Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kemalangan Euro Wheel di Pesta Pulau Pinang 2013

Gambar Hiasan
Georgetown: “Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.

Muat turun Kalendar 2014 dan Cuti-Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2013, dan menjadi kebiasaannya  kalendar  2014 mula akan menjadi perhatian. Kalau biasanya waktu ini, kedai-kedai terpilih akan memberi kalendar percuma kepada pelanggannya sempena menyambut tahun 2014.

Dan dalam banyak banyak kalendar, seperti biasa kalendar kuda jadi pasti pilihan kerana kalendar jenis ini ada catat tarikh-tarikh penting seperti cuti umum, cuti sekolah dan juga perayaan tertentu.

Apa yang menarik dengan kalendar tahun 2014 ini :-

Januari

    Tahun Baru – 1/1/2015 – Rabu
    Hari Keputeraan Nabi Muhammad ( S.A.W) 14/1 – Selasa
    Hari Thaipusam 17/1 – Jumaat * K.L sahaja
    Tahun Baru Cina – 31/1 – Jumaat

Febuari

    Tahun Baru Cina ( hari kedua) 1/2 – Sabtu
    Hari Wilayah Persekutuan 1/2 – Sabtu * K.L sahaja.

Mei

    Hari Pekerja 1/5 – Khamis
    Hari Wesak 13/5 – Selasa

Jun

    Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di Pertuan Agong 7/6 – Sabtu

Julai

    Hari Raya Puasa* 28/7 – Isnin
    Hari Raya Puasa* 29/7 – Selasa

Ogos

    Hari Kebangsaan 31/8 – Ahad

September

    Hari Malaysia 16/9 – Selasa

Oktober

    Hari Raya Qurban* 5/10 – Ahad
    Hari Raya Qurban* 6/10 – Isnin. Kelantan dan Terenganu sahaja.
    Hari Deepavali 23/10 – Khamis
    Awal Muharam 25/10 – Sabtu

Disember

    Hari Krismas 25/12- Khamis

Untuk jadual penuh cuti -cuti boleh download di sini KLIK SINI.

Kalendar 2014 Berwarna


Kesimpulannya,tahun 2014 mungkin tidak semeriah tahun 2013 kerana tidak banyak cuti umum yang jatuh pada hari Ahad, jadi tak banyak cuti gantiam macam tahun 2013. Apa apa pun admin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014 untuk semua warga Malaysia.

Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan undang-undang

PUTRAJAYA, 10 Dis (Bernama) -- Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan apabila Kementerian Kesihatan menerima pakai pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang dijangka berkuatkuasa pada suku pertama tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk orang awam sebelum memuktamadkan cadangan pindaan tersebut.


"Rokok haram membanjiri pasaran tempatan dan ketika ini kerajaan hanya mengambil tindakan terhadap pengeluar rokok tiruan dan penjual rokok seludup. "Berikutan pindaan ini, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang memiliki rokok seludup ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Terdahulu, Liow menyaksikan majlis menandatangani kontrak usaha sama antara dua syarikat Malaysia - OSA Niaga Sdn Bhd dan Straits Orthopaedics Sdn Bhd., dengan Naton Medical Group, sebuah syarikat China yang terbabit dalam bidang pembuatan produk ortopedik.


Rrokok seludup ini mendapat permintaan yang semakin meningkat pada masa sekarang adalah disebabkan harga yang lebih murah dan mampu dibayar oleh perokok berbanding rokok yang dikenakan cukai .Laporan dari CBS NEWS melaporkan  penyeludupan rokok seludup ini sebenarnya didalangi oleh penjenayah di negara kita kerana ianya lebih menguntungkan dengan risiko yang lebih rendah.

Kita wajib membanteras aktiviti penyeludupan rokok seludup seperti jenama jenama John, Luffman yang diseludup masuk oleh sindiket jenayah dari Indonesia dan Vietnam dengan tidak membeli rokok seludup. 

Sarah Massey Bangga Mempunyai Pinggul Terbesar Di Dunia

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya. Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.

“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk.

“Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.

“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.



Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.




“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. - AFP

Plan Celcom X2 Yang Terbaik Pernah Ditawarkan Oleh Celcom Berbanding Plan Telco yang lain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin merupakan salah seorang pelanggan Celcom tegar yang masih lagi setia dengan Celcom walaupun terdapat plan yang menarik ditawarkan oleh syarikat Telco di Malaysia. Secara teori, pelan Celcom Xpax X2 dilihat adalah yang terbaik berbanding  plan Telco yang lain  jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri penggunaan seimbang untuk panggilan, permesejan dan data.

Tetapi jika penggunaan anda adalah lebih terarah kepada data, maka pelan selain Celcom Xpax dilihat lebih sesuai walaupun lebih mahal daripada aspek panggilan dan permesejan.Walaupun plan Celcom X2 ini telah dimansuhkan pada 1 Julai 2013 oleh pihak Celcom dan digantikan dengan plan X24 namun keuntungan berganda yang dikecapi semasa plan x2 sebaliknya plan terbaru ini lebih berstrategi untuk menarik lebih golongan muda untuk memilih plan ini iaitu pelan data percuma untuk Facebook.


Merujuk kepada jadual, syarikat telekomunikasi menawarkan plan yang mesra pelanggan apabila melihat kepada blok panggilan yang bukan lagi berdasarkan kepada ‘per minit’ sebagaimana sebelumnya.

Sebagai contoh, Celcom telah memanjangkan blok panggilannya kepada 5 minit dan 10 minit untuk panggilan luar dan dalam rangkaiannya. Maxis masih mengekalkan blok per minit, cuma kadarnya adalah bergantung kepada jumlah baki minima di dalam akaun (jika baki kredit lebih RM10 pada satu-satu masa, maka kadarnya adalah lebih murah). U Mobile pula mengekalkan blok 30 saat.

DiGi pula kelihatan seperti sedikit mengelirukan – blok panggilannya dipecahkan kepada tiga iaitu enam saat pertama; 2 minit seterusnya; dan minit selepas 2 minit sebelumnya (?). Ini bermaksud (berdasarkan pemahaman saya), panggilan berdurasi 5 saat kosnya adalah 6 sen, jika 1 minit 30 saat adalah 26 sen, dan jika tiga minit menjadi 46 sen.

Menyentuh berkenaan kadar panggilan video, keempat-empat syarikat telekomunikasi menawarkan kadar yang hampir identikal, kecuali U Mobile yang mengenakan kadar 60 sen seminit untuk panggilan video di luar rangkaian; kadar yang mungkin agak tinggi.

Perbezaan pada blok panggilan ini mungkin merupakan strategi syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan impak penurunan keuntungan daripada panggilan suara dan untuk menggalakkan para pengguna bercakap lebih banyak atau lebih lama.

Untuk kadar SMS, Celcom menawarkan kadar terendah untuk SMS ke rangkaian yang sama (1 sen) dan untuk SMS ke luar rangkaian, Maxis adalah merupakan yang tertinggi berbanding yang lain (10 sen).
Kadar untuk khidmat pesanan multimedia (MMS) pula memperlihatkan kadar purata sebanyak 25 sen kecuali Maxis yang mengenakan kadar 50 sen untuk MMS ke rangkaian lain.

Kesimpulannya. Celcom X2 adalah yang terbaik yang pernah ditawarkan kepada pelanggan setianya. Kekecewaan pelanggan setia Celcom terhadap plan X24 ini  semakin bertambah setelah mereka mula menyedari kekurangan plan terbaru ini.Inilah peluang terbaik telco lain untuk merampas pelanggan setia Celcom dengan pakej plan yang lebih menarik.Sesuai dengan tema Celcom Xpax "masa untuk berubah".

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Cara Semak Pendrive Sama ada palsu / tiruan atau original

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendrive tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam supaya kelihatan storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan pendrive tersebut. Pendrive tiruan ini boleh beroperasi secara normal pada kapasiti sebenar sebelum di hack  tetapi apabila ia telah melepasi tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi data loss.

Anda boleh menggunakan perisian h2testw yang boleh membantu anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam

Jadi untuk mencari sama ada pendrive yang dibeli atau kad memori adalah original atau palsu, anda perlu mengikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1: Muat turun h2testw.zip fail.

Langkah 2: Extract untuk mendapatkan fail exe.

Langkah 3: Mula ia, Klik pada Pilih Sasaran dan Pilih pendrive anda atau kad memori (Pastikan ia diformat Sebelum menggunakan alat ini)



Langkah 4: Sekarang anda perlu klik pada Write + Verify dan tunggu untuk beberapa minit semasa ia melengkapkan proses tersebut.

Langkah 5: Selepas Siap ia akan menunjukkan kepada anda mesej lengkap tanpa sebarang kesilapan, Ia bermakna anda pendrive atau memori kad adalah asli dan tidak mempunyai masalah.





Tetapi jika ia mendapati kesilapan, maka ia adalah palsu dan mempunyai masalah.

Contoh Test result,ke atas pendrive 16GB
Hasil semakan mendapati pendrive hanya mempunyai 1.8 GB sahaja tidak seperti yang didakwa mmepynuai kapasiti 16GB


Ksempulannya, kita mempunyai satu cara mudah untuk periksa sama ada pendrive atau Kad Memori adalah original atau yang palsu.Sekiranya anda telah pun terbeli pendrive yang disyaki palsu.Anda tidak perlu buangnya ke dalam tong sampah sebaliknya anda masih boleh gunanya tetapi hanya pada kapasiti yang sebenarnya maksud di sini sebelum ini pendrive didakwa mempunyai kapasiti 64GB tetapi selepas disemak ianya hanya ada 4GB sahaja.Maka anda boleh guna pendrive itu setakat 4Gb sahaja.

Saya berharap ia akan membantu anda.



Hati-hati Dengan Pendrive jenama KINGSTON 64gb,128gb tiruan yang dijual RM25 di pasar malam

Kredit Gambar : amanz.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada Jumaat lepas 20.12.2013, admin selepas waktu bekerja akan singgah ke Pasar Malam Gerik yang terletak tidak jauh dari pejabat.Sudah menjadi rutin mingguan pada jumaat admin akan pusing-pusing pasar malam Gerik dahulu mencari kudap untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke rumah.  Semasa meronda pasar malam admin terserempak dengan penjual  pendrive dan memori telefon   Micro SD dengan harga yang sangat murah.

Reaksi spontan admin melihat harga yang dipamerkan agak terkejut.Murah gila !!! dalam hati admin. Tidak mungkin pendrive 32GB, 64GB, 128GB boleh didapati dengan serendah harga RM25.Sudah tentu ini pendrive tiruan ini. Admin tidak terpedaya dengan dengan harga tersebut tetapi admin lihat ramai juga yang mengerumuni untuk membeli. Malangnya admin tiada mengambil gambar penjual itu. .Tetapi admin terkejut juga apabila blog-blog di internet ada artikel tentang pendrive tiruan berlambak di pasaran terbuka sejak tahun 2009 lagi.

APA YANG MENYEBABKAN PENJUAL BERANI MENJUAL PENDRIVE TIRUAN SECARA TERBUKA ?

Yang pasti pembeli biasa memang tidak tahu tentang teknologi komputer malah yang tahu serba sedikit tentang teknologi komputerpun mungkin terpedaya juga. Oleh kerana barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan  original.

Sekiranya pembeli inginkan bukti dari penjual bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 64GB di dalamnya, si peniaga dengan penuh yakin boleh menunjukkannya.Storan pendrive tiruan ini sekiranya ia dicucuk pada komputer, ia akan menunjukkan jumlah storan bebas yang sama seperti tertera pada saiz pembungkusan Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada beli yang original.

MACAMANA PENDRIVE TIRUAN INI SUKAR DIBUKTIKAN DENGAN HANYA MENYEMAK PROPERTIES PADA KOMPUTER?

Sebenarnya pendrive tiruan yang dalamnya berkapasiti 64GB. sedangkan pendrive ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’  4GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 64GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.ini adalah kerana  ianya telah digodam atau bahasa mudah dihack untuk menjadikanya seolah-olah berkapasiti 64GB,

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses hack itu.
Apa yang turut membimbangkan, storan handphone microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini
 
Kesimpulannya.

Harga pasaran storan pendrive bagi kapasiti 64GB melalui carian admin di laman web www.lelong.com.my adalah sekitar RM 150.00. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM25, maka ianya sudah  storan palsu. Anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk berbanding packaging original.Oleh itu,berhati-hatilah apabila beli pendrive / micro SD di pasar malam.Jangan terpedaya kerana ianya menawarkan harga murah dari kedai komputer.


 

Bebaskan bilik tidur,bilik pejabat dari bakteria dan kuman dengan Penyegar udara CleenAire Cosway

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin nak berkongsi pasal penyegar udara khususnya untuk kegunaan di bilik pejabat.Kerana sesetengah pejabat pakai ekon yang dah berusia dan tidak diservis secara betul boleh memudaratkan pengguna. 

Pada sesiapa yang di pejabat ada bilik sendiri adalah digalakkan guna benda ini.Sebelum ini admin ada menggunakan penyegar udara biasa di pasaran seperti Ambi Pur,Airwick tetapi ianya hanya berfungsi menghilang kan bau busuk dan mewangikan ruang bilik sahaja. 

Revitalisor udara atau pembersih udara dari Cosway ini kalau nak dibandingkan dengan jenama-jenama penapis udara yang lain seperti Sharp dan Panasonic.Pada pandangan admin evitalisor inilah yang paling murah sekali di pasaran.

Menurut pakar mengatakan bahawa kualiti udara di dalam ruang terkurung adalah sering lebih teruk daripada di luar kerana bahan cemar, pengudaraan miskin dan penghawa dingin atau pemanas. Membersihkan udara di kawasan tertutup mungkin insurans yang terbaik yang boleh kita ambil terhadap bernafas bahan cemar bawaan udara.Kebanyakan penyakit pernafasan seperti asma, sinus, dan hidung sensitif boleh diatasi dengan lebih bersih, lebih tulen dan bakteria bebas udara - ia semudah itu.
 
Harga asal Cleen Aire adalah RM 95.00 namun Cosway buat promosi  dalam katalog terbarunya dari 25 Nov hingga 24 Disember 2013 dengan harga murah RM 49.00 + 2RP (khusus untuk ahli  sahaja). Tetapi memandangkan admin sudah ada 40 kupon jadi admin dapat Cleen Aire Revitalisor ini secara percuma sahaja. Admin tak beli minyak aroma terapy cosway sebab sudah ada satu jenama Quatum Essential Oil.Jadi pakai ada yang ada sahaja.

Promosi Revitalisor udara
Melindungi Kesihatan Anda Dengan Bersih, segar dan bakteria Bebas Air Hari ini!
CleenAire ™ Revitalisor membersih, menyegar dan membasmi kuman udara anda bernafas secara efektif melalui revolusi "kesan menyental." Ditambah penyelesaian botani dengan ciri-ciri anti-bakteria dan terapeutik, membantu untuk meneutralkan bau, bakteria, kulat, debunga dan bahan cemar udara yang lain untuk lebih bersih dan persekitaran yang lebih selamat.
 

CleenAire ™ adalah:
- Sesuai untuk bilik saiz sehingga kira-kira 800 kaki persegi
- Penggunaan kuasa yang rendah.
- Besar untuk bilik tidur, ruang tamu, bilik makan, dapur, bilik belajar, pejabat, bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik darjah dan banyak lagi.
- Ia adalah disyorkan bahawa anda menukar air setiap 2-3 hari.      


   Proses Purifying - Bagaimana Ia Berfungsi
  • Udara yang tercemar diambil ke dalam mangkuk dengan penyelesaian anti-bakteria. A "menyental" kesan memastikan kotoran dan zarah yang terperangkap di dalam air manakala bakteria terbunuh.
  • Berputar kipas di + / - 2800 rpm menghisap air melalui corong di bahagian bawah penutup dan menyembur keluar dari atas mewujudkan "mata air" kesan.
  • Dibersihkan dan dibasmi kuman udara dengan manfaat terapeutik aroma dilepaskan kembali ke alam sekitar.
Kegunaan lain
1. Mengurangkan pertumbuhan acuan dan kulat dan menyegarkan. Membuka semua almari anda, almari, dan kabinet untuk 'udara' mereka keluar dengan menyerang satu unit revitalisor berdekatan seminggu sekali.
2. Mengurangkan minyak berasap bau semasa memasak.
3. Meningkatkan tumpuan dan kepekaan dengan menggunakan penyelesaian botanikal menyegarkan manakala kanak-kanak belajar.
4. Meningkatkan kualiti udara dengan sentiasa mempunyai satu di di ruang tamu untuk manfaat keseluruhan isi rumah.
5. Tidur yang lebih mendalam dan lebih sihat. Menghidupkan unit sebelum dan semasa tidur. Pejabat, bilik mesyuarat, dan restoran boleh jadi lebih segar! Menukar satu di dan merasakan perbezaannya!



Bagaimana untuk mengendalikan

1) Isikan mangkuk (B) dengan 1.5L air bersih atau hingga paras air adalah di antara Tahap minimum C dan maksimum Tahap D.
2) Tambah 2 kap penuh Penyelesaian CleenAire ™ (atau lebih jika mahu) ke dalam mangkuk (B).
3) Letakkan penutup (A) dan menghidupkan (E) Revitalisor CleenAire.
Nota:
Kesan wangian akan berlangsung kira-kira 4-8 jam, tetapi mencegah bau, anti-bakteria dan anti-kulat akan terus sehingga 24 jam selagi CleenAire ™ Air Revitalisor dihidupkan.
 
Penjagaan dan Penyelenggaraan
Tutup (A) jika pembersihan diperlukan, gunakan hanya kain yang lembap atau tisu untuk membersihkannya.
Bowl (B) untuk membersihkannya, air kosong dari mangkuk, bilas dengan air bersih dan lap kering.
Revitalisor ini Sebulan sekali, mengisi Revitalisor dengan air paip tanpa menambah apa-apa Penyelesaian CleenAire ™ dan menjalankannya selama beberapa jam untuk membersihkannya.
Awas:
  • Sentiasa putuskan dari soket elektrik sebelum mengeluarkan Cover (A) atau apabila Revitalisor tidak digunakan.
  • Tidak bercampur Penyelesaian CleenAire ™, gunakan salah satu tumpuan pada satu masa.
  • Jangan gunakan penyelesaian lain yang boleh merendahkan komponen Revitalisor.
  • Jangan menenggelamkan Cover (A) di dalam air atau mencuci di bawah air yang mengalir.
  • Jangan gunakan kimia untuk membersihkan Revitalisor.
  • Jangan gunakan sebarang scrubber kasar pada Revitalisor.
Tips tambahan:
 
Apabila CleenAire ™ Air Revitalisor dihidupkan, membuka semua almari, almari dan kabinet kasut untuk membantu deodorise dan menghapuskan pertumbuhan kulat.
Ingat untuk menukar air setiap 2-3 hari. Air yang digunakan boleh dikitar semula untuk tumbuhan air (mencairkan 1:5) atau untuk membersihkan sinki atau tandas mangkuk.

Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia pada 17 Disember 2013 - Al Fatihah

Seniwati Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya jam 8.26 malam Selasa setelah sekian lama menderita penyakit barah.

Azean menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan anak-anak, saudara-mara serta beberapa rakan artis di wad Medikal. Allahyarhamah dimasukkan ke PPUM untuk menjalani rawatan sejak seminggu lalu setelah keadaan kesihatannya makin merosot.

Pernah popular dengan gelaran ‘ratu air mata’, Allahyarhamah mula mencipta nama sebagai penyanyi pada awal 1970-an dan bakatnya mula menyinar sebagai primadona layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.


 

Ajek Hassan Membawa Kelainan Lagu Cover Version Siti Nurhaliza dan Ziana Zain



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi cerita dengan seorang artis Youtube seangkatan Najwa Latif lebih kurang. Konsep artis baru ini menyanyikan semula lagu popular masa dahulu dan terkini. Suaranya amat sedap dan cukup dan kalau bakat suaranya  oleh guru vokal pasti boleh pergi jauh. 

Mungkin ada yang tahu siapa dia Ajek Hassan melalui youtube ataupun facebook ... Ajek Hassan terkenal dengan suara emasnya yang meng'cover' beberapa lagu artis-artis terkenal Mahathir Hassan atau Ajek adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Terengganu yang kini menetap di Perth, Australia. Kerinduannya terhadap kampung halaman setelah bertahun-tahun menetap di negara kanggaru itu menyebabkan beliau sering menghabiskan masanya bermain gitar dan menyanyi lagu-lagu Melayu popular.
Ni beberapa info mengenai Ajek Hassan ...

  • Berasal dari terengganu
  • dilahirkan pada 13 mac(Umur dalam 30an)
  • telah berkahwin
  • mempunyai 2 orang puteri
  • Floor Manager di Makan2 Cafe
  • bermaustatin di Perth , Western , Australia

Tindakannya memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikannya dalam laman Youtube tiba-tiba mencetuskan fenomena yang luar biasa.Antara lagu yang dibawakan Ajek adalah Ombak Rindu (nyanyian asal Adira dan Hafiz), Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza), Bayangan Gurauan (Mega), Kala Cinta dan banyak lagi.


Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza)

Tirai Semalam  (Siti Nurhaliza)

Kekal (Ziana Zaian)

Kemelut Di Muara Kasih (ziana Zain)

Banyak lagi karya cover version yang dinyanyikan semula secara petikan gitar di Youtube.Anda boleh cari di Youtube dengan menaip Ajek Hassan.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 Sudah Dibuka

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu, caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - Bernama, 17 Disember, 2013.

Cubaan Bunuh Diri Terjun Bangunan Sekolah Akhirnya kena dakwa di mahkamah

Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Dungun ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.

Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu. Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.

Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.

“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.

Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber



Kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Ini belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.

Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.Statistik ini amat menakutkan, iaitu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam (1:6) rakyat negara ini ada penyakit mental.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca