Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Masalah Lelaki Mempunyai Bentuk Seakan Buah Dada dikenali Gynecomastia

Gynecomastia adalah istilah yang digunakan untuk tisu payudara besar di kalangan lelaki. Dalam bahasa greek, gyne bermaksud perempuan dan mastos payudara. Ia juga dikenali sebagai gyno. Dalam dunia bina badan, ia biasa dikaitkan dengan steroid berikutan nisbah testosteron berbanding setrogen.

Dalam majoriti kes, ianya tidak boleh dipulihkan. Satu-satunya cara merawat adalah melakukan pembedahan untuk membuat gynecomastia itu mengurangkan peningkatan tisu payudara.

Gynecomastia ini biasa berlaku pada pengguna steroid jenis testosteron. Ia biasa terjadi apabila pengguna berhenti menambah testosteron kepada badan. Mereka mengambil masa untuk menghasilkan testosteron secara semulajadi pada tahap yang normal. Pada tahap ini, paras estrogen boleh jadi lebih tinggi berbanding testosteron. Ia juga boleh terjadi apabila pengambilan testosteron terlalu tinggi dimana mekanisme badan cuba menaikkan paras estrogen untuk seimbangkan testosteron mengikut rationya. Testosteron ditukar ke estradial yang mana menyerupai estrogen. Sebaik sahaja tahap hormon kembali normal, rangsangan tisu payudara akan hilang tetapi seri kali tisu payudara kekal.



Bagi mereka yang tidak mengambil steroid, masalah gynecomastia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia selalunya disebabkan masalah kelenjar dalam badan. Ia juga selalu terjadi pada lelaki yang berlebihan berat badan. Pada amnya, gynecosmastia tidak memberi risiko kesihatan, cuma kesannya daripada segi imej. Tak lawa rasanya menayangkan dada di pantai jika ada masalah gynecomastia ini.
Sebab-sebab lain gynecomastia termasuk akil baligh, obesiti, tumor, gangguan genetik, penyakit hati, ubat-ubatan tertentu, sindrom klinefelter, sindrom gilbert dan penuaan. Penggunaan ganja juga mungkin jadi penyebab.

Mereka yang berdepan masalah gynecomastia kerana obesiti mungkin mampu pulih setelah berjaya turunkan berat badan tetapi kebanyakan orang perlu menjalani pembedahan membuang tisu berlebihan. Pembedahan itu adalah gabungan liposuction dan pemotongan kelenjar di sempadan puting. Jika di Malaysia, pembedahan boleh dilakukan dengan kos sekitar 5 ribu.Namun Begitu ada juga rawatan lain yang dikenal pasti dapat menangani masalah ini dengan bantuan krim iaitu Gynexols dan Gynexin.

GAMBAR  PEMBEDAHAN
GYNECOSMASTIA

 
Pembuang tisu lemak di kawasan puting
Sebelum dan Selepas Pembedahan
tisu lemak yang berjaya dikeluarkan

 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca