Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Gaji Mahal Tapi Tidak Pernah Cukup ? Bagaimana mencukupkan gaji anda setiap bulan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah tak cukup duit walaupun dah kerja kuat siang dan malam untuk dapatkan lebih banyak duit. Bila buat kerja sampingan, bukannya tak dapat duit. Dapat. Malah kalau memang strateginya betul memang banyak wang yang akan diperolehi. Tapi masalahnya asyik tak cukup duit aje. Harga barang naik satu hal, tapi masalah tak cukup duit masih berterusan.


Setiap kita pastinya inginkan keberkatan terhadap gaji yang kita nikmati hasil daripada pekerjaan kita. Besar atau kecil bukan persoalannya. Ada rakan yang berpendapatan kecil, namun mampu hidup bahagia serta mempunyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Ada juga orang yang kaya, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan yang diinginkan.

Semuanya itu pasti disebabkan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap keberkatan hasil wang yang diperolehi seperti dari mana sumbernya, bagaimana diperolehi, ke mana dibelanjakan dan sebagainya. Sebagai ketua keluarga, menjadi kewajipan baginya memastikan sumber pendapatannya halal, agar kesannya kepada orang yang ditanggungnya itu baik lagi berkat.



Bagaimana mencukupkan gaji anda?



1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup.




2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!





3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru, membeli gadjet baru dan sebagainya.




4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami anda. Redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri. dan sebagai isteri yang tidak bekerja iaitu surirumah sepenuh masa, redhalah dengan apa yang ada. Janganlah merungut dengan kemampuan suami. Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.





6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros. memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan.
 

Moga ada manfaat!

Masalah Rambut Berubat di Usia Muda Tanda Awal Penyakit?

Adakah anda semua mengalami masalah uban di usia muda?
Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Di bawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin.

Melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.

Terdapat punca-punca yang menyebabkan terjadinya uban iaitu:


1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.


Semoga bermanfaat

Senarai Pemenang Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF) 2013

Seramai enam peserta finalis yang bertanding di konsert akhir AF 2013 iaitu Azhael, Faizul, Indah, Aisyah, Amira dan Nabila. Pada Minggu terakhir ini, keenam bintang AF2013 akan membawa lagu single pertama mereka dan satu lagu yang diberikan oleh produksi. Berikut adalah keputusan konsert minggu akhir Akademi Fantasia (AF 2013) yang diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur pada Ahad, 17 November jam 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh bintang AF pada konsert akhir
Bintang AF dengan lagu tugasan  dan  lagu single pertama mereka.

  1. Azhael (duo)     Penglipur Lara (Hazama)   /  Hentian Terakhir
  2. Aisyah     Lebih Indah (Dato Siti Nurhaliza)  /   Mimpi
  3. Faizul     Hanyut (Faizal Tahir)   /  Sepasang Sayap
  4. Indah     Jagalah Diri ( Jaclyn Victor)  /   Percayalah
  5. Amira     Terlalu Istimewa (Adibah Noor)  /   Sesaat Untukmu
  6. Nabila     Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang NurFaizah)   /  Katakan Saja


SENARAI PENUH KEPUTUSAN KONSERT AKHIR AF 2013
    
Juara   :  Faizul    
Hadiah : RM100, 000 + kontrak rakaman album(RM100, 000) + Trofi

Naib Juara :     Azhael (duo)  
Hadiah :  RM30, 000 + trofi

Ketiga :    Amira  
Hadiah :  RM20, 000 + trofi

Keempat    : Indah   
Hadiah :  RM10, 000 + trofi

Kelima  :   Nabila   
Hadiah :  RM5, 000 + trofi

Keenam  :   Aisyah  
Hadiah :  Trofi

Pemenang Anugerah AF Buzz : Azhael (duo)

Masalah Sakit Tapak Kaki @ Plantar fasciitis

Masalah sakit tapak kaki, seluruh badan akan terasa kesannya. Banyak aktiviti terbatas, malah ada yang tidak dapat dilakukan langsung, terutama bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, kerana anggota paling teguh itu tidak lagi mampu menampung beban.

Sakit tapak kaki memang merunsingkan, apatah lagi jika ia menjadi aset penting untuk mencari rezeki, seperti ahli sukan dan model. Hatta, bagi orang biasa pun kaki perlu dijaga rapi untuk memastikan kelancaran rutin harian. Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.

Punca-punca Sakit Tapak Kaki

1. Berdiri terlalu lama,
2. Ketidakstabilan badan,
3. Cengkam kuku,
4. Bunion (bengkak pada sendi antara ibu jari dan tulang jari yang pertama)
5. Kakalus (kulit kematu)
6. Tekanan daripada bahagian bawah belakang badan
7. Plantar fasciitis
8. Bentuk lengkung tapak kaki
9. Kaki leper
10. Kaki terlalu lebar atau kecil
11. Juga akibat penyakit seperti kencing manis
12. Artritis
13. Kecacatan sejak lahir.

 

Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki

Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui  bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :-
  • Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2

  • Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci

  • Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki

  • Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain

  • Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

Masalah Simbol Bateri Menyala Tanda Alternator Rosak / Kong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berkongsi pengalaman tentang masalah alternator kereta Wira admin yang telah menunjukkan tanda-tanda  nak rosak.Biasa tanda begini kita perlu sedia duit lebih untuk pembaikan. Pada mulanya tanda awal yang dapat admin kesan ialah bunyi kasar pada alternator itu sendiri.

Simbol isyarat bateri terus menyala tidak padam selepas enjin dihidupkan.

Apabila lampu penunjuk bateri ni menyala pasti ada yang tidak kena pada sistem pendawaian kuasa,  komponen seperti fius ,   alternator  , dan  bateri) . Hanya 4 bahagian ini sahaja yang berkaitan dengan lampu penunjuk bateri ini.

Sebenarnya, keadaan dan cara lampu penunjuk itu menyala juga sudah memberi kita insyarat mengenai kerosakan yang di alami ketika itu.Apabila enjin telah dihidupkan sepatutnya simbol isyarat bateri ini akan terpadam tetapi jika ianya masih menyala bermakna kereta anda di dalam bermasalah.

Jika masalah ini berlaku maka ini menunjukkan ada kerosakan kekal kepada sistem kuasa kenderaan kita. Cara untuk memeriksa kerosakan adalah seperti di bawah :-



 
1) Cara memeriksa kerosakan Alturnator :
 Apabila enjin dalam keadaan hidup dan kita tanggalkan salah satu sambungan ke bateri. Jika enjin mati ini menunjukkan alturnator mengalami kerosakan. Jika enjin terus hidup ini menunjukkan alturnator masih dalam keadaan baik. 



2) Cara memeriksa kerosakan fius :
Biasanya kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar dan kita boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung telah putus.




3) Cara memeriksa kerosakan bateri: 


Kita biasanya akan memeriksa bateri menggunakan Multimeter.Maka perkara paling asas sekali jika bateri tersebut sudah tidak berupaya untuk start enjin maka bateri itu sudah dianggap tidak berkuasa lagi. Dan yang paling penting dan mudah ialah kita geselkan hujung wayar yang disambung ke kepala bateri. Jika semasa geselan ( gesel hanya beberapa second sahaja ) mengeluarkan percikan api maka bateri itu masih dikira berupaya lagi.

Umpan Terbaik untuk Kaki Pancing

Tidak ramai sanggup menunggu berjam lamanya semata-mata untuk mendapat­kan ikan. Malah, ada yang merasakan ia kegiatan yang membuang masa. Kaum wanita khususnya beranggapan lebih baik ke pasar saja untuk mendapatkan jenis ikan diingini daripada duduk berteleku menanti umpan yang dilemparkan disentap ikan.

Tips memilih kasut sukan badminton yang sesuai dan murah

Rasanya tak ramai yang ambik kisah bila melibatkan kasut sukan. Ada yang tengok pada jenama, ada yang tengok pada design kasut dan ada yang nak murah je. Memilih kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet.

Cara Membuat Serbuk Kapsul dan Jus dari Kulit Manggis

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Pernah anda makan buah manggis?Tentu pernah bukan.Rasa isi buah yang putih gebu dan manis pasti memukau sesiapa saja melihatnya. Kebiasaanya rutin masyarakat kita bila makan buah manggis,kulit akan dibuang begitu sahaja.Tahukah anda manggis mempunyai banyak khasiat terutama di bahagian kulitnya?

Yang pasti anda tentu terkejut dengan penemuan ini bahawa kulit buah manggis menpunyai khasiat yang tinggi dalam merawat pelbagai penyakit kronik amnya. Jadi admin ingin menrenagkan cara-cara bagaimana kita tidak membazirkan kulit buah banggis yang dimakan isinya tanpa perlu membuangnya di dalam tong sampah.

Khasiat kulit manggis telah digunakan secara meluas di serata dunia dengan menghasilkan pelbagai produk MLM seperti  Jus Manggis Vemma,Jus Manggis Shameli,js manggis BIOSTEEN dan lain-lain lagi. Yang pasti harga setiap botol dijual di pasaran Malaysia adalah agak mahal berbanding bekalan buah manggis senang didapati di Malaysia.

Admin boleh buat andaian bahawa punca harga produkjus  kulit manggis menjadi mahal kerana produk yang dijual bukanlah dari dihasilkan oleh syarikat tempatan sebaliknya dari luar negara maka tidak hairanlah harganya agak tinggi kerana pertukaran mata wang asing.
 Memandangkan kita ini kaya dengan buah mangggis, jadi ambil  peluang yang ada semasa musim buah manggis ini dengan menghasilkan dalam bentuk pil.

Terdapat dua cara untuk menghasilkannya iaitu :-

1. Kulit buang manggis ini adalah dengan mengambil  kulit bahagian dalam buah manggis dan dijemur sampai kering dan ditumbuk atau di kisar dijadikan serbuk dan kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.

ataupun


Ambil kulit itu dan hiris nipis-nipis macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila-bila masa perlu, ambil air panas dan masukkan 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

ataupun

  Ambil bahagian dalam kulit manggis dengan sudu dan pastikan tidak terkena bahagian kuning kulit kerana ianya pahit.Selepas itu,masukkan ke dalam pengisar dan tambah air serta madu.Nak bagi sedap lagi tambah ais kuib dan kisar bersama hingga sebati.Setelah siap dan kemudian tapis airnya dan boleh minum selepas itu.Pasti enak.jus kulit manggis buatan sendiri.


Selamat Mencuba.



Salah satu punca pasukan Kelantan tewas dengan pasukan Pahang Piala Malaysia 2013

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Admin ada terbaca kenyataan seorang budak di facebook di page Dunia CacaMarba sewaktu sebelum perlawan akhir antara pasukan Kelantan dan Pahang tempohari.Jika anda membaca kenyataan bodoh Daniel hakim yang  mulutnya cukup celupar hingga sanggup mempertaruhkan nyawa ibubapa sendiri kerana bola sepak. Sepatutnya orang seperti Danial Hakim  ini patut ditangkap oleh pihak polis kerana membuat ugutan bunuh kepada ibubapanya sendiri.

Walaupun kita boleh menjangka kenyataannya yang dibuat di facebook sekadar bergurau namun dari segi moral adalah satu tindakan biadap kepada ibubapa sendiri.Sepatutnya budak ini patut kena tindakan sewajarnya sebagai hukuman di atas tindakannya itu.Bayangkan kalaulah ibubapanya sendiri membaca kenyataan ini....macamana perasaaan mereka? Admin sendiri pun ada juga terdetik di hati harap Kelantan kalah kerana takut budak gila kotakan janji jika Kelantan menang. Maklumlah di Malaysia banyak muda mudi yang sakit mental.



Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Pasukan Pahang yang berjaya menewaskan Pasukan Kelantan 1-0. Serious, boleh nampak tertekannya  ahli pasukan Kelantan pada saat-saat kritikal sebelum habis tempoh masa ke-2.Bagi saya perlawanan kali ini nampak adil sebab ianya dibuat di Stadium Shah Alam, Selangor. Bukan di Kelantan, dan bukan juga di Pahang.Tahniah juga kepada Jurulatih mereka, Dollah Salleh dan Pengurus mereka Zainal Abidin Hassan yang berjaya membimbing Pasukan Pahang dengan baik.

Kepada Penyokong Kelantan, tak usah bersedih hati. Mungkin tuah tiada pada tahun ini. Semoga anda berjaya di tahun yang akan datang.Kepada peminat pasukan JDT Johor yang kini mengutuk Kelatan tewas 1-0 di tangan Pahang Usahlah bergaduh pasal bola wahai peminat bolasepak Malaysia...sudah adat permainan menang atau kalah.kalau kalah usaha dengan gigih lagi tahun hadapan ok.

http://inagist.com/all/397181701043933184/

Atasi masalah This Connection Is Untrusted” message dalam firefox web browser

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Admin hari ini nak berkongsi masalah yang dialami sendiri apbila setiap kali buka website guna web browers Firefox akan keluar massage ini :This Connection Is Untrusted” .Bagaimana untuk menghilangkan mesej ini dalam pelayar Firefox? Jika anda hanya mencari untuk menghentikan Firefox daripada memaparkan pemberitahuan amaran ini dan menghilangkan masalah massage ini , di sini adalah satu tip yang anda boleh cuba di mana ianya berkesan mengatsi masalah saya ini :

Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang disebutkan di atas untuk menyelesaikan isu ini. Jika ralat masih muncul dalam Firefox anda selepas cuba mereka keluar, hanya meninggalkan komen di bawah untuk beritahu saya.

Semak tarikh dan masa sistem komputer anda .
kali sistem yang salah akan mencetuskan segala kesilapan sijil. Apabila sistem tarikh dan masa adalah tidak betul, anda akan berjumpa dengan mesej seperti di atas. Jadi, untuk memastikan data dan masa yang ditetapkan dengan betul.

Selamat mencuba.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca