Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Menjual darah derma orang ramai satu pain RM 600 kepada pihak swasta membawa padah

Hanya disebabkan terpengaruh dengan rakan kerana mahu hidup mewah, saya sanggup melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab hingga menggadai masa depan dan kerjaya yang dibina selama ini,” kata penghuni Penjara Pokok Sena, Nor (bukan nama sebenar), 27, yang dijatuhi hukuman penjara 19 bulan sejak April lalu selepas didapati bersalah bersubahat dengan rakan sekerja menjual pelbagai darah disumbangkan orang ramai kepada hospital swasta.

Nor yang pernah bertugas di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang berkata, dia menjadi rambang mata apabila mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM3,000 menerusi akaun banknya setiap kali menjual darah bersama rakannya kepada sebuah hospital swasta di negeri sama.
“Pada mulanya saya tidak berminat bersubahat dengan rakan sekerja kerana menyedari perbuatan itu salah, namun desakan dan pengaruh rakan sekerja membuatkan saya mengambil jalan pintas untuk hidup senang hasil jualan bekalan darah.

“Setiap kali ada program menderma darah atau sebagainya di hospital, kami akan mengasingkan beberapa pek darah sama ada jenis A, AB dan O ke kotak lain untuk dijual kepada pihak lain.

“Biasanya kami dapat menjual satu pek bersamaan 450 pain pada harga RM600. Sejak itu, saya mula terjebak dengan kegiatan ini kerana mahu hidup senang dengan cara mudah,” katanya ketika ditemui dalam Program Jalinan Kasih Sempena Aidiladha, di sini, semalam.

Menurutnya, ada kalanya baki wang dalam akaun banknya mencecah RM13,000 hasil daripada jualan darah.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Satu hari Jabatan Audit membuat pemeriksaan di Unit Bekalan Darah dan mendapati dalam rekod tidak sama dengan jumlah sebenar.

“Pihak pengurusan kemudian menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan saya dan rakan yang melakukan perbuatan keji ini. Saya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.

“Kini saya menyesal terhadap perbuatan itu kerana kerjaya saya musnah sekelip mata gara-gara ingin hidup mewah,” katanya yang gembira dapat bertemu dan memeluk ibunya yang datang melawatnya.

Sumber

Rentetan Kisah Syasya " Macam Cantik jer"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kecanggihan internet masakini dan kemudahan video melalui smartphone seolah menjadi fenomena budak-budak remaja sekarang upload video sendiri ke internet tanpa mengetahui natijah yang bakal dihadapinya nanti. Kebanyakannya video di upload hanya untuk syok sendiri, cari pasal, ngutuk orang dan luahan perasaan.Tapi harus diingat, jangan sampai teknologi itu digunakan untuk tujuan yang salah hingga membabitkan maruah orang lain ataupun keluarga sendiri.

Sebelum ini tagline Comel Kak Ton ! mula menjadi sebutan / ajukan oleh rakyat Melaysia. Selepas reda tagline kak Ton muncul pulak tagline Listen! Listen ! Listen !  selepas itu video bini mat Yo dengan tagline aku tak bodoh aku tak dayus menjadi sebutan ramai. Terbaru muncul video budak Syasya dari segi percakapan macam budak loghat Utara dan Siam yang mengupload video sendiri yang memberi testimoni  memakai kontek lens.Video ini bagaikan pisang panas apabila mimik muka dan percakapan Syasya menjadi ajukkan ramai orang.Natijahnya tidak semua menyukai dan ada yang memberi komen negatif walaupun video itu hanya sekadar suka-suka sahaja.namun semuanya sudah terlambat.

 Admin bersimpati dengan si Syasya nie...nasihat admin kepada si adik Syasya berhati-hati apabila upload video sendiri ke alam maya.bukan semua seorang suka tindak tanduk kita.Bukan semua ok. Apa-apa pun admin puji sebab berani memohon maaf di atas video itu walaupun jika dilihatkan video itu tidaklah seteruk mana pun jika dibandingkan video lucah. budak melayu di internet. Tak apa lah adik Syasya lepas jangan buat lagi noo..kalau upload nyanyi lagu Siam tak pa aihh..nanti orang puji hampa balik...:)

RENTETAN KISAH SYASYA LEGOLAND 


Video Syasya Yang menjadi Konterversi


SYASYA MEMBELA DIRI DENGAN MEMBERI PENJELASAN TENTANG VIDEO DI ATAS



AKHIRNYA SYASHA MENGALAH DENGAN KOMEN-KOMEN DARI PENONTON DENGAN MEMINTA MAAF

Kelebihan simpanan tabung haji yang anda tidak ketahui selama ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda menyimpan wang simpanan di dalam Buku Akaun ASB atau Buku Akaun Simpanan Tabung Haji? Pada pendapat anda mana lagi bagus? Menyimpan di dalam ASB atau Tabung Haji?

 Pada tahun lepas iaitu 2012, Tabung Haji telah memberikan 6.5% bonus tahunan dan 1.5% bonus khas kepada pendeposit mereka. Walaupun tak sebesar jumlah anda boleh dapat jika simpan di dalam ASB, tetapi Tabung Haji? ada kelebihan tersendiri yang mampu menyaingi ASB.

Prestasi Dividen Simpanan di Tabung Haji :-

* 1998: 8.00,
* 1999: 8.00,
* 2000: 5.50,
* 2001: 3.25,
* 2002: 3.50,
* 2003: 4.00,
* 2004: 4.30,
* 2005: 4.50,
* 2006: 4.75,
* 2007: 5.00, Bonus=2.00,
* 2008: 5.00,
* 2009: 5.00,
* 2010: 5.50,
* 2011: 6.00,
* 2012: 8.00,



Berikut adalah 7 kelebihan dan faedah menyimpan di Tabung Haji yang anda patut tahu sebelum menyimpan di dalam Tabung Haji:

Kelebihan menyimpan di Tabung Haji:-
  •     Berlandaskan syariah Islam
  •     Suci
  •     Dividen kompetitif
  •     Zakat Perniagaan dibayar
  •     Dikecualikan cukai
  •     Dijamin oleh kerajaan
  •     Pengeluaran tanpa had
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pendeposit yang berurusan di kaunter Tabung Haji  adalah :
a) Pembukaan Ahli Baru

  •     Simpanan permulaan RM2.00
  •     Dokumen pengenalan diri yang sah
  •     Akaun Dewasa
  •     Berumur 12 tahun ke atas
  •     Akaun Kanak-Kanak :-
  1.         Di bawah umur 12 tahun mengikut tarikh lahir
  2.         Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
  3.         Penjaga adalah pendeposit TH
  4.         Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)

b) Simpanan ( Tiada Had Simpanan)
  •     Tunai dalam Ringgit Malaysia (RM)
  •     Bukan Tunai - Cek, Bank Draft, Bankers' Check

c) Pengeluaran wang simpanan
  •     Had maksimum tunai RM10,000 tunai sahaja
  •     Had pengeluaran melebihi RM10,000 boleh dilakukan di TH Negeri dan Ibu Pejabat TH sahaja   

d) Pendaftaran Haji

Pendaftaran haji terbahagi kepada Pendaftaran Haji Di Dalam Negara dan Pendaftaran Haji Di Luar Negara.

Untuk mendaftar haji,
Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun, atau; Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00. Sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang terkini ke kaunter untuk mendaftar haji. Sila rujuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan soalan lazim yang disediakan oleh KWSP dan sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

 Kesimpulannya, marilah kita sama-sama  menabung di Tabung Haji,di samping tanam keinginan nak tunaikan rukun Islam,dpt jugak diniatkan membantu Tabung Haji utk membangunkan ekonomi umat Islam.secara amnya.

Mudahnya simpan duit tabung haji melalui Cimbclicks hanya RM0.50 setiap transaction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kita boleh transfer duit ke  Maybank2u tetapi pihak bank akan charge RM1.50 bagi setiap transaksi. Kali pertama saya cuba buat transaksi ini guna Maybank membuatkan saya cukup terkejut dengan kadar charge yang dikenakan.

Laptop terbaik untuk penuntut IPTA/IPTS dengan harga bawah RM1000.00

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ceritakan pengalaman serba sedikit pasal beli laptop baru pada 19 Oktober 2013 untuk kegunaan adik ipar  untuk sambung belajar di Melaka . Dengan budget yang ada yang bawah RM1200.00 dengan harapan akan dapat satu laptop yang sesuai untuk kegunaan penuntut IPTA berasaskan hanya kepada penggunaan MS Office sahaja.Sebenarnya admin tidak beberapa tahun teknologi terkini laptop,jadi admin terpaksa buat survey kat Ipoh dulu..mula ke RedCom Ipoh dekat Jaya Jusco.PC Depott,TESCO dan akhir sekali kat YiK Foong selepas pilihan yang disajikan luar dari budjet asal.

Admin tengok kat Yik Foong kebanyakkan menjual laptop jenama Lenovo.Tinjau punya tinjau sampai Max Computer tingkat 2 rasanya.Salesman budak Melayu...boleh tahan penerangan yang diberikan dengan budjet yang diberi.Mamat tadi rekomen Lenovo G400s dengan harga RM 1089. Admin cakap KIV dulu sebab nak pusing satu tingkat nak buat bandingan harga. dulu. Akhirnya admin kembali kat mamat tadi tetapi telah diganti oleh budak perempuan melayu budak Poli Ungku Omar ambik bidang Programmer yang buat part time kat kedai situ. Runding punya runding dapatlah free upgrade RAM jadi 4gb,free wireless mouse,screen protector,keyboard protector dan admin ambik Extra warratty 2 tahun dengan tambah RM 150. Jumlah keseluruhan RM 1289.Tapi apa yang terkilannya mamat tuh cakap waktu jual Intel Pentium Dual Core 1.9ghz, rupanya bila balik rumah tengok kat internet rupanya Intel Celeron Dual Core..Frust juga la sebab kalau dibandingan dengan pentium dan celeron..laju lagi pentium.

Apa-apa pun benda dah terjadi.Lain kali sebelum hendak mencari laptop perlua da pengetahuan serba sedikit komputer/laptop supaya tidak kena kelentong harga satu hal..kena kelentong spec pun satu hal.Sebenarnya admin tertarik dengan satu laptop dengan kedai tuh...ada salesgirl India jual.brand Toshiba Interl Pentium 2.4 ghz harga dalam RM 1399 rasanya warantty 2 tahun dengan window 8 original dan lagi satu kedai RedCom Toshiba juga dalam RM 1089 tetapi spec tidak pasti.Tetapi disebabkan Lenovo ini asal company IBM memang terkenal dengan komputer zaman zaman disket dulu setentu kualiti dijamin.Jadi akhirnya keputusan Lenovo G400s jadi pilihan.



 Lenovo G-Series G400S 14 inch Intel Celeron Dual-Core 1.9GHz LNV-59392002 Notebook

Specifications superbuy:XME1415
Processor Intel Celeron Dual-Core 1.9GHz Processor ( 2M Smart Cache )
Memory 2GB DDR3 RAM
Storage 500GB Serial - ATA Hard Disk
Graphics Intel HD Graphics
Optical Drive DVD Writter
Display 14" HD Display ( 16:9 ) Wide Screen
Camera Integrated Web Camera
Communications WiFi 802.11b/g/n, Ethernet Port
Ports 2 x USB 3.0 Port
1 x USB 2.0 Port
1 x HDMI
1 x VGA
1 x Headphone / Microphone Combo
Card Slot Multi in One Card Reader
Weight 4.85 lbs (2.2 kg)

 Kesimpulannya, tercapai juga hasrat cari laptop budjet murah.Disebabkan masa suntuk dan keletihan admin rasa Lenovo G400s adalah yang terbaik setakat ini. Hanya untuk kegunaan buat kertas kerja dan hiburan yang ringan rasanya cukup berbaloi untuk dimiliki. Agak-agak berbaloi tak dengan pembelian dengan harga RM1089. Sila tinggalkan komen anda.terima kasih.



















Aeril Zafrel sanggup tanggung dosa Wawa Zainal tanggalkan tudung demi lakonan?

Semasa sidang media di mana Wawa Zainal dan Airel Zafrel mengumumkan status perkahwinan mereka Jumaat lepas, Wawa dilihat mengenakan tudung dan baju kurung. Timbul persoalan di kalangan pihak media dan juga orang awam sama ada Wawa sudah berhijrah atau bertudung sepenuhnya.
Sinar Harian telah mendapatkan komen Wawa tentang perkara tersebut, dan pelakon itu memberitahu dia belum bertudung sepenuhnya.

Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi.

Siapa Golongan Dayus? Adakah ianya seperti insiden yang dilaung-laungkan oleh bini Mat Yo kepada Pak Guard tempohari ?
Mengapa neraka tempatnya bagi golongan dayus?  
Golongan dayus ini sama ada:
- seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna;
- seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka;
- Penjaga (tuan) yang membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat.
Ini bermakna suami atau ketua keluarga tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri atau anak perempuannya atau pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah al-Tahrim:6 mengenai takrif “Ahli keluarga mu” .
MARILAH MENINJAU PERISTIWA MALAM ISRAK MIKRAJ
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Aku dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati Baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Berita Terkini : Maybank2u Online Masih Selamat dari Hackers Pakistan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru kecoh dekat Facebook dan ada juga sms berantai di telefon  yang meminta anda berjaga-jaga ketika membuat transaksi online di Maybank.Maklumat berbunyi begini:

“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”

Hari ini dalam kenyataannya, Malayan Banking Bhd atau Maybank menafikan laman web perbankan, Maybank2u,com.my menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan dalam laman sosial semalam.

Menurut kenyataan Maybank, ia memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari dan digunakan pelanggan.

Meskipun begitu, pengguna perlu berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.

Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:
  • Tidak mendedahkan kata laluan.
  • Kerap menukar kata laluan.
  • Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer.
  • Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah.
  • Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web.
  • Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
  • Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet.
  • Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
  • Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
  • Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online.
  • Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.

Pelancong Asing Cakap Malaysia Tidak Selamat ? Setujukah anda wahai rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera

Terbaca satu ruangan di mana pelancong asing yang pernah datang ke Malaysia untuk bercuti sambil melancong memberi testimoni tentang keadaan Malaysia.Rata-rata mereka memberikan komen yang tidak memuaskan.Hakikatnya memang tidak dinafikan Malaysia aman tetapi tidak selamat.Walaupun admin bukan warga bandaraya tetapi admin dapat rasakan kesukaran mereka terutamanya rakyat tempatan sendiri terpaksa berdepan dengan warga asing yang overdose (bukan datang untuk melancong tetapi bekerja) di samping genjala sosial yang ditimbulkan oleh mereka.Pernah ada di dada akhbar tempatan tentang aduan tingkahlaku warga asing yang bekerja di sini yang menganggu anak-anak gadis dan menggugat peniaga tempatan dan juga merampas peluang pekerjaan warga tempatan.

Dave Ramsay,6 Oktober 2013

Pada hari Sabtu (5 Oktober 2013) kami dirompak berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Kaedah rompakan ini adalah dengan meragut beg dan bila saya memusingkan badan, saya ditikam di dada dengan pisau. Ini adalah kaedah serangan dengan menikam dahulu kemudian baru merompak. Pada mulanya saya fikir saya telah ditumbuk, sahabat saya cuba mempertahankan beg beliau dan saya mula hendak membantu tetapi hanya untuk dikelar dengan pisau di lengan kanan saya - di saat itulah bila saya lihat darah memancut keluar dari dada saya, saya beritahu supaya beliau lepaskan begnya kerana kepala/leher beliau sangat hampir dengan pisau tersebut. Perompak tersebut melarikan diri dengan beg sahabat saya. Saya fikirkan kami mungkin telah menjadi sasaran kerana "orang tempatan yang ingin membantu" sebenarnya cuba menarik saya jauh.

Saya bersenam mengangkat besi 80kg dua kali seminggu, jadi otot dada saya telah mengurangkan penembusan pisau dan ia tidak melepasi pun sangkar rusuk saya. Saya rasa orang yang lebih kurus mungkin akan mengalami kebocoran paru-paru dan jika ia berlaku kepada sisi dada yang terletaknya jantung, lukanya pasti membunuh.

Untuk ke hospital mengambil masa selama 30 minit (HKL - sangat gembira dengan petugas di sana, kerja mereka bagus). Saya bertuah mampu berdiri di jalan untuk menahan teksi - beberapa mengelak bila melihatkan darah - dan akhirnya selepas ditolak (rejected) oleh sebuah hospital swasta akhirnya saya berjaya juga mendapatkan rawatan.

Pemerhatian :

Tiada polis di mana-mana di kawasan yang kelihatannya meragukan (saya rasa mereka mendapat habuan untuk menjauhkan diri), pengawal keselamatan di premis berdekatan tidak melakukan apa-apa... Sukar untuk mendapatkan bantuan orang ramai atau teksi. Serangan ini menilai nyawa manusia pada $1000, mangsa ditikam untuk dibunuh dahulu kemudian baru ragut.

Polis pelancong tidak menanyakan apa-apa tentang pelaku jenayah ini - ada tidak ada, apa yang mereka buat hanyalah mengeluarkan laporan untuk tuntutan insuran.... mereka tidak mempunyai niat untuk mencari penjenayah-penjenayah tersebut, langsung tiada menampakkan minat.

Seperti posting lain, pondok polis pelancong hanyalah tali sawat di mana mangsa masuk bertali arus.

Saya perhatikan, sepasang pelancong Korea yang baru sahaja dirompak hanya 100 meter di luar pondok polis tersebut, 6 orang anggota polis yang sedang menghirup teh langsung tidak memberikan perhatian.

Seorang lelaki dari Kota New York (New York City, NYC) yang datang 10 minit kemudian, rantai emas di lehernya telah diragut - beliau telah tinggal di Kota New York selama 32 tahun dan di Kuala Lumpur inilah pertama kali dalam hidupnya beliau dirompak.

Ikhlas saya katakan, saya rasa polis di Kuala Lumpur lebih keji dari penjenayah kerana mereka tidak efektif, tidak hadir dan sangat-sangat mungkin menerima habuan. Ahli-ahli politik adalah majikan polis dan saya hairan bagaimana mereka membuat sangat banyak duit.

Malaysia Truly Asia (kepala jubow, ini adalah lubuk jenayah)
KL = Killed by Locals (Dibunuh orang tempatan)

Tempat ini perlu dielakkan, sangat-sangatnya. Saya dah mengembara ke Afrika, Yaman, Asia Tenggara selama hampir 30 tahun sebagai back packer dan pelancong mewah. Saya bukanlah lelaki lembik yang kuat mengeluh, tapi saya benar-benar rasa Kuala Lumpur adalah tempat yang PALING BERBAHAYA saya pernah pergi memandangkan bilangan insiden yang telah berlaku dan kekerapannya... ianya epidemik (seperti wabak yang merebak).

Sumber

Vivian bakal berdepan kesalahan jenayah kerana Video Ingin Bunuh Diri. ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin bila tengok video terbarunya Vivian ini jika difahami dalam bahasa mudah ialah ingin bunuh diri.Terus admin menggeleng-gelengkan kepala dan berkata di dalam hati "mereka ini perlu bantuan pakar jiwa".Sejauh mana kebenaran video ini admin harapkan ianya tidak akan berlaku.

Bagaimana pasangan celebriti yang panas dengan isu-isu negatif menangani permasalahan yang dihadapi mereka secara positif. Melihatkan tingkah laku mereka sebelum ini,rasanya tiada siapa yang akan sudi memberikan simpati atas nasib mereka.Namun sebagai seorang insan kita tidak seharusnya membiarkan mereka bersendirian melakukan perkara-perkara yang akan memberi kesan kepada masyarakat.Bimbingan dan pemulihan emosi serta keinsafan di atas perkara yang lalu perlu ditanam di hati mereka.

Admin melahirkan rasa simpati kepada mereka ini kerana mereka memilih jalan yang salah untuk menamatkan rasa bersalah mereka dengan melahirkan hasrat membunuh diri.Admin pasti bahawa Vivian bakal berdepan dengan kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa kerana memuatkan video cubaan membunuh diri walaupun ianya satu luahan peribadi namun apabila diupload ke youtube ianya satu ancaman kepada masyarakat terutama kepada remaja yang mudah terpengaruh video tersebut untuk melakukan perkara yang sama sebagai penyelesaian masalah.

DIANGGARKAN sebanyak 2,000 orang membunuh diri setiap tahun seperti yang pernah diumumkan oleh mantan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek tidak lama dulu.Antara lain punca seseorang itu membunuh diri adalah kemiskinan, kehilangan orang yang tersayang, keruntuhan dalam perhubungan seperti perceraian. Penyalahgunaan dadah, kegagalan akademik dan latar belakang keluarga juga menyumbang kepada tindakan nekad membunuh diri.

Video Vivian Yang dikatakan ingin membunuh diri


Persoalannya adakah membunuh diri itu satu kesalahan jenayah? Bolehkah orang yang melakukannya dikenakan tindakan undang-undang?

Suicide atau membunuh diri adalah suatu perbuatan di mana seseorang itu menamatkan hayatnya atau nyawa sendiri. Hal ini sememangnya ditegah oleh undang-undang kerana nyawa adalah kurniaan Tuhan dan tiada siapa pun boleh mengambilnya tanpa sebarang justifikasi. Lantaran itu apabila seorang pembunuh didapati bersalah dan dihukum bunuh, maka menamatkan nyawa pesalah itu tadi adalah satu tindakan yang ada justifikasi undang-undang. Sebaliknya orang yang mengamuk dan tanpa sebarang dalihan yang sah menembak mati sekumpulan pelajar adalah melakukan dengan tiada justifikasi dan boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Kanun Keseksaan tidak memperuntukkan sebarang kesalahan bagi perbuatan membunuh diri tetapi hanya wujud kesalahan bagi perbuatan cubaan membunuh diri dan kesalahan membantu orang membunuh diri.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Lazimnya undang-undang hanya akan menghukum bagi kesalahan melakukan jenayah sepenuhnya. Lain pula dalam perkara membunuh diri ini. Jika seseorang yang melakukan perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan. Lantaran itulah tiada terdapat sebarang peruntukan bagi menjadikan perbuatan membunuh diri sebagai suatu jenayah yang boleh didakwa di mahkamah keadilan di Malaysia.

Dalam setiap jenayah ada peringkat perlakuan yang mana undang-undang boleh dibuat bagi mengenakan tanggungan jenayah. Dalam konteks membunuh diri jika telah sampai ke peringkat pelaksanaan dan orang itu berjaya, maka undang-undang masih tidak mewujudkan kesalahan bagi perbuatan itu. Ini memandangkan si pembuat itu telah pun menamatkan nyawanya sendiri.

Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.

Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkan orang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patut diakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.

Bagaimanapun, jika dapat dibuktikan daripada keterangan fakta bahawa seseorang itu baru dalam peringkat membuat persiapan, maka dia tidaklah jatuh dalam Seksyen 309.

Misalan I: Akong mahu membunuh diri, dia membeli sebilah pisau dan seutas tali. Dia menulis sepucuk surat dan meletakkannya di atas meja di rumahnya. Sedang Akong bersiap untuk melilitkan tali dan menggunakan pisau yang masih dalam bungkusan Kitam ternampak dan menegah. Ini baru peringkat persiapan dan masih belum sampai ke tahap percubaan.

Misalan II: Akong telah membeli pisau dan tali. Selepas mengikat tali di tiang rumahnya dan juga telah memegang pisau yang baru dibeli itu. Semasa menikam dadanya pisau itu patah. Akong hanya terluka sedikit dan Kitam pun tiba untuk menyelamatkannya. Ini telah sampai peringkat percubaan. Ia adalah salah di bawah Seksyen 309.

Manakala Seksyen 306 Kanun Keseksaan menyebut; Jika mana-mana orang membunuh diri, sesiap sahaja membantu (abets) perlakuan membunuh diri itu hendaklah dihukum penjara maksimum sepuluh tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Dalam kesalahan ini orang yang membunuh diri itu mungkin tidak berapa pasti mahu membunuh diri ataupun mungkin tidak berat mahu melakukannya tetapi si pembantu tadi telah datang dan memberi khidmat dalam apa cara sekalipun sama ada mempermudahkan atau mendorong atau menggalakkan. Ini jika mengakibatkan orang tadi membunuh diri maka si pembantu boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen tersebut.

Bagaimanapun, jika seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan tiada upaya untuk berfikir sendiri demi kebaikan, atau mana-mana orang yang mabuk telah membunuh diri ekoran daripada sumbangan pembantu tadi maka si pembantu tersebut boleh dihukum di bawah seksyen ini. Hukumannya adalah mati atau penjara tidak kurang dari 20 tahun dan juga denda.

Hukuman berat ini memandangkan kategori orang dalam Seksyen 305 ini adalah orang yang bawah umur dan keadaan mental yang kurang upaya. Maka melakukan sesuatu sehingga orang itu menamatkan nyawanya adalah suatu perbuatan terkutuk dan tidak boleh dimaafkan. Sedangkan orang yang cukup sifat dan sihat tubuh badan adalah bertanggungjawab untuk melindungi orang yang lemah dan kurang upaya. Oleh itu, hukuman yang berat adalah dikenakan terhadap orang yang tidak berperikemanusiaan ini.

Oleh: A. HALIM SIDEK
PENULIS adalah seorang pakar Undang-Undang Jenayah, Kriminologi dan Keadilan Jenayah dan kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, UiTM.

Budjet Bawah RM 800 antara Lumia 720 VS Sony L? Mana pilihan anda

Sebenarnya admin masih tercari cari smartphone yang betul mampu dimiliki tanpa keluar duit sampai beribu-ribu walaupun hanya mampu memiliki Huawei G600 seperti post admin yang lalu .Walaupun terdapat kamera digital yang murah lagi berkualiti dan kecil yang mampu memenuhi keinginan bergambar pada setiap masa.Tetapi sejauh mana kamera digital akan diusung setiap minit,jam dan hari dalam kehidupan seharian kita?Jarang bukan kecuali handphone?

Handphone ini ibarat sebahagin hidup atau jantung kita dan kita akan bawa walaupun ke tandas sekalipun bukan..hehehehe. Jadi adalah wajar handphone kita memiliki kamera yang setanding dengan kamera digital yang mampu mengambil gambar dalam pelbagai situasi sama ada imej pegun,objek bergerak ataupun suasana malam dengan baik.Itu sebabnya admin cukup fanatik dengan Lumia 928 yang ada Xenon Flash ataupun Lumia 1020.Tapi sayangnya ianya bukan OS Android.tetapi Windows Phone 8.Cuma admin harapkan Sony/Samsung/LG akan keluarkan smartphone yang ada xenon flash yang akan memberi saingan kepada Nokia dalam persaingan harga yang lebih kompetetif.Tetapi harus diingatkan bahwa setakat ini Xenon Flash yang dikeluarkan oleh Sony dan Nokia adalah berkualiti setanding dengan kualiti flash kamera digital berbanding jenama lain.

Agak panjang mukadimah post ini..hahahha. oklah kita berbalik kepada cerita kita.Admin mencari cari smartphone yang budjet sedang sedang yakni bawah RM800 dan terjumpa 2 smartphone ini iaitu Lumia 720 dan Sony Xperia L.Mari kita lihat yang manakah lebih berbaloi dimiliki dengan fokus aspek fotografi sebagai keutamaan.

PERBANDINGAN ANTARA LUMIA 720 VS SONY XPERIA L
 
Lumia 720

Sony Xperia L



ASPEK SKRIN LAYAR
Nokia Lumia 720 menggunakan layar IPS LCD dengan resolusi 480 x 800p dan kerapatan layar 217 ppi.

Sony Xperia L memiliki layar dengan luas 4,3 inci FTT LCD dengan resolusi sedikit lebih besar dibandingkan Lumia 720, yaitu 480 x 854p. Ia memiliki kerapatan piksel 228 ppi.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang dari saiz skrin

PROSESSOR
Xperia L dan Lumia 720 menggunakan prosesor yang sama, iaitu Qualcomm dua inti Krait 1GHz. Keduanya dibekal unit pemrosesan grafis (GPU) Adreno 305. Namun, versi chipset prosesor yang digunakan adalah berbeza: di mana Xperia L memakai varian MSM8230 dan Lumia 729 versi MSM8227.
Kesimpulan :  Seri


SISTEM OPERASI
Lumia 720 menggunakan platform Windows Phone 8 milik Microsoft. OS ini hanya memiliki aplikasi lebih 150 ribu --jumlah yang sedikit jika dibandingkan Google Android yang tersedia aplikasinya mencapai lebih 700 ribu dan Sony Xperia L menggunakan OS Android 4.1.2 Jelly Bean versi terkini.
Kesimpulan :  Kalau berdebat isu OS,setahun tak habis.Jadi terpulang kepada individu pilihan OS yang diminati.Sama sama ada kelebihan dan kekurangan.

RAM
Nokia membenamkan RAM 512 MB pada Lumia 720. Sedangkan Sony menggunakan RAM 1 GB untuk memacu Xperia L.
Kesimpulan :  Sony Xperia L mempunyai kelebihan berbanding Lumia 720 walaupun dikatakan 512Mb sudah cukup smooth namun kita perlu padang jauh dengan aplikasi yang semakin berat mungkin 512mb makin tidak relevan.Setakat ini Smartphone OS android dengan minima 1Gb RAM adalah wajib dan kurang daripada itu adalah tidak mencapai kehendak masa ke hadapan..


KETAHANAN BATERI
Lumia 720 memiliki kapasitas bateri lebih besar, iaitu 2000mAh dibandingkan Sony Xperia L yang hanya 1759mAh.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang dari segi ketahan bateri

SAIZ DAN BERAT
Lumia 720 berdimensi bodi 127,9 x 67,5 x 9,0 milimeter dengan berat 128 gram.Xperia L memiliki dimensi bodi 128.7 x 65,0 x 9,7 milimeter. Badannya yang lebih besar membuat ia lebih berat dengan 137 gram.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang lagi

KONEKTIVITI
Keduanya memiliki konektivitas NFC, Bluetooth (Lumia versi 3.0 dan Xperia L versi 4.0 dengan A2DP), Wi-Fi. Xperia L memiliki slot micro USB versi 2.0.
Kesimpulan :  Seri

STOR PENYIMPANAN
Keduanya memiliki ruang penyimpanan internal 8 GB dan ada slot microSD. Lumia 720 slot microSD ditambah hingga 64 GB dan Xperia L hanya  di 32 GB
Kesimpulan :  Lumia 720 menang lagi

KAMERA
Lumia menggunakan kamera resolusi 6,1 megapiksel dengan lensa eksklusif Carl Zeiss dan kamera depan 1,3 megapiksel yang bisa merakam video HD manakala Sony Xperia L memakai lensa kamera yang  resolusi 8,0 megapiksel dengan sensor Exmor R dan saiznya aperture f/2.4. Namun, kamera depan masih menggunakan VGA.Apa yang hebat tentang Lumia 720 sensor kamera ialah saiznya aperture f/1.9 yang merupakan antara terbesar di antara smartphone di pasaran. Bukaan aperture f sebesar ini membolehkan lebih cahaya jatuh ke atas sensor kamera, yang sebaliknya akan lebih kaya gambar cahaya yang rendah dan cepat memberi tumpuan sebagai lebih cahaya jatuh pada sensor.
Kesimpulan :  Seri. Kualiti imej bukan dikira melalui jumlah megapixel sebenarnya tetapi dilihat dari kualiti lensa dan juga enjin pemprosesannya.Jadi jangan terpedaya dengan helah mereka lagi tinggi megapixeladalah lebi baik kualiti gambar. Bullshit !!! 

Contoh  sample gambar,anda boleh lihat di link di bawah:-

Nokia Lumia 720

http://gizmoreport.com/nokia-lumia-720-low-light-photo-captures/

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151440616936523.1073741829.143841031522&type=3

http://unleashthephones.com/2013/05/22/nokia-lumia-720-high-end-camera-performance-on-a-budget/

Sony Xperia L

http://www.expertreviews.co.uk/smartphones/1299982/sony-xperia-l

http://www.notebookcheck.net/Review-Sony-Xperia-L-Smartphone.95210.0.html


Kesimpulannya, secara mudah kita melihat Lumia 720 menang di atas kertas.namun bersediakan kita untuk bertukar OS.Bagi yang point base memilki handphone kerana games mungkin sukar nek beralih OS.tetapi bagi pengguna biasa fokus pada sms,internet dan fotografi mungkin ada baiknya ada bertukar citarasa. Bagi admin kalau ada budjet sekali pun admin akan pilih android kerana takut menyesal kemudian hari.Akan tetapi kalau admin dapat free Lumia 720, ingin juga merasa keebatan WindowPhone 8 yan dikataka  super smooth  dari android.

Kenapa Lumia 928 Xenon Flash Lebih berbaloi dibeli berbanding Lumia 925 Double LED ?

Nokia Lumia 928 dan Nokia Lumia 925 adalah high-end smartphone yang dibangunkan oleh Nokia yang menggunakan sistem operasi Microsoft 's Windows Phone 8. Lumia 928 adalh  hasil upgrade dari Nokia Lumia 920 .

Ianya telah diumumkan pada 10 Mei, 2013 merupakan  telefon pintar eksklusif  untuk syarikat Verizon dengan perjanjian kontrak dua tahun untuk $ US 99,99 di Amerika Syarikat.  Nokia Lumia 928 tidak akan dikeluarkan pada mana-mana negara lain, kecuali Kanada. Pihak Nokia turut mengumumkan Nokia Lumia 925   pada 14 Mei, 2013 untuk pasaran global.

Adalah satu yang mengecewakan apabila Nokia Lumia 928  dibekalkan dengan Xenon Flash bagi pelanggan  eksekulif Verizon  sedangkan Lumia 925 hanya dibekalkan double LED bagi pasaran global. Nampak macam tidak adil sekali.

Lumia 928 Xenon Flash
Lumia 925 Double LED Flash

Berikut adalah perbandingan antara Nokia Lumia 928 dan Nokia Lumia 925.

Dari segi connectivity, Lumia 925 adalah baik specced dan termasuk NFC, 3G/HSDPA, 802.11a/b/g/n Wi-Fi dan Bluetooth 3.0 dengan sambungan A2DP. Ia juga boleh mempercepatkan untuk kelajuan 4G manakala Nokia Lumia 928 juga dilengkapi dengan NFC, 3G/HSDPA/CDMA2000 1xEV-DO, 802.11a/b/g/n Wi-Fi dan Bluetooth 3.0 dengan A2DP/EDR sebagai standard. Ia juga menikmati  kelajuan 4G.

Dari segi berat dan saiz pula, saiz Lumia 925  ukuran 129.0 x 70.6 x 8.5mm dan dan Lumia 928 ukuran 133.0 x 68.9 x 10.1mm . Lumia 928 adalah 1.6mm gemuk daripada Lumia 925. Jika berat  adalah satu isu, maka Lumia 928 lebih berat iaitu 162g, manakala Lumia 925 adalah 139g.

Dari segi kamera dan video, Lumia 925 yang 8.7 MP kamera ciri autofocus, Carl Zeiss Tessar f/2.0, 26mm Benar 16:09 optik, PureView teknologi, sentuhan fokus, geo-tagging, dual LED flash, penstabilan imej, Nokia mod Smart Camera dan rakaman video 1080p . Untuk panggilan video, ada juga yang kedua, yang dipasang di depan kamera tertinggi pada 1.3 Megapiksel.Kamera Lumia 928 adalah sama dengan spec Lumia 925 cuma perbezaan dari segi.mempunyai Xenon Flash dan kamera depan mempunyai lensa 1.2MP berbanding  1.3MP di Lumia 925, dan menggunakan .

Dari segi paparan, Lumia Nokia 925 adalah 4.5-inci sentuh sensitif paparan ClearBlack AMOLED dengan resolusi 768 x 1280 piksel. Skrin mempunyai 983.040 piksel dalam jumlah, memberikan penarafan 331,778 piksel per inci manakala Lumia Nokia 925 mempunyai 4.5 inci paparan ClearBlack AMOLED dengan resolusi dipetik 1280 x 768 piksel. Its Pixels Per Inch rating (PPI) adalah 331,778.Sentuhan sensitif skrin ClearBlack AMOLED pada Lumia 928 adalah saiz yang sama. Resolusi skrin adalah sama - 768 x 1280 piksel.

Dari segi prosesor, Lumia 928 dan Lumia 925 mempunyai persamaan dari segi 1.5GHz dual core Qualcomm MSM8960 Snapdragon vs 1.5GHz dual core Qualcomm MSM8960 Snapdragon ...

Dari segi stor penyimpanan? Nokia Lumia 925 ciri-ciri 16GB penyimpanan. Bagi Nokia Lumia 928, ia mempunyai 32GB penyimpanan. Tiada slot pengembangan pada Lumia 925, jadi penyimpanan tidak boleh dilanjutkan. Lumia 928 juga hilang slot pengembangan dan jadi pilihan simpanan kekal max 32GB.

Dari segi ketahanan bateri,mengukur hayat bateri bukanlah satu sains yang tepat. Tetapi Nokia mempunyai 13.0 jam masa berbual untuk Lumia 925, berbanding 16.3 pada jam untuk Lumia 928. Masa siap sedia 440 jam untuk Lumia 925 dan 541 jam untuk Lumia 928.

Lumia 928 dan Lumia 925 juga termasuk GPS / A-GPS, NFC, pecutan, giroskop, kompas digital, DLNA, Wi-Fi hotspot, percuma penyimpanan SkyDrive, Dolby Headphone bunyi dan reka bentuk logam. Sebagai perbandingan, Lumia 928 penuh dengan GPS / A-GPS, NFC, pecutan, giroskop, kompas digital, penyimpanan SkyDrive percuma dan pilihan pengecasan tanpa wayar

Jadi apa kekuatan sebenar Lumia 928 ? 

Sebagaimana admin begitu fanatik dengan handphone admin sebelum ini iaitu N82 dan N8 yang kedua-dua mempunyai Xenon flash. Kenapa Xenon Flash perlu ada pada setiap smartphone dan bukannya LED. .Kenapa ianya begitu penting sekali? Anda akan tahu jawapannya selepas melihat gambar di bawah ini.

Contoh Gambar 1 :-


Gambar pertama menggunakan Lumia 925 LED flash manakala gambar kedua menggunakan Lumia 928 Xenon Flash.

Contoh Gambar 2:-

 Seperti yang dijangka Xenon Flash pada Lumia 928 bertindak dengan cemerlang berbanding Lumia 925/920 yang mempunyai Double LED dalam aksi objek bergerak.

Jadi, pilihan mana gambar mana yang menjadi pilihan anda?



Nokia Lumia 925
VS
Nokia Lumia 928
Memaparkan
ClearBlack AMOLED 4.5 inci

ClearBlack AMOLED 4.5 inci
Resolusi
768 x 1280 pixels
(331,778 IHPR)

768 x 1280 pixels
(331,778 IHPR)
Papan kekunci
Tiada

Tiada
Processor
1.5GHz dual core Qualcomm MSM8960 Snapdragon

1.5GHz dual core Qualcomm MSM8960 Snapdragon
Software
Telefon Windows 8

Telefon Windows 8
Penyimpanan
16GB dalaman, tiada slot pengembangan

32GB dalaman, tiada slot pengembangan
Belakang
kamera
8.7 Megapiksel dengan autofocus, Carl Zeiss Tessar f/2.0, 26mm Benar 16:09 optik, PureView teknologi, sentuhan fokus, geo-tagging, dual LED flash, penstabilan imej, Nokia mod Smart Camera dan rakaman video 1080p

8.7 Megapiksel dengan autofocus, sentuhan fokus, Carl Zeiss Tessar f/2.0, 26mm Benar 16:9 optik, PureView teknologi, xenon flash, penstabilan imej optik dan rakaman video 1080p
Hadapan
kamera
Ya, 1.3MP

Ya, 1.2MP
4G
LTE

LTE
3G
3G/HSDPA

3G/HSDPA/CDMA2000 1xEV-DO
Wi-Fi
802.11a/b/g/n

802.11a/b/g/n
Bluetooth
3.0 dengan A2DP

3.0 dengan A2DP/EDR
Saiz
70.6 x 129.0 x 8.5mm

68.9 x 133.0 x 10.1mm
Berat
139g

162g
Bual
13.0 jam

16.3 jam
Siap sedia
440 jam

541 jam
Tambahan
GPS / A-GPS, NFC , pecutan, giroskop, kompas digital, DLNA , Wi-Fi hotspot, percuma SkyDrive penyimpanan, Dolby Headphone bunyi dan reka bentuk logam

GPS / A-GPS, NFC, pecutan, giroskop, kompas digital, penyimpanan SkyDrive percuma dan pilihan pengecasan tanpa wayar 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca