Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ketahui 7 kebaikan yang boleh anda perolehi setelah menangis.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata. Tidak selalu orang menangis dengan mengeluarkan air mata namun air mata amat sinonim dengan kesedihan. Menitikkan air mata ternyata bukan hanya sekadar sebagai ungkapan emosi dan perasaan. Tangisan sebagai petanda anda sedang bahagia atau sedih.

Seorang ahli psikologi seperti dipetik daripada halaman Times of India, 22 April 2012 mengesyorkan bahawa seorang harus menangis ketika mereka merasa ingin menangis. Janganlah anda menahan air mata itu daripada keluar kerana menangis ada manfaatnya untuk anda.



 
Berikut adalah  manfaat-manafaat menangis untuk kesihatan kita :-



 Menangis boleh membersihkan mata
Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.



Air mata memperbaiki suasana hati
Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.


Air mata membunuh bakteria
Air mata bekerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus, melawan kuman. Apatah lagi ketika anda sedang berada di pusat membeli-belah dan tempat-tempat yang menjadi sarang kuman. Air mata mengandungi Lisozim, cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

 
 Air mata mengurangkan Stress 
Sama seperti bersenam, air mata boleh membantu meringankan stress. Air mata membantu menghilangkan beberapa bahan kimia yang dibina dalam tubuh akibat stres, seperti enkephalin leusin dan prolaktin. Air mata boleh menekan peringkat stres, dan seperti diketahui jika stres lama bersarang dalam diri seseorang, boleh menyumbang memperparah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.


 Air mata membebaskan perasaan 
Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan.

Moralnya kalau nak menangis biarlah kena pada tempatnya :(

 Wa'allahhualam.

 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca