Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Jozan Tidak Layak Juara Maharaja Lawak Mega 2 / 2012

Pada malam tadi, seperti yang dijangka, Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan kumpulan Jozan sebagai juara, yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mereka telah berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012.

Untuk malam tadi, para peserta telah diadili oleh juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).Dengan sistem pemarkahan Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 yang mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah. Dengan mengekalkan konsep bebas dan komedi muzikal iaitu tema yang sama seperti musim lalu dengan membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia..

Jozan mengungguli dengan markah tertinggi malam tadi berdasarkan juri tetap dan juri awam, sekaligus menghampakan empat lagi finalis lain yang bersaing iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi mengejar gelaran juara.

Kemenangan Jozan ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula, milik kumpulan Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Bagi tempat ketiga Kumpulan Shiro menerima hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Sementara kumpulan Boboi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.

Sang Juara JoZan MLM 2012

 PS : Nasib baik Johan ada pada malam final,risau gak admin kalau Johan tak ada.Kalau tidak mati akal Zizan buat komedi sesorang. Bukan senang sebenarnya buat komedi seorang diri tengoklah Nabil kali ini join kumpulan Boboi. Tahniah admin ucapkan buat Jozan dan semua finalis Maharaja Lawak Mega Musim Kedua.





Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca