NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi pada 25 November 2012.
Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya
melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.
“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.
“Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.
Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya
sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa
beratnya.”
Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.
Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.
“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.
Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.
PS: Tahniah diucapkan kepada Nabil,semoga dengan kehadiran cahaya mata baru akan memberi seribu kemanisan dalam hidup rumahtangga anda.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Admin hendak berkongsi masalah kerata yang dihadapi admin baru-baru ini. Masalah signal enjin menya...
-
Salam sejahtera, Selepas memasang sistem operasi atau memasang semula sistem operasi (dalam bahasa biasa kita panggil reformat) maka sese...
-
Telefon adalah satu keperluan pada zaman ini dan boleh dikatakan setiap orang akan ada sekurang-kurang satu handphone di tangan mereka. Pe...
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.