Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Siapa Sudah Cuba KFC Zinger Double Down Burger ? Apa pendapat anda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini Admin nak berkongsi pendapat dengan anda semua tentang produk KFC yang terbaru iaitu KFC kali ini menampilkan burger terbaru mereka iaitu KFC Zinger Double Down Burger.Walaupun dah lama melihat iklan di TV namun belum kesempatan hendak mencuba.Al kisahnya. isteri admin telah membawa balik 2 set KFC Zinger Double Down Burger untukdicuba.Ini bukan apa,apabila melihatkan respon adik-beradik admin yang selalu belinya setiap kali ada peluang ke bandar...terasa macam teruja plak untuk mencuba produk KFC yang  terbaru ini.

Ok berbalik kepada KFC Zinger Double Down Burger,admin terpaksa akui yang setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan dan pendekatan juga berbeza dari segi kenikmatan dan rasanya. Apa yang boleh admin kongsikan di sini, adalah cubaan yang baik oleh KFC untuk mempelbagaikan produk mereka dalam bersaing dengan syarikat makanan segera yang lain. Harga bagi hidangan ini adalah RM10.50 untuk hidangan Combo set dan RM8.40 bagi hidangan ala carte. Dengan isi ayam sebagai pengganti roti menjadikan ianya lebih nikmat dan lebih rasa ayam bagi penggemar ayam khususnya. Dilapisi keju dan kepingan ayam dan sos mayonis menjadikan rasanya memang pasti sedap.


Masin !! Ayat spontan keluar dari mulut admin takala mengunyah KFC Zinger Double Down Burger ini.Yang pasti produk terbaru ini,tidak menepati standard kelazatan dan kesedapan yang admin cari bagi produk KFC yang baru ini.Mungkin ianya tidak sesuai kot KFC Zinger Double Down kepada citarasa admin yang berumur berbanding sasaran pelanggan KFC bagi produk ini kepada orang muda.Sekiranya admin diberi plihan sudah pasti akan mengelak dari memilih untuk membeli pada masa akan datang. Mungkin KFC Zinger Double Down ini kalau diubahsuai sikit pada hemat admin iaitu menambahkan sayur salad,tomato masam dan penggunaan ayam hot spicy mungkin menjadikan rasanya  lebih baik.

Kepada sesiapa belum cuba lagi KFC Zinger Double Dow. Anda disyurkan mencuba dan bagi maklumbalas kepada di sini.Mungkin dengan komen anda dapat membantu mempelbagaikan rasa dalam produk KFC yang akan mendatang.

Bahaya Tandas Duduk Berbanding Tandas Cangkung

 Tandas Cangkung VS Tandas Duduk
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.

Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.


Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab No 2 kepada kanser Kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan keselesaan terhadap penggunanya.

Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.

Software / Perisian kecilkan saiz gambar atau foto / Photo Resizer

Kecilkan Gambar
Assalammualaikum dan Salm Sejahtera,

Kepada semua pembaca yang tertanya-tanya cara Admin kecilkan saiz gambar peribadi atau sebarang gambar yang bersaiz besar sebagai contoh untuk tujuan upload ke dalam facebook. Gambar yang bersaiz besar akan mengambil masa untuk diupload ke internet sebagai contoh saiz gambar yang bersaiz 2592 x 1944 yang berjumlah 2.1 mb akan mengambil masa 1 minit hingga 2 minit berbanding saiz gambar 800X 600 berjumlah 100 kb dalam 2 saat sahaja. Di sini saya tunjukkan secara ringkas cara nak download dan guna software ni..Yang penting sekali adlh perisian ini adalh percuma.

1. Download software

Klik Download Software

2. Install ke Komputer anda


3. Open Fastone Photo
a) Pilih gambar yang hendak dikecilkan saiznya,(1)
b) Add gambar (2)
c) Klik Advance options (4) - yang ni untuk convert dan edit gambar.



4. Pilih saiz dikehendaki...contoh [800 X 600]
5. Start convert..siap.

Tanda-Tanda Kita Diganggu Oleh Jin Dan Syaitan


Jin dan Syaitan adalah Makhluk Allah s.w.t yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar,kecuali dengan menggunakan cara yang tertentu.Jin dan Syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia supaya manusia alpa dan leka dengan duniawi dan melupakan terus akhirat kelak.

Mesti Baca : Dialog Antara Rasulullah Dengan Iblis Tentang Segala Rahsia Disukai dan Dibenci Oleh Iblis

Diriwayatkan bahawa Allah SWT telah menyuruh malaikat pergi berjumpa dengan Iblis dan memerintahkannya supaya berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk menceritakan kepada baginda segala rahsia yang disukainya dan juga yang dibencinya.


Hikmah disebalik memerintahkan Iblis berbuat demikian kerana: Membesarkan kedudukan dan ketinggian Nabi Muhammad SAW. Untuk menjadi perisai dan peringatan kepada sekalian umat Nabi Muhammad tentang perangai Iblis dan amalan yang menjadi kesukaannya. Dan supaya Iblis memuliakan Nabi Muhammad SAW dan menerangkan segala rahsianya.

Maka malaikat pun datang berjumpa Iblis dan menyampaikan perintah Allah swt: “Wahai Iblis! Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar memerintahkan kamu supaya pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan kamu membukakan segala rahsia yang ada pada diri kamu serta apa-apa yang ditanya oleh Rasulullah hendaklah kamu jawab dengan sebenarnya. Jika kamu berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya akan diputuskan segala sendi-sendi anggotamu dan segala uratmu dan juga pasti nanti engkau akan disiksa dengan azab yang amat pedih.

Apabila Iblis mendengar kata-kata malaikat itu, dia sangat takut. Lantas terus pergi berjumpa dengan Rasulullah. Semasa berjumpa Iblis menyerupai seorang orang tua yang matanya buta sebelah, berjanggut putih sebanyak sepuluh helai dan panjang seperti ekor lembu.

Lalu Iblis memberi salam hingga tiga kali kepada Rasulullah tetapi, tidak dijawab oleh baginda. Kemudian Iblis berkata: “Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba? Tidakkah tuan hamba tahu bahawa salam itu sangat mulia di sisi Allah?”

Lalau dijawab oleh Rasulullah: “Wahai Iblis! Musuh Allah dan musuh orang beriman, kepada akukah engkau menunjukkan mukamu? Berpatutanlah muka engkau seperti itu. Engkau hendak menipu aku sebagaimana engkau telah menipu Nabi Adam keluar dari syurga. Habil mati teraniaya kerana dibunuh oleh Qabil.

“Nabi Allah Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud dalam solatnya hingga dia menanggung penderitaan beberapa lama atas perbuatan kamu yang jahat dan khianat itu. Dan kisah nabi Daud dengan perempuan Urya. Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupai isterinya lalu engkau melarikan cincinnya. Demikian juga dengan beberapa orang pendita-pendita yang telah menanggung azab sengsara oleh kerana perbuatan yang jahat.

“Wahai Iblis! Sesungguhnya salam itu amat mulia di sisi Allah. Namun demikian hanya salam engkau itu sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Allah dan engkau kena laknat serta sudah ditentukan engkau dalam neraka yang sangat keras menyiksa kamu. Sesungguhnya aku kenal benar bahawa Iblis adalah raja segala syaitan yang menyamarkan diri.”

Kemudian Rasulullah bertanya: “Apakah kehendak engkau datang berjumpa denganku?”

Mendengarkan penjelasan Rasulullah, Iblis termangu dan termenung seketika. Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah! Janganlah tuan hamba marah kepada hamba. Demi sesungguhnya tuan hamba adalah penutup segala Nabi dan Rasul dan kekasih Allah swt. Justeru, tuan hamba dapat mengenali hamba.

“Wahai Rasulullah! Kedatangan hamba berjumpa tuan hamba adalah dengan izin dan perintah Allah yang mengutuskan malaikatNya berjumpa hamba dan menyampaikan perintah Allah supaya hamba berjumpa dengan tuan hamba yang mulia. Sesungguhnya hamba diperintahkan supaya menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan umat tuan hamba.

“Dan hamba bersedia untuk menjawab segala soalan secara terus terang daripada segala tipu daya hamba atas sekelian manusia sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman yang terkemudian daripada tuan hamba. Sesungguhnya hamba akan menggoda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang menyesatkan supaya mereka semua binasa oleh tipu daya hamba yang amat halus dan licin.

“Wahai Nabi Allah, setiap soalan yang tuan hamba kemukakan pasti hamba bersedia menjawabnya dan hamba mengaku untuk berterus terang. Dan ketahuilah bahawa hamba tidak berani untuk menyembunyikan segala sesuatu daripada diketahui oleh tuan hamba.”

Lantas Iblis bersumpah dengan nama Allah, katanya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta atau berbohong walau sepatah kata sekali pun, nescaya akan hancur leburlah diri hamba terbakar hingga jadi abu.”

Mendengarkan sumpah dan penjelasan Iblis itu, Rasulullah berasa gembira dan tersenyum. Inilah peluang terbaik untuk baginda mengetahui segala rahsia Iblis. Bagaimana cara dia menggoda manusia dan dapat pula didengar oleh sekelian sahabatnya yang hadhir dalam majlis itu. Dan supaya ianya menjadi senjata dan perisai kepada sekelian umat baginda di kemudian hari
.



RASULULLAH SAW pun bersedia mengemukakan soalan dengan diperhati dan disaksikan oleh para sahabat yang ada bersama Baginda ketika itu. Keseluruhannya sebayak 34 soalan telah ditanyakan kepada Iblis oleh Rasulullah saw:


SOALAN 1.

“Wahai Iblis, siapakah yang menjadi sebesar-besar seteru engkau dan apa pandangan engkau terhadap aku?”


Jawab Iblis: “Tuan hamba adalah yang terlebih besar daripada seteru hamba yang terdapat di atas muka bumi ini.”


Mendengarkan jawapan itu, Nabi memandang tepat ke muka Iblis. Iblis jadi gementar kerana ketakutan. Kemudian Iblis berkata lagi: “Ya Khatamil ambia’ wal mursalin, sesungguhnya hamba dapat menyerupai sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain makhluk di muka bumi ini hinggakan suara pun tidak bersalahan.


“Namun demikian disebabkan ketinggian darjat tuan hamba, hamba tidak dapat menyerupai sifat tuan hamba kerana di tegah dan dilarang Allah. Sekiranya hamba berbuat demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu.


“Tugas hamba, menggoda dan mencabut iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir serta derhaka kepada Allah kerana dengan sebab tuan hamba yang bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan nasihat kepada umat manusia dengan memasukkan beberapa pengajaran supaya mereka berpegang teguh kepada agama Islam.


“Oleh itu hamba bersungguh-sungguh pula menarik mereka kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba akan menarik sekelian umat manusia yang beragama Islam supaya meninggalkan jalan lurus beralih kepada jalan yang salah. Dan hamba berharap agar mereka masuk ke dalam neraka bersama hamba dan kekal di dalamnya. Hamba juga akan menggoda orang kafir supaya kekal dengan kekafiran mereka dan menggoda orang Islam supaya menjadi kafir dan derhaka kepada Allah.”


SOALAN 2.

“Wahai Iblis, bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah?”


Jawab Iblis: “Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya satu kemajuan kepadaku apabila perempuan-perempuan merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki-lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya pula berbuat demikian hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.


“Dan ketahuilah bahawa hamba juga akan menggoda sekelian manusia supaya meninggalkan solat, leka dengan makan minum dan berbuat derhaka. Dan sesetengahnya pula hamba lalaikan dengan harta benda yang terdiri daripada emas, perak, rumah dan kebun ladang supaya hasilnya dibelanjakan pada pekerjaan yang diharamkan.


Seterusnya Iblis berkata: “Ketahuilah bahawa telah ramai lelaki dan perempuan yang terpesong iman mereka dan kemudian hamba kerahkan segala bala tentera hamba yang terdiri daripada jin, Iblis dan syaitan supaya menarik mereka itu kepada jalan kesesatan dan kebatilan.


“Demikian juga semasa mereka berada di dalam majlis temasya dan hiburan yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Maka di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah mereka hingga mereka sanggup meminum arak dan mengajak rakannya minum sama. Apabila mereka meminumnya, maka hilanglah kewarasan akal fikirannya serta hilanglah malunya. Kemudian hamba hulurkan tali kasih, cinta dan ghairah hingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar. Timbullah perasaan hasad dengki, perzinaan dan sebagainya. Dan apabila mereka sedar akan kesalahan, dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan, lalu ingin bertaubat kepada Allah dan ingin melakukan ibadat, nescaya akan hamba halang dengan apa cara sekali pun supaya mereka bertangguh-tangguh untuk melakukan amal kebaikan dan kebajikan.


“Di samping itu hamba akan menggoda dengan lebih hebat lagi supaya melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah, bahkan hamba akan menggoda supaya mereka mengambil isteri orang untuk melakukan perbuatan terkutuk.


“Sudah ramai di kalangan umat tuan hamba yang hamba sesatkan melalui jalan ini. Hamba akan perintahkan dari kalangan jin, syaitan dan Iblis menggoda serta menghasut manusia hingga mereka masuk ke dalam badan dan darah serta seluruh anggota mereka.


“Apabila mereka hasut bahagian hati, akan sentiasalah mereka bersifat riak, takbur, sombong dan membanggakan diri. Mereka merasa hairan akan diri mereka sendiri dan bertangguh-tangguh untuk melakukan amal ibadat.


“Dan apabila dihasut pada lidahnya, mereka akan sentiasa gemar berdusta, mencela, mencaci antara satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka siang dan malam, pagi dan petang tanpa jemu dan berputus asa.”

SOALAN 3:

“Wahai Iblis, mengapakah engkau bersusah payah dan berpenat lelah kepada pekerjaan yang tidak memberi faedah pada dirimu, bahkan menambahkan lagi laknat atas dirimu dengan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terbawah sekali?

“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang memanjangkan umur engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang menberi pendengaran kepada engkau? Siapakah yang menjadikan kuat pada anggota engkau?”



Iblis menjawab: “Adalah sekelian itu anugerah daripada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Esa. Oleh kerana sifat takbur, dengki dan khianat, menyebabkan hamba terjebak dengan sebesar-besar kejahatan bahkan bapa kepada segala maksiat dan kesesatan di atas muka bumi ini. Tidak ada manusia yang boleh mengatasi kejahatan dan kederhakaan yang hamba telah lakukan.


“Sesungguhnya tuan hamba juga mengetahui bahawa hamba beribu-ribu tahun lamanya menjadi ketua kepada segala malaikat, taat beribadat, sujud kepada Allah yang Maha Esa dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit ke satu langit dengan aman, kemudian hamba tinggal di dunia ini mengerjakan amal ibadat.


“Dan hamba bersama sekelian malaikat berkhidmat kepada Allah beberapa lama hinggalah pada suatu masa Allah berfirman kepada hamba sekelian bahawa Dia akan menjadikan seorang khalifah di dunia ini. Lantas hamba membantah kerana tidak bersetuju dengan perkara itu.


“Namun demikian, Allah tetap menjadikan seorang lelaki yang bergelar Adam. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat sujud (memberi hormat) kepadanya. Semua malaikat taat kepada perintah Allah itu kecuali diri hamba yang mengingkarinya. Hamba ingkar dan tidak mahu sujud bahkan hamba membanggakan diri kerana merasa diri hamba lebih mulia daripadanya. Justeru, hamba menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah. Kemudian hamba menjadi makhluk yang dilaknati hinggalah hari kiamat.


“Di samping itu, perkara yang amat menyeksakan bagi hamba ialah muka hamba yang dulunya bersih, bercahaya dan cantik sudah berubah menjadi hodoh dan keji. Lantaran itu bertambah sakitlah hati hamba kepadanya. Hamba menyimpan perasaan dendam kepada Adam. Dan hamba berjanji akan menggoda dan menghasutnya nanti.


“Setelah Adam diciptakan, Allah pun mengangkatnya menjadi khalifah dan raja di dalam syurga. Sesudah itu Allah menciptakan Hawa sebagai isteri kepada Adam. Hawa menjadi permaisuri dan menjadi ketua kepada sekelian bidadari. Adam dan Hawa hidup dalam keadaan gembira sepanjang masa.


“Oleh kerana itu, semakin bertambahlah dengki hamba dan dendam pun semakin membara. Akhirnya hamba dapat memperdayakan Hawa supaya memujuk Adam memakan buah ‘khuldi’ yang menjadi larangan Allah. Malahan Allah melarang mereka menghampiri pokok berkenaan.


“Kerana itu, mereka berdua dihalau dari syurga ke dunia kerana melanggar perintah Allah. Mereka terpisah buat sekian lama dan akhirnya dipertemukan semula oleh Allah. Kemudian mereka berdua menjalani kehidupan di dunia ini sehinggalah dikurniakan dengan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan.


“Sesudah itu, hamba hasut pula anak Adam bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil. Lalau Habil dibunuh oleh Qabil kerana berebutkan perempuan. Inilah pembunuhan manusia pertama yang berlaku di muka bumi ini. Hamba masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku. Segala usaha hamba merosakkan anak Adam tidak akan berhenti hinggalah hari kiamat menjelang.


“Namun demikian, tuan hamba adalah penghalang kepada usaha jahat hamba. Tuan hamba mengajak manusia supaya kembali kepada kebenaran, sedangkan hamba menghasut manusia ke arah kejahatan. Tuan hamba mengajak manusia menyembah Allah dan mengabdikan diri kepadaNya, sedangkan hamba mengajak manusia supaya ingkar kepada perintah Allah.


“Sesungguhnya, sebelum tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera boleh bergerak bebas naik ke langit dan dengan mudahnya mencuri segala rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia supaya mengerjakan ibadat kepada Allah yang kemudiannya akan mendapat balasan pahala dan syurga. Begitu juga mereka yang beribadat pada waktu tengah malam, akan mendapat setinggi-tinggi pahala.


“Lantaran itu, apabila hamba dan bala tentera hamba turun ke dunia ini akan dikhabarkan kepada manusia perkara yang bersalahan daripada apa yang hamba lihat, dengan tipu daya hamba hingga mereka tersasar serta berpegang pada kitab-kitab yang bidaah.


“Tetapi apabila tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit lagi. Oleh kerana itu, hamba tidak dapat lagi mencuri rahsia umat engkau kerana ramai di kalangan malaikat yang ditugaskan menjaga pintu-pintu di setiap lapisan langit. Dan jika hamba dan bala tentera hamba berkeras juga untuk naik, kami akan dipanah oleh malaikat dengan api yang bernyala-nyala.


“Sudah ramai bala tentera hamba yang terdiri daripada jin dan syaitan terkena panahan malaikat lalu terbakar dan lebur menjadi abu. Justeru, hamba mengalami masalah besar untuk menghasut dan menggoda umat engkau. Tambahan pula engkau memiliki mukjizat yang besar, iaitu al-Quraan.


SOALAN 4:

“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi keutamaan engkau dalam menipu manusia?”


Iblis menjawab: “Perkara yang menjadi keutamaan hamba dalam menipu umat mansuia ialah hamba akan palingkan imannya supaya mereka berpegang kepada ajaran yang salah dan menjadi kafir, sama ada melalui perkataan, hati, perbuatan dan tingkah laku mereka.


“Andai kata hamba tidak berjaya untuk berbuat demikian, maka hamba akan menggoda pula kepada jalan yang boleh mengurangkan pahala atas amalan mereka dan lama kelamaan mereka akhirnya akan terjerumus juga kepada kesesatan. Pasti mereka akan menurut kehendak hamba.


SOALAN 5:

“Wahai Iblis! Bagaimanakah keadaan engkau apabila umatku menunaikan solat?”


Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya masa itulah sebesar-besar kesusahan bagi aku. Gementerlah seluruh badan hamba dan lemahlah segala tulang sendi hamba. Sungguh pun begitu keadaan hamba, hamba tetap tidak berputus asa.


“Lalu hamba mengarahkan sekelian syaitan supaya menggoda orang yang hendak menunaikan solat. Setiap seorang manusia itu diawasi dan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan bagi melalaikan mereka menunaikan solat. Dan jika gagal juga melekukannya, mereka akan diganggu ketika solat dengan menimbulkan perasaan was-was di dalam hati.


“Syaitan akan bergantung dan berpaut pada anggota, supaya merasa malas untuk mengerjakan solat. Ada pula yang masuk dan tinggal di dalam hati untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dan was-was. Ada pula yang bergantung pada kelopak mata supaya mereka mengantuk dan ada setengahnya pula menganggu akal fikiran supaya leka dan lalai.


“Ada juga dikalangan mereka cuba sedaya upaya menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang rakaat solat dan menimbulkan perasaan bimbang pada urusan dunia hingga menimbulkan rasa tergesa-gesa untuk menamatkan solat. Maksudnya, mereka akan melakukan solat dengan cepat hingga membaca ayat al-Quraan secara sambil lewa tanpa mengira hukum tajwid, tidak ada tomakninah semasa rukuk dan sujud. Dan juga tidak sempat berdoa selepas solat, sedangkan itulah masa yang terbaik untuk memohon keampunan, taufik dan hidayah daripada Allah.


“Di samping itu, ada di kalangan syaitan akan masuk ke dalam mata anak Adam yang sedang solat supaya tidak khusyuk, hilang roh solatnya, tidak hadhir hatinya dalam solat kerana orang yang sedang solat jika matanya memandang dan berpaling ke kiri dan kanan, atas dan bawah, maka tidaklah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.


“Selain itu, ada pula syaitan yang akan masuk ke dalam telinga orang sedang solat supaya mereka mendengar orang bercakap atau bunyi-bunyian. Maka akan terganggulah juga khusyuk solatnya.


SOALAN 6:

“Wahai Iblis! Bagaimanakah perasaan engkau jika umatku membaca al-Quran dengan ikhlas semata-mata kerana Allah?”


Jawab Iblis: “Sesungguhnya apabila umatmu membaca al-Quran dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah, nescaya hamba merasakan tubuh hamba seolah-olah terbakar dan bagaikan putus segala urat saraf pada jasad hamba. Maka larilah hamba sejauh mata memandang, kerana terlalu panas.


SOALAN 7:

“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang akan mencahayakan muka engkau?”


Jawab Iblis: “Muka aku bercahaya dengan orang-orang yang melakukan dosa, orang-orang yang bersumpah palsu, orang-orang yang bersaksi palsu dan orang-orang yang mengingkari janji yang sudah dibuatnya.


SOALAN 8:

“Wahai Iblis! Apakah pula rahsia engkau terhadap umatku?”


Jawab Iblis: Yang menjadi rahsia yang paling besar bagi aku ialah apabila seseorang Muslim itu hendak pergi membuang air besar (ke tandas) tidak membaca doa pelindung daripada gangguan syaitan, nescaya hamba akan gosokkan ke seluruh anggota badannya dengan najis itu tanpa disedari olehnya.

SOALAN 9:

“Wahai Iblis laknatullah! Apakah keadaan dengan dirimu jika umatku bersatu dengan ahlinya (isterinya)?”

Jawab Iblis:
“Jika seseorang yang hendak bersetubuh atau berjimak dengan isterinya, kemudian dia membaca doa bersetubuh, maka akan larilah hamba daripadanya kerana doa itu. Hamba amat takut kepada orang yang berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah.


“Andai kata dia tidak berdoa sebelum bersetubuh, maka hambalah yang mendahului bersetubuh dengan isterinya itu. Maka akan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Sekiranya si isteri mengandung, pasti akan melahirkan anak yang suka kepada maksiat dan cenderung untuk melakukan kejahatan serta kemungkaran sebagaimana perangai hamba.


“Zuriat yang akan dilahirkan itu adalah bercampr dengan benih hamba dan mereka apabila hidup di dunia ini akan menjadi bala tentera hamba yang merosakkan kehidupan manusia lain. Di samping itu dia tidak akan suka melakukan amal soleh dan menjauhkan diri daripada melakukan amal kebanjikan.


“Demikian jugalah jika seseorang itu tidak membaca ‘Bismillah-hirrahman-nirrahim’ ketika mahu makan dan minum. Nescaya hambalah yang mendahului meminum dan memakan sebelum dia. Jika dia makan dan minum selepas hamba, makanan itu tidak dapat mengenyangkannya.


SOALAN 10:

“Wahai Iblis! Beritahulah aku dengan apa carakah dapat menjauhkan diri dan menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Nabi Allah, ketahuilah bahawa jika seseorang itu berbuat sesuatu dosa dan kejahatan dan dia segera kembali memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadanya, menangis serta kesal, insaf akan segala perbuatannya, pasti hamba akan bersedih dan tidak dapat menggodanya. Dan apabila dia berada di dalam keadaan marah, lalu ia segera mengambil wudhuk, nescaya akan padamlah marahnya.


“Barang siapa yang membaca doa selepas solat Jumaat sebanyak lima kali, pasti Allah akan mengampunkan dosanya kerana dia telah bertaubat.”


SOALAN 11:

“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi terlebih kesukaan kepada engkau?

Jawab Iblis:
“Orang yang menjadi kesukaan aku adalah apabila seseorang, sama ada lelaki atau perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ari-arinya yang sudah sampai empat puluh hari lamanya, nescaya hamba akan duduk mengecilkan diri seperti pijat-pijat bersarang di situ. Selain itu, tempat hamba bergantung dan berbuai-buai adalah pada bulu ketiak orang yang tidak mencukur atau mencabutnya.


SOALAN 12:

“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi saudara engkau?

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, orang yang menjadi saudara aku adalah mereka yang tidur meniarap. Dan mereka yang apabila terjaga pada waktu subuh tidak bangun menunaikan solat sebuh. Hamba akan ulit dia agar dia terus lena semula dan akan terjaga bila terbit fajar.


“Demikian jugalah halnya dengan waktu zohor, asar, maghrib dan isyak. Hamba akan memberatkan hati mereka menjadi malas untuk mengerjakannya.


SOALAN 13:

“Wahai Iblis! Dengan apa carakah untuk membinasakan engkau?”

Jawab Iblis:
“Perbuatan yang dapat membinasakan aku ialah orang yang duduk di dalam masjid dengan ikhlas kerana Allah dan beriktikaf di dalamnya.”


SOALAN 14:

“Wahai Iblis! Apakah lagi yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:
“Iaitu orang yang taat kepada ibu bapanya dan mendengar kata-kata keduanya. Mereka yang membantu ibu bapanya dari segi menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal kerana tuan hamba telah bersabda: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Oleh yang demikian taat kepada ibu bapa itu amat menyakitkan mata hamba kerana ketaatan itu bertentangan dengan sifat derhaka.”


SOALAN 15:

“Wahai Iblis! Apakah yang merantai engkau?

Jawab Iblis:
“ Orang-orang yang berniaga dengan betul dalam sukatannya, timbangannya, ukurannya dan tukarannya.”


SOALAN 16:

“Wahai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, bagaimana pula dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Apabila bertemu antara dua orang umatmu di tengah perjalanan lalu memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya, nescaya dada hamba seolah-olah pecah rasanya. Kemudian hamba akan meratap kerana kedua-duanya mendapat keampunan Allah apabila mereka berpisah.”


SOALAN 17:
“Wahai Iblis! Siapakah pula sahabat yang paling hampir dengan engkau?”

Iblis menjawab:
“Orang yang paling rapat dengan aku adalah mereka yang suka meminum arak atau tuak atau candu apa saja yang memabukkan, kerana bahayanya boleh membawa kepada pecah-belah, perkelahian dan perceraian.


SOALAN 18:
 
“Wahai Iblis! Siapakah pula yang menjadi sekutu dan sekedudukan dengan engkau?”



Iblis menjawab: “Orang-orang yang menjadi sekutu hamba adalah apabila bertemu seorang lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka pada waktu itu hamba akan mengambil kesempatan dan duduk pada leher permpuan itu, hamba akan hiaskan mukanya dengan senyuman dan jelingan yang menarik hati antara mereka berdua.


“Apabila dipandang pada arah belakangnya nescaya terpandanglah akan lehernya yang halus, pinggangnya dan punggungnya yang bergerak-gerak hingga membangkitkan nafsu yang lelaki.


“Manakala apabila dipandang dari arah depan, maka hamba akan hiaskan pulak dadanya dengan bergerak dua kuntum yang melekat pada dadanya (buah dada). Kemudian hamba akan panah dengan panahan yang paling tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripada mereka hingga bergerak keinginan nafsu syahawatnya tanpa dapat dikawal lagi.


“Justeru, bermulalah orang yang tidak dapat memelihara hatinya dan kerana itu dia tidak dapat memelihara pula farajnya. Manakala apabila dia tidak dapat memelihara farajnya, maka tiadalah terpelihara imannya.”


SOALAN 19
 
“Wahai Iblis! Di manakah tempat tinggal engkau?”


Iblis menjawab: “Tempat tinggal aku adalah di rumah-rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila ada orang yang menyembahnya, hamba cenderungkan hati mereka itu supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik itu dan supaya bertambah kuat pegangan mereka pada mensyirikkan Allah.


“Oleh kerana itu, hamba akan menggoda umat manusia supaya menyekutukan Allah dengan seluruh jiwa raga hamba. Sudah berapa ramai umat tuan hamba yang sudah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala lainnya yang mana menunjukkan betapa nipisnya iman dan keyakinan mereka kepada Allah.”


SOALAN 20
 
“Wahai Iblis! Di manakah tempat yang menjadi perhimpunan engkau?”



Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, tempat yang menjadi kesukaan untuk hamba berhimpun adalah di panggung wayang, pada majlis tari-menari, tempat hiburan dan sebagainya di mana tempat itu merupakan tempat percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dengan lain perkataan, tempat penganjuran maksiat dan pesta-pesta yang melalaikan.”


SOALAN 21
 
“Wahai Iblis! Aku melihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau ingin lakukan?”



Iblis menjawab: “Sesungguhnya tujuan hamba adalah untuk merosakkan dan mengganggu orang yang sedang menunaikan solat akan tetapi hamba takut kepada orang yang sedang tidur di situ.”


Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang sedang solat pada hal dia sedang bermunajat kepada Tuhannya dan kenapa engkau takut kepada orang yang sedang tidur di sebelahnya, sedangkan dia berada di dalam lalai dan tidak memandang sesuatu apa pun kerana dia sedang tidur?”


“Sesungguhnya orang yang sedang solat itu adalah seorang yang bodoh dan jahil, manakala orang yang sedang tidur di sebelahnya itu adalah orang alim. Hamba boleh merosakkan solat orang yang sedang solat itu dengan mudah kerana kejahilannya tetapi, hamba takut orang alim itu akan terjaga daripada tidurnya dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh si jahil tersebut.


“Itulah sebabnya hamba mengintai-intai di dalam masjid bagi mencari ruang waktu yang paling sesuai untuk menggoda orang yang menunaikan solat,” jawab Iblis memberi penjelasan.


Penjelasan Iblis itu bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidur orang yang alim itu lebih baik daripada ibadat orang jahil.


Begitu juga dengan kata-kata: Seribu orang jahil yang mengerjakan ibadat kepada Allah amat mudah bagi syaitan untuk menggodanya akan tetapi seorang ahli ibadat yang berilmu amat sukar bagi syaitan untuk mengacau dan menggodanya.

SOALAN 22
 
“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi puji-pujian engkau?”



Iblis menjawab: “Perbuatan yang menjadi puji-pujian aku ialah orang-orang yang menyanyi, berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian yang melalaikan. Akan tetapi, orang-orang yang menyanyi, berpanton seloka, berzanji, berselawat ke atas tuan hamba dan bernasyid dengan tujuan memuji-muji Tuhan yang Maha Esa, bukanlah yang mendapat pujian dari hamba malahan ia menambahkan lagi sakit hati hamba kepadanya.”


SOALAN 23
 
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi kaum kerabat engkau?”



Iblis menjawab: “Orang yang akan menjadi kaum kerabat hamba ialah orang yang memakan harta anak yatim, menipu dan memiliki harta orang lain dengan jalan yang tidak benar dan orang-orang yang memakan harta riba.”


SOALAN 24

“Wahai Iblis! Dengan sebab apakah engkau menggelapkan hati manusia?”

Iblias menjawab:
“Hati manusia akan menjadi gelap kerana mereka makan dan minum daripada hasil pendapatan yang haram kerana mereka itu gelap mata pada mencari harta yang halal. Di samping itu mereka tidur hingga tinggi hari yang menyebabkan mereka tidak menunaikan solat subuh. Dan juga orang-orang yang memenuhkan perutnya dengan makanan sekenyang-kenyangnya.


SOALAN 25

“Wahai Iblis! Siapakah orang yang menyukakan hati engkau?”

Iblis menjawab:
“Adapun orang-orang yang menyukai hati aku ialah orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada hamba Allah yang daif (memerlukannya) tetapi, zakatnya diberikan kepada orang lain pada hal kaum kerabatnya miskin.


“Dan sesungguhnya orang yang bakhil itu adalah seteru Allah. Manakala orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang terbawah sekali bersama-sama dengan hamba di hari akhirat kelak.”


SOALAN 26

“Wahai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang yang menyihat dan menyuburkan badan hamba ialah orang yang berhasad dengki, orang-orang yang tidak mempelajari peraturan agama dan tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Di samping itu, perempuan-perempuan jahat yang sanggup menggadaikan maruah dirinya sendiri.”

SOALAN 27


“Wahai Iblis! Jika berlakunya kematian seseorang ulama’, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila matinya seseorang ulama’, nescaya akan subur dan bertunaslah pekerjaan dan hasutan hamba. Di samping itu bermaharajalela dan bergembiralah hamba kerana dengan sebab kematian seorang ulama itu.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang berdukacita dan bersedih di atas kematian seorang ulama’ itu, nescaya akan ditulis oleh Allah SWR baginya pahala seribu orang alim dan pahala seribu orang yang mati syahid.


Sabda Rasulullah lagi, maksudnya: Akan datang kepada umatku mereka yang melarikan diri daripada ulama. Dan bagi tiap-tiap orang yang membenci orang yang mengajarkan agama. Allah SWT akan menurunkan bala atas orang itu dengan tiga bala di dunia ini, iaitu:
1) Diangkat keberkatan daripada pencariannya.
2) Didatangkan Allah ke atas mereka itu seorang ketua yang zalim atau pun seorang raja yang zalim.
3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka itu dari dunia ini dengan tiada beriman
.



SOALAN 28

“Wahai Iblis! Jika umatku menunaikan sembahyang berjemaah, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila umatmu menunaikan solat berjemaah, maka sesungguhnya mereka itu telah menghancurkan tipu daya hamba.”


Kemudian Rasulullah bersabda, maksudnya: Wahai sekelian sahabat-sahabatku! Barang siapa yang menunaikan solat lima waktu, nescaya dia akan memperoleh lima perkara, iaitu:
1) Dia tidak akan mengalami kefakiran semasa hidup di dunia ini.
2) Dia tidak akan mendapat siksa kubur selepas kematiannya kerana diangkat oleh Allah SWT.
3) Pada hari akhirat dia akan menerima kitab amalannya pada tangan kanan (pihak yang selamat).
4) Dia akan melalui titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar (pantas).
5) Dia akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah dengan tanpa dihisab dan tanpa disiksa.


SOALAN 29

“Wahai Iblis! Jika umatku membaca selawat ke atas aku, bagaaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, jika terdapat di kalangan umatmu yang berselawat ke atas engkau, nescaya telah membelah mereka itu akan muka hamba kerana dengan berselawat ke atas engkau menandakan mereka itu ingat kepada engkau.”


SOALAN 30.

“Wahai Iblis! Apabila umatku menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau? Dan Tuhanku yang Maha Besar berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Malaikat! Saksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad sama ada lelaki atau perempuan, maka apabila telah selesai daripada mereka menunaikan solat (Hari Raya) dan membaca khutbah, Aku berfirman kepada mereka: Wahai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya telah Aku ampunkan dosa-dosa kamu yang dahulu dan yang kemudian dan sesungguhnya Aku gantikan dosa-dosa kamu dengan kebajikan.”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, apabila umat engkau pergi menunaikan solat Hari Raya, nescaya hamba sangat menanggung azab dukacita dan menyesal. Lantas hamba pun bertempik atau meraung-raung dengan suara yang amat kuat hingga datanglah segala bala tentera hamba sambil mereka bertanya: ‘Wahai raja kami! Siapakah yang tuanku murkakan? Adakah dia datang dari langit atau dari bumi?’


Kemudian hamba pun menjawab: ‘Wahai bala tenteraku, apakah yang menyebabkan aku menanggung dukacita adalah kerana Allah telah mengampuni dosa-dosa umat Nabi Muhammad pada hari raya ini, iaitu dosa-dosa yang dahulu dan dosa-dosa kemudiannya.’


Hamba berkata lagi: ‘Wahai bala tenteraku, tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah telah menerima atau mengabulkan puasa umat Muhammad? Dan Tuhan sangat kasih dan sayang kepada mereka. Dan Tuhan mengasihi mereka dengan rahmatNya serta memperkenankan doa segala sesuatu yang diminta dan juga mengampuni segala kesalahan mereka.’


“Wahai Rasulullah! Setelah itu hamba arahkan bala tentera hamba pergi kepada umatmu untuk menghasut, menggoda dan mengacau mereka supaya mereka malas menunaikan amal ibadat serta menimbulkan rasa bimbang untuk pergi ke sana sini.


“Di semping itu, hamba menyuruh bala tentera hamba menghasut umatmu untuk melakukan maksiat dan dosa serta derhaka kepada Allah. Lalaikan mereka dengan pelbagai kesukaan, permainan judi, minum arak dan berzina. Biarkanlah mereka memuaskan nafsu dengan melakukan pelbagai maksiat hingga datang kemurkaan Allah terhadap mereka dengan didatangkan bala oleh Allah. Dengan turunnya bela bencana itu menimbulkan kesukaan di hatiku yang gundah gulana sekarang ini.”


SOALAN 31.

“Wahai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, jika umat tuan hamba membaca doa akhir tahun dalam masa yang berbaki begitu sedikit, sedangkan hamba bersusah-payah menggoda dan menghasut mereka sepanjang tahun, maka hamba menjadi lemah dan hamba akan mengambil tanah lalu menyapu muka sambil berkata: ‘Aduhai! Celaka dan malangnya diriku dengan kerugian yang amat besar dan kemudian hamba akan pergi jauh meninggalkannya.’


SOALAN 32.

“Wahai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah pula dengan keadaan diri engkau?

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, jika umatmu membaca doa awal tahun dengan penuh hati dan pasrah kepada Allah, maka putuslah harapan hamba kerana barang siapa yang membaca doa awal tahun, Allah akan memerintahkan dua malaikatNya supaya membakar buku catatannya pada tahun itu dan dituliskan padanya kebajikan dan pahala disebabkan keberkatan doa tersebut. Dan hamba juga akan lari meninggalkannya.”


SOALAN 33.

“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi penyokong engkau?”

Iblis menjawab:
“ Iaitu orang-orang yang tidak bertaubat daripada dosa yang dilakukannya malah mereka suka ketawa dan gembira ketika melakukan dosa. Wahai Rasulullah, sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai maksiat. Maka pada waktu itu, hamba tersangatlah gembira. Tetapi, jika secara tiba-tiba mereka yang melakukan dosa dan maksiat itu mengucapkan ‘Lailahhaillallah’ dan ‘Astaghfirullahhalazim’, maka binasalah hamba dengan sebab keberkatan ucapan itu.


“Dan amal perbuatan yang menjadi keuntungan besar kepada hamba ialah orang-orang tua dan anak-anak muda yang bersiul, kerana mereka itulah anak buah hamba. Amalan bersiul-siul ini adalah perbuatan hamba semasa dihalau keluar oleh Allah ke dunia sambil mengembara. Dan ketahuilah bahawa orang-orang yang bersiul itu adalah penghibur kepada Iblis dan syaitan.


“Manakala orang-orang yang melaungkan azan itu adalah penghambat Iblis dan syaitan kerana pada waktu itu malaikat-malaikat akan hadhir untuk menunaikan solat bersama-sama dengan mereka.
SOALAN 34.

“Wahai Iblis! Sekarang bagaimanakah kesudahan ikhtiar engkau ke atas umatku kerana aku sudah dibangkitkan oleh Allah ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian anak Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah. Dan daripada mereka berada di dalam gelap-gelita tanpa cahaya kepada sinar yang terang-benderang?”


Pertanyaan itu disambut oleh Iblis dengan mengangkat kepalanya ke hadhrat Allah SWT sambil berkata: 'Ya Tuhanku! Demi kemuliaan Engkau, hamba akan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu, penat dan putus asa dalam menarik, menggoda, menghasut sekelian anak Adam di atas muka bumi ini kepada berbagai-bagai jalan maksiat selagi ada nyawa di dalam tubuh mereka itu. Sesungguhnya hamba akan jadikan pemuda dan pemudi bercampur gaul, berkenal-kenalan supaya senanglah bagi hamba mencelah masuk di antaranya.'


Ketika itu datanglah firman Allah SWT yang maksudnya: Wahai Malaun! Demi Kebesaran-Ku dan Ketinggian-Ku bahawa Aku sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada umat Muhammad selagi mereka itu memohon keampunan daripada-Ku.


Sesudah itu, Rasulullah berkata: “Apa lagi yang engkau musykilkan?”


Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hamba sangat hairan mengenai dua perkara tentang hamba Allah atau umatmu, iaitu:

Pertama: Mereka itu mengaku kasih dan taat kepada Allah sedangkan dalam masa yang sama mereka itu taat kepada hamba dengan melakukan maksiat dan dosa.

Kedua: Mereka itu sangat marah dan benci kepada hamba sedangkan dalam masa yang sama mereka menurut akan hasutan dan godaan hamba.


Lalu datang lagi firman Allah SWT, bermaksud: Wahai Malaun! Demi Kebesaran dan Ketinggian-Ku, Aku anugerahi ke atas umat Nabi Muhammad dua kebahagian, iaitu:

Pertama: Ketaatan dan kasih mereka itu kepada Aku akan Aku jadikan kifarat (penebus dosa) bagi maksiat dan dosa yang mereka lakukan itu kerana terpedaya dengaan godaan engkau.
Kedua: Mereka itu marah dan benci kepada engkau akan Aku jadikan kifarat (penebus dosa) bagi mereka kerana berbuat maksiat kepada-Ku.


Firman Allah SWT itu menjadikan Iblis tercengang dan terduduk kaku kerana mendengar dan mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad sangat dikasihi oleh Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan limpah rahmat-Nya.


Manakala selesai Nabi Muhammad SAW bersoal-jawab dengan Maharaja Iblis itu, Baginda pun menghalaunya dengan berkata: 

Wahai Iblis laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini.

Maka Iblis pun keluar meninggalkan tempat itu membawa diri dengan perasaan kecewa menyelubunginya. Dia tersangat dukacita dengan apa yang berlaku, namun demikian dia tidak akan berhenti daripada menghasut dan menggoda umat Muhammad. Dia tetap dengan pendirian dan azamnya untuk menyesatkan umat Muhammad yang amat dikasihi oleh Allah walaupun harapannya sangat tipis.
--------------------------------------------


Bagaimana pun, janganlah kita merasa bahawa kita selamat daripada disesatkan oleh Iblis, kerana tidak semudah yang disangka untuk mendapatkan kemuliaan di sisi Allah SWT. Sesungguhnya dunia ini dijadikan Tuhan sebagai tempat ujian untuk manusia. Andai kata kita leka dan lalai daripada mengingati Allah, pasti balasan buruklah yang akan kita terima di akhirat kelak.


Begitulah sebahagian daripada persoalan yang paling jelas lagi terang dan nyata mengenai siapakah sebenarnya makhluk Allah yang dinamakan Iblis. Tidak ada satu pun kebaikan yang akan dilakukan oleh Iblis untuk kita sebagai manusia. Kewujudannya semata-mata untuk merosakkan hidup manusia, sementara godaannya menjadi sebahagian daripada ujian ketakwaan kita kepada Allah SWT.


Kehadhiran Iblis adalah sebagai penghalang untuk kita menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah.


Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh dijadikan alasan ketika berhadapan dengan Allah di akhirat nanti, kerana kita sudah dimaklumkan bahawa Iblis dan syaitan itu adalah perosak dan pengkhianat anak Adam sejak dulu lagi.


Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan kita mesti menjauhinya serta mesti menghindarkan diri daripada menjadi sahabat dan pengikutnya berdasarkan cara dan kesukaannya menggoda dan menyesatkan manusia.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca