. Sebenarnya 120 Hz atau 240 Hz, gambar babak sebegini lebih nampak clear.

3. Resolution TV
Resolution TV memainkan peranan. Biasanya kalau kita beli TV LCD, akan ada specificationnya, Baca lah ia. jika resolutionnya 1980 ke atas, Full HD lah ia. Jika 1980 kebawah, tiadalah Full HD nya walaupun kita ada HD ready.Untuk mendapatkan signal HD, kita kena sambung cable HDMI ke alat yang boleh keluarkan isyarat HD seperti DVD kita dan juga Astro BYond. Walaupun kita guna TV LCD kita bukan Full HD, tapi bila kita dah sambung ke HDMI cable, maka dapatlah kita melihat gambar HD di TV LCD kita. Cuma jika resolution kita di bawah 1980, maka secara automatiknya kualiti gambar kita masih ada ‘data loss’ atau dalam erti kata lain, kurang cantik berbanding yang beresolusi 1980. Tapi sebenarnya masih lagi cantik dari DVD atau TV biasa yang bukan HD.


3. Contrast Ratio
Contrast Ratio iaitu betapa terangnya TV LCD kita boleh dilihat di dalam TV kita punya specification table. 20,000 : 1 adalah aras normal. Ada yang 25000:1. Ada yang 30000:1, 50000:1.

4. Fungsi Tambahan
Television pastinya tidak hanya dipakai untuk menonton saja, tetapi juga bermain game, dijadikan monitor komputer, melakukan video chat, atau bisa juga menjadi smart TV (TV Pintar). Dalam persaingan sekrang,pihak pengeluar TV banyak mengeluarkan fungsi tambahan untuk menarik pelanggan mereka. Jadi dalam aspek pembelian TV anda disarakan bertanya kepada jurujual fungsi tambahan yang dimilikinya dan bandingkan dengan jenama yag lain.

5. Rekabentuk
Aspekr terakhir adalah rekabentuk,meski kualiti gambar merupakan syarat utama dalam memilih sebuah television, namun faktor rekabentuk juga punya peranan yang tidak kalah penting.Ini adalah kerana tidak semua pembeli TV akan melihat aspek-aspek di atas sebagai kreateria utama sebaliknya melihat aspek rekabentuk TV yang canggih dan unik dan memukaun sebagai pilihan utama mereka. Apapun tepuk dada tanya selera.

Kesimpulannya, aspek-aspek diterangkan di atas adalah hasil pemerhatian admin dalam internet dalam mencari TV yang baik dengan kos budget ekonomi.Bagi admin tidak perlulah terlampau besar saiz skrin memadai saiz 32 inchi bagi ruang tamu yang sederhana besar.Apapun terpulang kepada empunya diri dan budget.Kalo ada budget lebih tuh lagi besar lagi TV lagi mendatangkan kepuasan diri.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca