Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tips Download Youtube Video Bini Mat Yo Tanpa Software

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Admin nak berkongsi ilmu baru yang admin dapat dari kawan admin. cara nak download video Youtube tanpa software. Sebelum ini admin kalau nak mendownload sesuatu akan  menggunakan software download seperti IDM.Tetapi bagaimana komputer yang tiada software IDM tentu rasa susah bukan.

 Cara Download Video Dari Youtube

Cara Mudah Download Video Dari Youtube Tanpa Software :

1. Pilih Video yang akan di download. Misal saya pilih video dibawah ini. ambil URL yang seperti saya highlight warna merah :

(Perhatikan bagian yang saya lingkari)



2. URL awal : https://www.youtube.com/watch?v=dqgUZ-wgURA
Tambahkan ss di depan jadi seperti ini :-
https://www.ssyoutube.com/watch?v=dqgUZ-wgURA 
Klik Enter.

3. Jika anda dibawa masuk ke halaman seperti dibawah ini. Jangan panik ok!!!

Klik I understand the risk dan kemudian add acception.

4. Kemudian anda dibawa ke laman di bawah. Pilih salah satu link download pada bahagian di sebelah kanan anda.Pilihlah format yang berkenan di hati. Klik link yang dipilih.


5. Kemudian akan keluar tetaingkap baru seperti di bawah.

Lepas itu klik OK.

6. Tunggu download sehingga selesai.

Sandal Terapi Reflexology rawat penyakit kronik dari tapak kaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru baru ini tempat kerja admin didatangi oleh 2 orang jurujual menjual sandal urutan kaki Reflexology. Jurujual berceritalah tentang kelebihan kalau selalu memakai sandal ini. Harga sandal ini kalau diikutkan mahal dalam RM 59.00 tetapi syarikat ini tengah buat promosi dengan harga RM 19.90 sepasang.Admin ada cuba pakai..hmm boleh tahan..bila pakai lama-lama tapak kaki rasa sakit... Hahahaha..agaknya banyak penyakit kot..

Apa-apupun admin bukan mendapat sebarang komisyen so jangan salah faham pulak,sekadar berkongsi tentang sandal ini..Kebiasannya sandal urutan kaki kalau dipakai selalu  membawa manafaat kepada kesihatan seperti di berikut:-

Kebaikan menggunakan Sandal Reflexology

1. Membebaskan atau melegakan otot yang letih dan sakit
2. Meningkatkan peredaran darah.
3. Membuka kunci saluran tubuh.
4. Merangsang organ dalam tubuh lainnya.
5. Sebagai terapi tambahan bagi penderita Stroke.
6. Meningkatkan sistem indokrin secara normal dan membantu penyembuhan luka dan sakit pada tubuh dan pikiran.
7. Menghapuskan toksin atau racun internal dan menjaga kesehatan.
8. Merangsang metabolisme dan membantu anti-aging
9. Memperkuat fungsi penyembuhan.



Manfaat Sandal Kesehatan:

1. Memperlancar aliran darah
2. Membuat tubuh menjadi relax
3. Memperbaiki kesadaran tubuh dan jiwa
4. Memperlancar haid
5. Memperlancar kerja jantung, ginjal dll
6. Membantu pertumbuhan tubuh secara optimal
7. Dapat mengobati jenis penyakit antara lain: migrain, susah tidur, pegal-pegal, dan berbagai penyakit lainya.


Bagi yang berminat, admin ada google terjumpa iklan ini..so cuba try call


Kereta anda memerlukan alat Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer) untuk menjimatkan kos petrol?

Kenaikan harga minyak RON95 baru-baru ini cukup meresahkan rakyat Malaysia kerana impak kenaikan ini akan memberi kesan kepada harga barangan. Setiap kali harga minyak naik dan pada masa yang sama harga barangan termasuklah harga makanan dan minuma akan naik dan ia tidak turun harganya walaupun harga minyak telah turun. Inilah yang membimbangkan rakyat sebenarnya.

Namun bagi mereka yang berulang alik ke tempat kerja pada jarak yang agak jauh dengan menaiki kenderaan seperti kereta sudah tentu  budjet kos perbelanjaan minyak bulanan mereka. Bagi mereka yang mencari tips untuk menjimatkan petrol yang murah adalah dengan menggunkan alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Dari segi harga produk dinyatakan adalah dalam ratusan ringgit.

Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. Walaupun hakikatnya bila digoogle mendapti kos penghasilan alat ini sebenarnya jauh lebih murah. Mungkin kerana faktor pengesahan SIRIM dan warantty juga menyebabkan harga produk ini agak mahal.

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?

Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada outputalternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).

 Bagaimanakah alat Penstabil Voltan kereta (Voltage Stabilizer)boleh jimat penggunaan petrol?

Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.


Kesimpulannya, Penstabil Voltan kereta adalah sebahagian daripada aksesori kereta dan moto sebenarnya. Sejauh mana keberkesann Alat Penstabil Voltan kereta ini  apabila kita mencubanya sendiri…kalau kita tidak mencubanya kita tidak akan mendapat kesan apa-apa. Cara pengujiaannya dan ukurannya ialah ujian dengan mata kasar pada meter minyak kereta anda, lihat dan alamilah penjimatannya. Inilah cara yang paling mudah untuk mengesan keberkesanannya.




Kredit : azirock74.blogspot.com

Ustaz Azizan dalam Kenangan 25 October 1944 - 26 September 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Azizan disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Pada 6 Mei lepas, Azizan yang menghadapi masalah bengkak kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang keesokan harinya.Di Hospital Pulau Pinang, Azizan yang merupakan ADUN Sungai Limau terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, pada 14 Ogos lalu beliau dipindahkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.Sejak pukul 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Jerai Muzaini Azizan berkata, jenazah Azizan akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.00 petang ini.

"Jenazah kini dalam perjalanan ke Markaz PAS Pokok Sena. Semua urusan mandi dan mengkafan jenazah beliau dilakukan di hospital.
jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Kedah meninggalkan dua orang isteri dan 14 orang anak.




Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak merupakan bekas Menteri Besar Negeri Kedah 2008-2013. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina. Beliau banyak membangunkan negeri Kedah dengan program kerohanian dan aktiviti-aktiviti keagamaan.Kini beliau telah pergi buat selama-lamanya. Suatu kehilangan yang tiada gantinya.

Admin sebagai salah seroang anak jati negeri Kedah mengharap keluarga beliau supaya bersabar dan takziah diatas pemergian Ustaz Azizan. Mari kita sama-sama sedekahkan al fatihah kepada beliau semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

AL - FATIHAH.

Rentetan Kisah Isteri Penyerang Bolasepak Mat Yo hina,maki dan tendang pengawal keselamatan

Assalamualikum dan Salm Sejahtera.

Sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair. Video berkenaan dimuat naik menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya.

Walaubagaimanpun Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai.dengan perilaku negatif isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.Kejadian itu turut dirakam menerusi CCTV.

 Video ini dirakam oleh isteri Mat Yo kononnya untuk menyaman pak Guard ini yang menegurnya kerana meletak kenderaan kawasan larangan.

Berikutan video itu,saksi kejadian telah tampil memberi komen tentang kejadian itu seperti di bawah

Image :http://plbgaimacam.blogspot.com

Dan bagi memperkukuhkan dakwaan bahawa isteri Mat Yo yang bersalah dalm hal ini..

Komen dari Video Youtube

Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo


Video Temubual selepas kejadian


Report polis telah dibuat oleh pakcil Guard selepas insiden tersebut

Kesimpulannya, admin cukup tersinggung dengan perilaku isteri Mat Yo..cara percakapannya seolah satu penghinaan kepada rakyat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.Cukup terhina dengan gelaran dayus,bodoh dan sikap bongkak sebagai orang kaya raya terhadap orang yang miskin.Dan saya yakin isu ini memberi kesan negatif kepada Mat Yo sendiri dalam jangka masa panjang.

Apa pendapat anda ? Sila tinggal komen anda...

Tips memilih Wiper Kereta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper kereta  iaitu pengilap cermin kereta menggunakan jenis bingkai besi dan jenis soft wiper yang menggunakan getah silikon sepenuhnya

Tips Penjagaan Wiper Kereta Silicon ataupun getah supaya tahan lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda menhadapi masalah wiper yang cepat rosak dan seringkali berbunyi menyakitkan telinga apabila digunkan? Wiper yang anda beli berjenama jenis silicon tetapi tidak tahan lama? Sebenarnya tak kisahlah sama ada wiper jenis getah biasa atau silikon.

Alami senggugut setiap kali datang bulan, Scha Al-Yahya disahkan hidap tumor dalam rahim / endometriosis

Pelakon, pengacara dan model, Scha Al-Yahya disahkan menghidap ketumbuhan dalam rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."


“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."

“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”


Apa itu Senggugut?

Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.

Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid?
Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’:-
 
Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan factor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.

Dysmenorrhea Sekunder / Congestive Dysmenorrhea  lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan.


Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan. .

Senarai Anti-Virus Free Edition Terbaik melindungi Komputer anda

Assalamualaikum dan Salam Sekahtera.

Adakah komputer anda sering meragam dan tetiba shut down sendiri? Kemungkinan besar komputer anda tidak dilindungu oleh anti-virus yang kuat untuk menangkis serangan virus yang semakin membiak di dunia siber. Sememangnya virus selalu menjadi ancaman serius bagi setiap komputer terutama yang mempunyai internet dan ini seolah-olah kita hidup di dunia digital yang semakin gelap dan berbahaya yang dipenuhi dengan kejahatan. Apalagi setiap tahun selalu kemunculan virus-virus baru yang semakin canggih yang dapat mengancam keselamatan komputer kita.

Terdapat banyak virus berkeliaran di dunia siber seperti malware, trojan, worm, spamware dan masih banyak lagi yang sewaktu-waktu dapat masuk dan menjahanamkan komputer kita ketika menjelajah di internet.

Oleh itu,perlunya ada satu aplkasi antivirus untuk dipasang pada komputer masing-masing.Di sini saya memberikan 5 terbaik dari padangan mata saya iaitu :-

Avast! Free Antivirus 
Adalah pilihan baru saya atas yang terbaik perisian antivirus percuma berdasarkan perkembangan terkini. Avast telah semakin telah meningkatkan kadar pengesanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kini berada di kedudukan dengan beberapa yang terbaik. Avast mempunyai paling ciri-ciri semua antivirus percuma dengan penuh keupayaan masa sebenar termasuk laman web, e-mel, IM, perisai P2P dan rangkaian, imbasan but masa, dan penghalang tingkah laku. Versi 6 membawa lebih ciri-ciri termasuk laman internet penilaian plugin, skrip perlindungan malware dan ciri-ciri yang terhad (tidak boleh diubah) sandboxing. Ia diperdebatkan sama ada penilaian plugin mereka menawarkan tahap setanding dengan WOT, tetapi perlindungan malware skrip boleh menghalang eksploitasi pelayar tertentu, ciri-ciri yang tidak terdapat di mana-mana yang lain percuma yang AV. Walaupun kotak pasir adalah ciri keselamatan separa automatik yang sangat berguna, tetapan lalai melibatkan pop-up untuk bertanya sama ada perisian yang perlu untuk tidak dikotak pasir - untuk pengguna biasa yang biasa ini boleh menjadi sedikit mengelirukan walaupun ia boleh bersedia untuk kotak pasir perisian secara automatik . Avast juga agak ringan pada sumber. Perhatikan bahawa Avast memerlukan pendaftaran percuma untuk berfungsi selepas 30 hari, dan pemasangan lalai memasang pelayar Chrome.

Microsoft Security Essentials Microsoft Security Essentials
Adalah kegemaran saya dengan kadar pengesanan yang baik, terutamanya bagi rootkit. Malah yang lebih menarik adalah hakikat bahawa Microsoft Security Essentials mempunyai sangat sedikit positif palsu, adalah cahaya pada sumber dan baik di penyingkiran malware yang sedia ada. MSE adalah pilihan yang terbaik untuk pengguna purata kerana interaksi pengguna yang minimum diperlukan. Ia secara automatik kemas kini dan membuang ancaman. Tiada pendaftaran diperlukan, selain daripada yang cepat mengesahkan Windows, dan tidak ada skrin mengomel atau iklan.

Kelemahan utama adalah kelajuan imbasan perlahan dan jumlah panjang masa yang diambil untuk malware kuarantin, walaupun pada pendapat saya ini adalah kebimbangan yang agak remeh, sebagai contoh imbasan hanya dijalankan dalam sekelip mata. MSE juga tidak boleh didapati di negara-negara tertentu supaya pengguna tidak perlu mencari tempat lain. Perhatikan bahawa Microsoft Security Essentials memerlukan salinan tulen Windows untuk memasang.

Panda Cloud Antivirus Panda Cloud Antivirus 
Adalah percubaan yang berjaya Panda untuk melompat pada kereta muzik antivirus percuma. Bersama-sama dengan MSE, ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk pengguna purata dengan antara muka yang mudah dan ciri-ciri automatik sepenuhnya dengan pengemaskinian automatik dan penyingkiran malware. Tahap pengesanan biasanya sangat tinggi, tetapi menurut data ujian terkini, pengesanan ancaman hari sifar adalah sedikit lebih rendah. PCA menggunakan teknologi 'awan' untuk mengadakan peruntukan bagi pengeluaran yang lebih cepat daripada kemas kini kerana semua definisi disimpan di dalam awan itu dan dengan itu maklumat Panda masa blacklist mereka semua pengguna PCA dengan sambungan internet dilindungi daripadanya.

Panda Cloud Antivirus mempunyai penghalang tingkah laku dan perlindungan web, yang pasti akan meningkatkan keselamatan anda. Walau bagaimanapun kerana anda hanya boleh menggunakan salah satu daripada yang lain percuma yang AV dengan penghalang tingkah laku yang berasingan (untuk maklumat lanjut lihat kami Wizard Keselamatan ) untuk mencapai mungkin perlindungan lebih baik, ini tidak semestinya satu kelebihan.

Satu tempahan kecil saya adalah bahawa PCA nampaknya tersilap mengesan aplikasi pelayar / sistem berkaitan tertentu, VideoCacheView contoh, dan kerana kuarantin automatik ini dibuat sebahagian kecil mengganggu.

Avira AntiVir Personal Edition Avira Semut iVir Personal Edition
Adalah satu lagi berkualiti tinggi yang percuma antivirus, dan bekas Pick Top. Sebab utama saya dikeluarkan dari status yang terlibat baru-baru ini kontroversi daripada AntiVir termasuk Tanya toolbar berjenama semula dalam pemasangan mereka, dan hujan lebat sementara iklan mempromosikan syarikat scareware 'mungkin. Walaupun akhbar negatif walaupun AntiVir masih takuk pengimbas antivirus atas dengan kadar pengesanan cemerlang malware, lebih tinggi daripada hampir setiap antivirus lain mengikut ujian. AntiVir masih merupakan pilihan yang baik untuk pengimbas antivirus percuma, terutamanya bagi pengguna yang berisiko tinggi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan kecil. Pertama, AntiVir tidak termasuk web atau keupayaan mengimbas e-mel, ini adalah hanya boleh didapati dalam versi yang dibayar. Kekurangan pengimbas e-mel bukan kelemahan , ia hanya bermaksud bahawa AntiVir tidak akan memberi amaran kepada anda e-mel yang dijangkiti sebelum anda membukanya. Tetapi anda perlu membuka e-mel yang dijangkiti, AntiVir masih akan muncul ke dalam tindakan, maka ia tidak bermakna bahawa anda tidak dilindungi daripada jangkitan e-mel berasaskan. Juga, AntiVir mengandungi iklan agak mengganggu setiap kali update.

AVG Anti-Virus Free Edition AVG Anti-Virus Free Edition
Merupakan pilihan yang baik untuk antivirus percuma. Walaupun antivirus dihormati ini mempunyai beberapa keputusan yang goyah dalam pengesanan pada masa lalu baru-baru ini, ia kini menawarkan tahap perlindungan yang tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh kemasukan penghalang sepenuhnya beroperasi tingkah laku yang adalah "Identity Protection" perlindungan. Ini menyediakan lapisan tambahan yang sangat penting bagi perlindungan, di sisi lain walaupun tahap perlindungan yang sama boleh dicapai dengan menggunakan salah satu antivirus percuma di atas bersama-sama yang berasingan penghalang tingkah laku . Malangnya AVG percuma telah berkembang dengan ketara dalam saiz, mempunyai kelajuan imbasan sangat perlahan dan juga iklan.

Kesimpulannya,Ianya adalah program antivirus percuma namun ianya program antivirus adalah perisian yang sangat baik yang menyediakan alternatif yang sebenar kepada produk utama antivirus jenis berbayar.

Harga iPhone terbaru Phone 5S dan iPhone 5C

Produk terbaru daripada Apple, akhirnya Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook telah melancarkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.Model iPhone 5C diperkenalkan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna yang selama ini merungut tidak mampu milik gadget Apple disebabkan harga terlampau mahal.

Model iPhone 5C yang dibuat dari plastik adalah strategi Apple untuk meluaskan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. Model iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S dan iPhone 5C boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu hijau, kuning, biru, putih dan merah jambu.Mungkinkah dengan pengenalan model iphone versi budjet ini akan membolehkan Apple menerajui pasaran bagi gadjet paling laris seperti Nokia Lumia 520 bagi kategori budget rendah.









Model iPhone 5C
Warna : Hijau, Kuning, Biru, Putih & Merah Jambu
Spesifikasi : 4 inci retina, 8MP kamera, pemproses A6
Harga : 16G RM1797, 32G RM2125





Model iPhone 5S
Warna : Hitam, Kelabu & Keemasan
Spesifikasi : 64-bit pemproses A7
                : Butang 'home' menggunakan 'fingerprint scanner' dan NFC
                : Menggunakan iOS
Harga : 16G RM2125, 32G RM2452, 64G RM2780

Sejauh mana tanggungjawab anda seorang anak terhadap ibubapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 9 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


1.Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa terutamanya anak lelaki. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi perhatian dan kasih sayang kepada kedua ibubapa. 
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.Memenuhi permintaan mereka. 
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:  
Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6.Melakukan apa yang disukai. 
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


Sabda Rasulullah bermaksud:
Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.Bercakap dengan lemah lembut dengan ibubapa. 
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. 
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.





9. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Jenis-jenis Image Stabilization Kamera Digital

Optical Image Stabilization  

Adalah berdasarkan HARDWARE. Kamera digital dengan Optical Image Stabilization biasanya mempunyai gyro-sensor terbina dalam dan mikropemproses mengesan goncang kamera yang berlaku daripadanya. Penstabil mengkompensasi untuk mana-mana pergerakan kamera.

Terdapat tiga jenis utama Imej optik mod Penstabilan, walaupun tidak setiap kamera digital kompak dengan IS mempunyai semua tiga: berterusan, Tembak Hanya dan / atau Panning.


Sensor-shift image stabilization

Sensor-shift image stabilization juga  dikenali untuk penstabilan imej mekanikal. Penstabilan berlaku di dalam badan kamera, bukan kanta. Sensor diselaraskan untuk mengimbangi goncang kamera.


Digital Image Stabilization
 
Sesetengah kamera kompak hanya mempunyai
Digital Image Stabilization, yang hanya meningkatkan sensitiviti kamera (ISO) untuk mendapatkan kelajuan shutter lebih cepat untuk membantu mencegah kabur. Tiada HARDWARE adalah Terlibat.

Ttetapi
 meningkatkan imej ISOakan menyebabkan kualiti gambar kurang berkualiti disebabkan oleh "noise," Penghasilan  gambar dengan setting ISO tinggi juga menghasilkan grain dalam gambar.Oleh itu,Digital Image Stabilization mesti diaktifkan via a setting or anti-blur scene mode

Pentingnya Kamera Digital Dengan Fungsi Optical Image Stabilization

Ramai di kalangan kita mampu membeli pelbagai jenis kamera digital namun adakalanya kita terlepas pandang akan beberapa faktor utama sebagai asas pembelian.Ini kerana kita terlalu ghairah ketika hendak membeli gajet itu tanpa memikirkan keperluan sebenar memiliki kamera tersebut dengan kegunaan kita sebagai seorang jurugambar.

Ada beberapa faktor yang menentukan pilihan ketika membeli sebuah kamera DSLR kerana ada pelbagai jenama dan jenis dari peringkat asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi (professional) sehingga menimbulkan kekeliruan ketika membuat pilihan.

Sebenarnya tidak perlu kita membuang duit sampai beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan kamera digital yang berkualiti dan terbaik di pasaran.Sebenarnya ada kamera digital yang baik dan mampu memberikan kualiti gambar yang setanding dengan kamera DSLR dengan harga yang murah.Namun yang demikian,dalam memilih kamera digital murah pastikan 3 aspek perlu diteliti iaitu Kanta Lens, Shutter Speed dan Image Stabilization.


Apa itu Image Stabilization (IS )?
Ia juga dikenali sebagai pengurangan getaran dan anti- shake , adalah satu teknologi yang membantu mencegah foto digital dari menjadi kabur. Image Stabilization (IS ) mengurangkan goncangan kamera disebabkan oleh pergerakan tangan, kelajuan shutter perlahan atau apabila menggunakan zoom telefoto panjang tanpa tripod.

Image Stabilization sering dijumpai dalam kamera digital pengguna dengan telefoto zoom kanta jauh. Walau bagaimanapun kini  ia boleh didapati di kamera dengan zoom kanta fokus yang pendek.Image Stabilization (IS)  juga didapati  pada kamera digital profesional dengan single lens  dan  juga videocamera .Image Stabilization (IS ) berfungsi membantu jurugambar mengambil gambar yang lebih baik dan ianya adalah penting bagi menunjukkan bahawa Optical Image Stabilization  menghalang kabur jika subjek itu sendiri bergerak.




Perbandingan fungsi Optical Image Stabilization dengan Digital Image Stabilization

Optical Image Stabilization 

Optical Image Stabilization adalah berasaskan perkakasan . Kamera digital denganOptical Image Stabilization biasanya mempunyai gyrosensor terbina dalam dan mikropemproses yangmengesan kamera goncang kerana ia berlaku. Penstabil akan mengesan sebarang apa-apapergerakan.

 Jika kamera digital anda mempunyai Optical Image Stabilization , ia adalah dinasihatkan untukia dihidupkan pada setiap masa. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengeluar mengesyorkan bahawaia dimatikan apabila tripod atau sokongan kamera lain digunakan.Terdapat tiga jenis Optical Image Stabilization mode , walaupun tidaksemua kamera digital padat dengan IS mempunyai ketiga-tiga : Continuous, Shoot Only
and/or Panning.

 
Digital
Image Stabilization
 Sesetengah kamera mempunyai Digital Image Stabilization , yang hanya meningkatkan kamerasensitiviti (ISO ) untuk mendapatkan kelajuan shutter yang lebih cepat. Tiada perkakasanterlibat. Kelajuan shutter lebih cepat membantu mencegah kabur.Walau bagaimanapun , semakin tinggi ISO, lebih besar peluang untuk noise yang bolehmerendahkan kualiti imej. Dalam beberapa kes di mana Digital Image Stabilization digunakan , proses  kamera membetulkan imej kabur adalah sama seperti apabila imejdiedith dengan perisian menyunting foto seperti perisian Photoshop . Bagaimanapun kualiti gambar dihasikan  dalam kamera  adalah berbeza-beza .

Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli kamera digital yang mempunyai fungsi
Image Stabilization?

Perkataan boleh mengelirukan seperti Teknologi Anti -kabur  , Anti -Shake dan fungsi Image Stabilization Mode juga membawa maksud  bahawa kamera meningkatkan ISO ( dan oleh itu kelajuan shutter ) untuk membantu mencegah kabur imej.

Kesimpulannya, dalam mencari kamera digital yang murah dan mampu memberikan imej yang jelas dan cantik adalah disarankan anda memilih kamera digital yang mempunyai
Optical Image Stabilization mempunyai Image Stabilizatio yang berasaskan perkakasan  dan bukannya Digital Image Stabilization yang meningkat sensitiviti ISO untuk mendapatkan kelajuan shutter.Ini adalah kerana kualiti penghasilan gambar adalah berbeza. 
.

Samsung Galaxy Grand Duos Pilihan Popular kerana Kelebihan Dan Kekurangan

Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082) menghadirkan versi single SIM dan dual SIM dengan harga yang variatif yang di perkuat dengan kelebihan dan kekurangn fitur unggulan dari Samsung,secara desain sangat mirip dengan Galaxy S III Mini akan tetapi dimensi sedikit lebih besar.dengan harga RM 950 pasti menambat hati sesiapa sahaja.

 Dengan body  plastik Glossy pada sisi bahagian depan paling kanan terdapat logo Duos menjadi tanda smartphone ini sudah mempunyai dual SIM kad. Pada bahagian atas terdapat  port audio 3.5mm di sisi kanan ada tersedia button power  volume  dibagian sebelah kiri dan port micro USB terdapat di bagian bawah.

Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) Layar sentuh TFT kapasitif, 16 juta warna, 480 x 800 pixels, 5.0 inches (~187 ppi pixel density); multi touch. Namun kekurangan smarphone ini iaitu skrin layar TFT resolusi WVGA yang tidak sehalus dan setajam skrin layer AMOLED yang ada pada produk Galaxy Galaxy S III mini.

Sistem operasi menggunakan Android 4.1 (Jelly Bean), TouchWIZ UI, Nature UX perlu di ketahui Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082) mamapu membuka 7 tab sekaligus pada Homescreen dengan pilihan mode basic mode dan easy mode.

Tersemat di dalam Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) prosesor dual-core 1.2 GHz Broadcom Chipset VideoCore IV HW GPU, RAM: 1 GB RAM, Internal Storage: 8GB, external: microSD hingga 32GB, baterai 2100mAh; Sensor: Accelerometer, gyro, proxymity, compass dari prses kecepatan ini sangat membantu kinerja smartphone ini dari kapasitas memori internal 8GB Cuma yang dapat di gunakan untuk peyimpanan data internal 4GB.

Untuk elemen multimedia , Grand Duos yang dilengkapi dengan Sound Alive dan juga tersedia pilihan karaktor suara genre musik yang dimainkan dan juga dilengkapi radio FM.Konektiviti tersedia adalah fungsi GPRS, EDGE, HSDPA 21Mbps, HSUPA 5.76 Mbps; Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, DLNA, Wi-Fi hotspot; Bluetooth v4.0 with A2DP, LE, EDR; microUSB v2.0, S Beam tetapi agak sayangnya kerana tidak dilengkapi peranti NFC serta Wi-Fi direct tetapi jangan berkecil hati sebab komponen ini kurang terkenal di Malaysia sehingga tidak mempengaruhi nilai jual.

Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) mempunyai camera belakang  8MP, 3264 x 2448 pixels, autofocus, LED flash, Geo-tagging, touch focus, face detection; Perekam video 1080p@30fps; kamera sekunder VGA suatu resolusi kamera yang cukup besar di kelasnya  namun  tidak ada rakaman video HDR.

Browser Multi tabs, Flash player, HTML, bookmarks, history, downloads, pinch zoom, print, share page,incognito, save for offline reading, desktop view selain itu android Jelly Bean lain terdapat browser Chrome aplikasi bawaan sebagai pilihan browser smartphone ini.

Dari hasil review di atas dapat disimpulkan bahawa Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) mempunyai kelebihan dan kekurangan :

Kelebihan Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) :
  •     Rekabentuk mirip Samsung Galaxy S3
  •     Skrin Layar 5 Inch yang lebih luas
  •     Prosesor dual-core kecepatan 1.2GHz
  •     Banyak menarik pada sisi multimedia
  •     Dual SIM Standby

Kekurangan Samsung Galaxy Grand Duos (GT-I9082 ) :
  •     Skrin Layar mempunyai  kepadatan pixels yang rendah
  •     Tidak ada NFC




Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca