Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Memilih suplemen probiotik terbaik untuk usus anda

Bagaimana pula kita hendak memilih probiotik yang bagus?

Di dalam tubuh manusia normal, terdapat kurang lebih 1.8 kg bakteria, yang sebahagian besar hidup di dalam usus. Di dalam usus kita,  terdapat bakteria jahat yang boleh menyebabkan penyakit seperti Staphylococcus, C.Perfringen, Salmonella, dan E.Coli, namun begitu terdapat juga bakteria yang baik dalam usus manusia seperti bifidobakteria. Jika kedua jenis bakteri tersebut berada dalam keseimbangan yang baik maka kita dalam keadaan sehat. Secara idealnya,keseimbangan mikroflora usus seharusnya terdiri daripada 80% bakteria baik bagi mengelakkan penaklukan melampau mikroorganisma penyebab penyakit seperti E.coli dan Salmonela.Kesihatan kita masih dapat dikekalkan dengan kehadiran 20% bakteria merbahaya

Dr.Thomas Thompkins,Pengarah Penyelidikan Biokimia & Mikrobiologi,Institut ternama Nutrisi Manusia & Kesihatan dari Kanada berkata "apa-apa sahaja yang kita lakukan pada hari ni ini membawa kesan kepada bakteria baik kita,sebagai contohnya pengamalan diet dan gaya hidup yang buruk,air minuman berklorin, pencemaran,tekanan,penggunaan atibiotik dalam rawatan perubatan,boleh mengakibatkan kemusnahan disaluran gastrousus memandangkan tempat ini merupakan tempat yang paling merbahaya dan kotor dalam badan kerana semua makanan,toksin dan bakteria usus berkumpul disini.Jika kita mempunyai saluran gastrousus yang tidak sihat ia akan mengakibatkan ganguan pencernaan seperti gastroenteritis,penyakit keradangan usus[IBD],Penyakit Refluks Gastroesofagus[GERD],Ulser Peptik,Kanser Gastrousus dan lain-lain.


Salah satu elemen penting bagi probiotik yang bagus adalah kandungan bakteria baik yang dikehendaki mestilah dalam kuantiti yang mencukupi.Antara ciri-ciri yang lain ialah berupaya bertahan dengan persekitaran berasid gastrik tinggi dalam perut supaya ia mampu sampai kepada usus.Jika probiotik tersebut berupaya tiba di usus , ia mempunyai masa yang singkat untuk membiak dalam usus kecil sebelum ia bergerak ke usus besar bagi melawan bakteria merbahaya.Oleh itu,semakin banyak jumlah bakteria yang berdaya maju dan aktif,semakin cepat ia dapat membiak dan menakluk semula sistem usus kita.Perjalanan supplemen probiotik amat panjang sebelum sampai waktu penggunaannya.

    Oleh itu,ia perlu berupaya bertahan suhu panas yang berubah-ubah dalam proses pengangkutan dan penyimpanan.Jika tidak,kebanyakan bakteria berdaya maju didalamnya akan mati atau tidak aktif lagi pada masa kita mengambilnya."Jelas Dr.Thomas.Untuk memperoleh faedah maksimum dari probiotik demi kesihatan kita,ada kebaikannya probiotik digabungkan dengan beberapa jenis bakteria baik yang berbeza supaya ia mempunyai fungsi peranan yang berbeza,selain itu supaya ia mampu bekerjasama bagi mendapatkan kesan yang lebih berpengaruh.Contohnya,kajian telah membuktikan bahawa spesies Laktobasili amat berkesan untuk meningkatkan tahap kebolehtahanan laktosa dan boleh menambah bilangan sel imun yang bersedia untuk melawan patogen usus.



Sementara spesies Bifidobakteria pula dilaporkan mengandungi khasiat anti keradangan untuk memperkuat pertahanan badan.Apabila kedua-dua spesies tersebut digabungkan,salah satu khasiatnya berupaya mengurangkan cirit-birit akut dan tahap keberkesanannya lebih tinggi berbanding dengan hanya satu spesies bakteria baik." Tegas Dr.Thomas lagi yang mempunyai 16 tahun pengalaman meluas  dalam penyelidikan probiotik serta menerbitkan banyak artikel saintifik.

 Probiotik Terbaik dan Selamat Untuk Keluarga


Dr.Thomas seterusnya memperkenalkan PROBYO,supplemen probiotik baru yang dilancarkan oleh Elken Sdn Bhd,organisasi pemasaran berangkaian terkemuka mempersembahkan probiotik dengan Teknologi Lipid Mikroenkapsulasi Berpaten yang menggunakan lipid pelindung untuk menyaluti bakteria baik.Tidak seperti kebanyakan probiotik dimana probiotik termusnah sebelum sampai ke usus.

Salutan lipid pelindung dalam PROBYO mengandungi enam billion bakteria yang terdiri daripada lima jenis bakteria berbeza daripada haba,jus gastrik dan lembapan persekitaran demi memastikan probiotik tersebut selamat sampai ke mikroflora usus anda dalam keadaan hidup dan sedia bertugas.

Teknologi penemuan cemerlang ini dibangunkan daripada inovasi dan penyelidikan teknologi yang mengambil masa lebih 70tahun dengan lebih 80 kajian klinikal."Bayangkan bakteria baik ini sebagai pengawal yang mengawal dan melawan penceroboh,berusaha melindungi saluran gastrousus anda demi kesejahteraan yang menyeluruh." Kata Dr.Thomas Tompkins [Sumber:Utusan Sarawak 16/8/10].

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca